Bagi cantuman jari tangan dan kaki pula ia adalah berbeza-beza dan sekurang-kurangnya tiga jari tangan dan kaki yang akan bercantum. Manakala dalam kes yang teruk semua jari tangan dan kaki boleh bercantum. Dalam keadaan kurang biasa, mereka yang mengalami keadaan ini berkemungkinan mempunyai jari tangan atau kaki tambahan (polydactyly).
Tanda-tanda dan simptom tambahan sindrom Apert termasuk kehilangan pendengaran, peluh yang luar biasa (hyperhidrosis), kulit berminyak dengan jerawat yang teruk, tompokan kehilangan bulu kening, cantuman tulang belakang di leher (cervical vertebrae), dan jangkitan telinga yang berulang boleh dikaitkan dengan pembukaan di lelangit mulut (cleft palate).
Diagnosis
Dalam sesetengah keadaan, diagnosis sindrom Apert mungkin dicadangkan sebelum lahir (prenatally) oleh ujian khusus, seperti fetoskopi atau ultrasound. Semasa fetoskopi, endoskopi digunakn untuk memerhati janin dan dalam beberapa kes adalah untuk mendapatkan sampel janin atau tisu. Contohnya, untuk tujuan analisis DNA). Ultrasonografi janin adalah prosedur diagnostik tidak invansif yang menggambarkan gelombang bunyi yang digunakan untuk mencipta imej janin yang sedang berkembang.
Manakala dalam kebanyakan kes, diagnosis dibuat atau disahkan semasa kelahiran atau awal bayi berdasarkan penilaian klinikal yang menyeluruh, mengenal pasti penemuan fizikal yang khas, dan pelbagai ujian khusus seperti analisis DNA molekul.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen