backup og meta

Kesan Sampingan Anestesia: Apa yang Patut Anda Jangkakan Selepas Pembedahan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 20/10/2022

    Kesan Sampingan Anestesia: Apa yang Patut Anda Jangkakan Selepas Pembedahan

    Anestesia adalah cara untuk mengawal kesakitan semasa pembedahan atau prosedur perubatan dengan menggunakan ubat yang dinamakan anestetik (ubat bius). Ia boleh membantu mengawal pernafasan, degupan jantung, peredaran darah (tekanan darah), pergerakan sistem pencernaan, dan refleks tekak seperti menelan, batuk atau mencekik untuk mengelakkan bahan asing daripada masuk ke dalam paru-paru anda.

    Ubat lain mungkin digunakan dengan anestesia untuk membantu anda bertenang atau memulihkan kesan anestesia.

    Kesan sampingan

    Kesan sampingan dan masalah disebabkan anestesia jarang berlaku dan boleh diurus dengan mudah, terutama pada orang yang berada dalam keadaan sihat. Tetapi semua ubat anestesia berkemungkinan menyebabkan beberapa kesan sampingan yang perlu diberi perhatian. Ini termasuklah:

    • Selepas pembedahan menggunakan anestesia am, kesan sampingan yang biasa adalah loya dan muntah, tetapi ini boleh dirawat dan tidak berlangsung lama. Sesetengah orang mungkin mengalami sakit tekak atau serak suara selepas pembiusan.
    • Pneumonia atau gangguan pernafasan yang lain.
    • Tindak balas dengan ubat-ubatan yang digunakan dalam anestesia.
    • Kerosakan otot dan suhu badan meningkat.
    • Sembelit boleh berlaku beberapa hari selepas pembedahan.
    • Jika anda diberikan anestesia setempat dalam dos yang tinggi, anestetik ini boleh memasuki seluruh tubuh dan mempengaruhi otak atau jantung anda.
    • Selepas anestesia spinal, sesetengah orang mungkin mengalami sakit kepala.

    Jenis anestesia yang diberikan kepada anda dapat dapat mempengaruhi keadaan anda. Tahap kesihatan dan usia anda turut mempengaruhi bagaimana anda bertindak balas dengan ubat-ubatan yang digunakan. Sekiranya anda mengalami masalah kesihatan, seperti penyakit jantung atau paru-paru, ini boleh meningkatkan risiko anda kepada anestesia. Pengambilan ubat lain, alkohol, merokok, dan pengambilan dadah juga boleh meningkatkan risiko anda.

    Jangan risau tentang jenis anestesia yang akan anda ambil kerana doktor anda akan mengkaji manfaat, keberkesanan, dan risiko untuk menentukan ubat bius yang sesuai untuk anda.

    Apa yang perlu dijangkakan selepas pembedahan?

    Jika anda pulang ke rumah pada hari yang sama

    Anda perlu merancang bagaimana untuk melegakan sebarang masalah loya dan muntah. Jika anda akan pulang pada hari yang sama, anda akan dipastikan dapat minum cecair tanpa memuntahkannya semula, berdiri tanpa pengsan dan membuang air sendiri. Selepas itu, jururawat akan menerangkan senaman dan pernafasan untuk membantu mencegah sebarang masalah. Dalam kebanyakan pembedahan kecil, jururawat akan menggalakkan anda untuk bergerak aktif sekerap mungkin untuk mengelakkan masalah ini.

    Anda perlu makan dengan betul untuk mengelakkan sembelit kerana makanan akan ditolak melalui sistem pencernaan anda.

    Doktor mungkin akan memberikan anda ubat tahan sakit.

    Sekiranya anda tinggal di hospital

    Kawalan rasa sakit adalah kebimbangan utama selepas pembedahan. Keradangan atau kecederaan saraf kesan dari beberapa pembedahan boleh menyebabkan kesakitan. Doktor anda mungkin akan memberi lebih daripada satu ubat untuk kesakitan. Kebiasaannya mereka akan memberikan opioid untuk anda. Kadangkala, anda mungkin dicadangkan untuk menggunakan pam sakit (pain pump) untuk mendapatkan ubat sakit ketika anda memerlukannya.

    Biasanya, sebelum anda pulang, doktor dan jururawat anda akan memastikan bahawa:

    • Anda boleh bernafas dengan menggunakan kapasiti penuh paru-paru anda.
    • Anda boleh makan.
    • Kesakitan anda terkawal supaya tidak mengganggu aktiviti harian anda.

    Bilakah anda perlu menghubungi doktor anda?

    Anda perlu menghubungi pakar bedah anda jika anda mempunyai simptom atau masalah yang tidak dijangka, termasuklah:

  • Pening dan muntah. Sekiranya anda tidak dapat mengambil sebarang cecair, anda akan berada dalam keadaan kering.
  • Sukar menelan;
  • Kesakitan tidak hilang selepas anda mengambil ubat sakit anda.
  • Suhu badan anda lebih tinggi daripada 38 ° C.
  • Kesukaran membuang air kecil atau air besar
  • Nanah mengalir dari luka atau jalur merah terjadi pada kulit
  • Ruam kulit.
  • Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 20/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan