Sering Sakit Dada? Adakah Disebabkan Pedih Ulu Hati Atau Sakit Jantung? Kenali Perbezaannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 3 minit bacaan

Aduh, sakitnya dada! Ini sebab sakit jantung ataupun cuma pedih ulu hati?

Pedih ulu hati merupakan satu gejala yang biasa berlaku. Namun, jika kerap mengalami sakit dada dan pedih ulu hati, pasti anda akan tertanya-tanya jika anda ada menghidap penyakit jantung.

Menurut Pakar Kardiovaskular Mouin Abdallah daripada Cleaveland Clinic, simptom sakit jantung dan juga pedih ulu hati kadangkala sukar untuk dibezakan.

Ikuti ulasan kami dalam artikel di bawah.

Heartburn atau sakit jantung: Apa bezanya?

Rasa pedih ulu hati atau heartburn sebenarnya tidak ada kena mengena langsung dengan jantung anda. Sebaliknya, rasa sakit itu adalah disebabkan oleh asid dalam perut yang melambung naik ke esofagus.

Oleh sebab esofagus tidak mempunyai lapisan penebat bahan kimia, asid tersebut akan mencetuskan rasa pedih pada kawasan dada. Kadangkala, sensasinya dapat dirasai sehingga ke anak tekak!

Sebab itulah, heartburn selalu terjadi selepas makan, ketika anda berbaring ataupun sedang membongkok.

Sakit jantung pula terjadi jika saluran darah ke jantung terhalang ataupun tersumbat dengan plak. Selalunya, plak yang terbina di dalam arteri terdiri daripada gumpalan lemak atau kolesterol.

Apabila plak itu pecah, gumpalan darah akan terbentuk dan seterusnya mengganggu peredaran darah. Saluran darah yang tersumbat akan merosakkan otot pada permukaan jantung.

Inilah sebab utama yang menyebabkan sakit jantung!

Jika anda kadang-kadang rasa pedih ulu hati, jangan risau! Itu adalah normal.

Namun,jika pedih ulu hati berlaku lebih daripada 2 kali seminggu, ia mungkin tanda anda menghidap penyakit yang lebih serius.

Selain itu, jika anda telahpun mengambil antasid namun masih mengalami heartburn, anda perlu berjumpa dengan doktor segera.

Kenali simptom penyakit jantung dan pedih ulu hati

sakit dada

Anda sering rasa pedih dan sakit pada bahagian dada? Apa yang anda sedang alami sebenarnya, heartburn atau sakit jantung? Pasti anda risau tentang kesihatan anda, lebih-lebih lagi jika sakit itu datang tiba-tiba tanpa amaran.

Sukar untuk membezakan simptom pedih ulu hati dan juga sakit jantung. Jika anda rasa ragu-ragu, cuba berbincang mengenai hal ini dengan doktor.

Heartburn selalunya mempunyai simptom-simptom berikut:

  1. Bermula dengan rasa pedih di bawah perut yang perlahan-lahan bergerak ke bahagian dada.
  2. Selalunya terjadi selepas makan ataupun ketika berbaring.
  3. Boleh membuatkan anda terjaga daripada tidur, lebih-lebih lagi jika anda baru makan pada 2 jam yang lepas.
  4. Pedih ulu hati boleh menjadi lega selepas makan ubat antasid.
  5. Boleh menyebabkan anda rasa masam pada lidah.
  6. Mungkin disertai dengan muntah kecil yang terasa di dalam mulut.

Menurut Mary Ann Bauman, Pengarah Bahagian Kesihatan Wanita di Pusat Kesihatan INTEGRIS, jika anda mengalami kesukaran bernafas, mungkin itu tanda anda menghidap sakit jantung.

Selain itu, 5 tanda lain sakit jantung yang perlu diketahui ialah:

  1. Rasa sakit dada. Anda akan rasa sakit pada tengah atau kiri dada seperti ditekan-tekan. Rasa sakit juga akan memakan masa selama beberapa minit.
  2. Rasa lemah, pening dan ingin pitam. Anda juga mungkin berpeluh secara tiba-tiba.
  3. Rasa sakit pada rahang, leher atau belakang badan.
  4. Rasa sakit pada salah satu atau kedua-dua belah tangan dan bahu.
  5. Nafas tercungap-cungap.

Tetapi, jika anda cuma mengalami heartburn atau pedih ulu hati, rasa pedih yang menyerang itu akan beransur-ansur hilang.

Namun, jika anda mengalami sakit dada yang berpanjangan, cepat-cepatlah ke hospital ataupun dial 999 ketika kecemasan.

Simptom sakit jantung mungkin berbeza-beza mengikut individu. Jangan tunggu sehingga anda mengalami kesakitan dada yang teruk baru hendak bertindak!

Jangan ambil ringan jika alami heartburn

sakit jantung

Penyakit jantung merupakan pembunuh nombor 1 di Malaysia. Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan pada tahun 2018, hampir 36% kematian yang berlaku di hospital adalah disebabkan penyakit kardiovaskular.

Statistik ini mencatatkan peningkatan dari tahun ke tahun.

Ramai yang tidak tahu bahawa mereka mengalami simptom sakit jantung. Oleh itu, kebanyakan mangsa sakit jantung tidak mendapat rawatan yang tepat dan pantas bagi simptom yang mereka alami.

Jangan abaikan rasa sakit dada dan fikir ia akan berlalu pergi begitu sahaja!

Ambil tahu tentang kesihatan anda dan segeralah berjumpa doktor untuk tahu apa sebenarnya yang sedang terjadi pada diri anda! Amalkan pemakanan yang sihat untuk mengelakkan rasa sakit ulu hati yang berpanjangan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Hilang Selera Makan Ketika Hamil? Ada 19 Cara Efektif Boleh Bantu Mak Buyung!

Adakalanya anda mungkin hilang selera ketika hamil. Berikut tip ketika mengandung yang boleh dicuba untuk mengatasi masalah tiada selera makan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 27/03/2020 . 3 minit bacaan

Zzzz… 7 Manfaat Tidur Malam Yang Wajib Anda Tahu! Yang Terakhir ‘Confirm’ Anda Suka

Selalunya kita memandang remeh tentang kepentingan tidur. Tetapi sebenarnya ada 7 manfaat tidur malam yang perlu anda ketahui.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 12/03/2020 . 3 minit bacaan

Sakit Jantung! Apa Langkah Awal Yang Perlu Anda Buat?

Serangan jantung boleh membawa maut namun jika rawatan awal diberikan dengan serta-merta fungsi jantung optimum masih boleh dikekalkan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Pusat Kesihatan, Penyakit Jantung 23/02/2020 . 4 minit bacaan

Gong Xi Fa Cai! Ini 7 Tip Makan Secara SIHAT Semasa Tahun Baru Cina

Gong Xi Fa Cai! Ini dia 8 tip makan makanan tradisional Cina secara sihat semasa Tahun Baru Cina nanti. Sila ikuti artikel dan amalkan tip ini ya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Perayaan 20/01/2020 . 4 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

denyutan nadi

Apa Jadi Dengan Degup Jantung Semasa Sakit Jantung? Betul Ke Terus Berhenti?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 02/07/2020 . 3 minit bacaan
tanda serangan jantung

Serangan Jantung Boleh Berlaku Tanpa Sakit Dada?! Ini 7 Cara Kesan Sakit Jantung

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 23/06/2020 . 3 minit bacaan
pantang larang gastrik

Jangan Suka Tahan Lapar Sampai Pitam Ya? Sila Patuhi 6 Pantang Larang Gastrik Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 10/06/2020 . 3 minit bacaan

Ibu Hamil Suka Makan Pedas? Anda Sama Macam Fazura, Tapi Tak Bahaya Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 21/04/2020 . 3 minit bacaan