backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Sedu-sedan

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 28/11/2019

Definisi

Apa itu Sedu-sedan?

Sedu (hiccup) adalah pengecutan diafragma (diaphragm) yang berulang dan tidak terkawal – suatu lapisan otot yang nipis yang memisahkan rongga dada anda dari perut dan mempunyai fungsi dalam pernafasan. Setiap pengecutan diikuti dengan penutupan pita suara secara tiba-tiba, yang menghasilkan bunyi “hik’ yang khusus.

Apakah kebarangkalian Sedu-sedan?

Sedu adalah sangat biasa. Ia boleh menjejaskan pesakit pada mana-mana lapisan umur. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Sedu-sedan?

Satu-satunya simptom sedu adalah bunyi khusus yang terhasil ketika tersedu. Antara simptom lain juga boleh meliputi rasa sempit yang ringan dalam dada, perut atau tekak yang mendahului bunyi.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Adalah dinasihatkan untuk anda membincangkan dengan doktor tentang apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apakah punca Sedu-sedan?

Penyebab utama sedu yang berlangsung sekitar 48 jam termasuklah:

  • Makan terlalu banyak makanan dengan terlalu cepat;
  • Minum alkohol yang terlalu banyak;
  • Menelan udara yang terlalu banyak / Menelan udara dengan mengunyah gula-gula getah atau menghisap gula-gula;
  • Merokok;
  • Perubahan tiba-tiba pada suhu dalam perut;
  • Tekanan emosi atau rasa keseronokan.

Walau bagaimanapun, sedu yang berlangsung lebih dari 48 jam mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor, seperti:

  • Kerosakan atau kerengsaan pada saraf;
  • Gangguan pada sistem saraf pusat;
  • Gangguan metabolik dan ubat-ubatan.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Sedu-sedan?

Lelaki lebih cenderung untuk mendapat sedu pada jangka masa panjang berbanding dengan wanita. Terdapat beberapa faktor risiko untuk sedu, seperti:

  • Masalah mental atau emosi: kegelisahan, tekanan, dan rasa keseronokan telah dikaitkan dengan beberapa kes sedu-sedan jangka pendek dan jangka panjang.
  • Pembedahan: sesetengah orang mengalami sedu selepas mengambil bius/pelali am atau selepas prosedur yang melibatkan organ perut.
  • Diagnosis dan Rawatan

    Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

    Bagaimana pesakit Sedu-sedan didiagnosis?

    Pemeriksaan neurologi mungkin diperlukan untuk menyemak daya keseimbangan dan koordinasi, kekuatan dan tona otot, refleks, serta deria penglihatan dan sentuhan. Sekiranya doktor anda mengesyaki punca yang lebih mendalam bagi sedu anda, ujian dan prosedur lanjut mungkin diperlukan, termasuklah:

    • Ujian makmal: sampel darah anda boleh diperiksa untuk sebarang tanda-tanda jangkitan, diabetes, dan penyakit buah pinggang.
    • Ujian pengimejan: ujian ini adalah untuk mengesan kejanggalan anatomi yang mungkin menjejaskan saraf vagus, saraf frenik atau diafragma. Sesetengah ujian lain termasuklah imbasan X-ray dada, tomografi berkomputer (CT), pengimejan resonans magnetik (MRI).
    • Ujian endoskopi: prosedur ini menggunakan tiub yang fleksibel dan halus yang mengandungi kamera kecil, yang dimasukkan ke tekak anda untuk memeriksa masalah di kerongkong atau tenggorok anda.

    Bagaimana pesakit Sedu-sedan dirawat?

    Kebanyakan kes sedu boleh selesai tanpa campur tangan perubatan. Sekiranya terdapat penyakit yang lebih mendalam sebagai penyebab sedu anda, rawatan penyakit tersebut mungkin diperlukan untuk menghentikan keadaan. Rawatan berikut adalah untuk cegukan yang berlangsung lebih dari 48 jam:

    • Ubat: Chlorpromazine, Metoclopramide, Baclofen.
    • Pembedahan dan prosedur lain: jika rawatan yang kurang invasif tidak berkesan, doktor anda boleh mengesyorkan suntikan bius untuk menyekat saraf frenik anda dan menghentikan sedu. Alternatif lain adalah untuk meletakkan peranti yang dikendalikan oleh bateri melalui pembedahan, untuk menyampaikan stimulus elektrik ringan ke saraf vagus anda untuk membantu mengawal sedu yang berterusan.

    Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

    Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Sedu-sedan?

    Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda dalam menghadapi sedu:

    Walaupun cara-cara di bawah ini tidak terbukti secara saintifik, kaedah pengubatan sampingan yang popular berikut mungkin boleh memberikan bantuan:

    • Bernafas ke dalam beg kertas;
    • Berkumur dengan air sejuk;
    • Tahan nafas anda;
    • Minum air sejuk.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 28/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan