backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Meningitis Bakteria

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya · Disemak pada 13/09/2019

Definisi

Apa itu Meningitis Bakteria?

Meningitis ialah radang pada selaput yang meliputi otak dan tunjang saraf anda. Meningitis bakteria adalah sangat serius dan  boleh meragut nyawa. Kematian boleh berlaku dalam tempoh yang singkat seperti dalam beberapa jam sahaja. Sementara kebanyakan individu yang menghidap meningitis sembuh, kecacatan kekal seperti kerosakan otak, hilang deria pendengaran dan kecacatan untuk belajar adalah kesan daripada jangkitan ini. Terdapat beberapa jenis bakteria penyebab meningitis, antaranya ialah Streptococcus pneumoniae, group B Streptococcus, Neisseria meningitidis, Haemophilus influenzae, dan Listeria monocytogenes.

Bakteria-bakteria ini juga wujud bersama penyakit serius yang lain, sepsis. Sepsis ialah keadaan di mana tindak balas badan yang melampau dan meragut nyawa kepada jangkitan yang menyebabkan kerosakan tisu, kegagalan organ dan kematian.

Apakah kebarangkalian Meningitis Bakteria?

Hampir 4,100 kes meningitis bakteria (disebabkan S. pneumoniae, group B Streptococcus, N. meningitidis, H. influenzae, dan L. monocyteogenes), termasuk 500 kematian, berlaku setiap tahun antara tahun 2003-2007.

Tetapi, ia boleh diatasi dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Meningitis Bakteria?

Tanda-tanda dan simptom meningitis ialah demam mengejut, sakit kepala, dan kekakuan leher. Terdapat simptom tambahan seperti:

  • Loya
  • Muntah
  • Fotofobia (meningkat sensitiviti kepada cahaya)
  • Perubahan status mental (kekeliruan)

Simptom meningitis bakteria muncul dengan cepat atau dalam beberapa hari. Biasanya, ia muncul dalam masa 3 ke 7 hari selepas pendedahan.

Bagi bayi, simptom klasik meningitis seperti  demam, sakit kepala, kekakuan leher mungkin tidak muncul atau sukar dikesan. Bayi tersebut mungkin kelihatan lesu atau tidak aktif, meragam, muntah atau tidak makan dengan baik. Bagi bayi kecil, doktor mungkin melihat kepada benjolan kepala (kawasan lembut pada kepala bayi) atau refleks tidak normal, juga merupakan tanda-tanda meningitis. Jika anda merasakan bayi atau anak anda mengalami simptom tersebut, hubungi doktor anda secepat mungkin.

Simptom lewat meningitis bakteria boleh menjadi sangat serius (seperti sawan, koma). Disebabkan itu, sesiapa yang merasa dijangkiti penyakit ini perlu berjumpa dengan doktor sesegera mungkin.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Diagnosis dan rawatan awal boleh menghentikan meningitis bakteria daripada menjadi semakin teruk dan menghalang daripada kecemasan perubatan yang lain. Sila berbincang dengan doktor anda sesegera mungkin untuk menghalang keadaan serius ini.

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom seperti yang dinyatakan di atas, atau sebarang persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap individu memberi tindak balas berbeza. Berbincang dengan doktor tentang rawatan anda adalah pilihan yang terbaik.

Punca

Apakah Punca Meningitis Bakteria?

Meningitis bakteria adalah disebabkan oleh beberapa jenis bakteria berbeza, antaranya ialah:

  • Streptococcus pneumoniae, juga dipanggil pneumococcus
  • Neisseria meningitidis, juga dipanggil meningococcus
  • Haemophilus influenzae, juga dipanggil Hib
  • Listeria monocytogenes
  • Group B Streptococcus
  • E. coli

Bakteria yang menyebabkan meningitis boleh hidup di dalam badan dan persekitaran sekitar anda. Dalam kebanyakan kes, ia tidak berbahaya. Ia berlaku apabila bakteria ini masuk ke dalam darah dan beredar ke otak dan tunjang saraf anda untuk memulakan jangkitan.  

Kebanyakan bakteria yang menyebabkan jangkitan ini merebak melalui sentuhan rapat, seperti:

  • Batuk
  • Bersin
  • Bercium

Rembesan tekak bagi individu yang dijangkiti, seperti kahak atau air liur, mengandungi bakteria. Apabila pesakit ini batuk atau bersin, bakteria dilepaskan melalui udara. Tetapui kebanyakan kuman yang menyebabkan meningitis bakteria tidak berjangkit. Sebenarnya, bakteria punca meningitis kurang berjangkit berbanding virus yang menyebabkan selsema atau demam selsema.

Bukan semua bakteria yang menyebabkan meningitis merebak daripada seorang individu kepada individu lain. Anda juga boleh mendapat meningitis selepas makan sesetengah makanan yang mengandungi Listeria bacterium, seperti:

  • Keju lembut
  • Sosej
  • Daging sandwich

Masalah disebabkan oleh Listeria adalah lebih lazim:

  • Wanita hamil
  • Orang tua
  • Bayi

Bakteria punca meningitis adalah lebih cenderung untuk menyerang selaput otak anda selepas trauma seperti:

  • Kecederaan kepala
  • Pembedahan
  • Jangkitan sinus

Keadaan ini merendahkan imuniti badan dan mengganggu halangan semulajadi badan anda, meninggalkan badan terbuka untuk sebarang jangkitan, termasuk meningitis bakteria. Tambahan lagi, bayi dan individu lemah sistem imuniti lebih cenderung untuk mendapat meningitis bakteria. Adalah penting untuk mengetahui bahawa punca jangkitan boleh jadi sukar untuk dikesan dengan tepat.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Meningitis Bakteria?

Sesetengah individu mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat meningitis bakteria. Beberapa faktor risiko ialah:

  • Umur: Bayi berisiko tinggi untuk mendapat meningitis bakteria berbanding individu kumpulan lain. Tetapi, individu pada semua peringkat umur boleh mendapat jangkitan ini. Lihat jadual di atas berkaitan bakteria yang lazim menjangkiti kumpulan umur tertentu.
  • Penetapan komuniti: Penyakit berjangkit cenderung untuk merebak apabila kumpulan besar berkumpul dalam satu tempat. Wabak penyakit meningococcal, disebabkan oleh N. meningitidis, telah dilaporkan daripada kampus kolej.
  • Keadaan perubatan tertentu: Terdapat beberapa keadaan perubatan, ubat-ubatan dan prosedur pembedahan yang meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat meningitis.
  • Bekerja dengan patogen punca meningitis: Pakar mikrobiologi secara rutin terdedah kepada bakteria punca meningitis berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan ini.
  • Melancong: Melancong ke kawasan meningitis di sub-Sahara Afrika, teruatamanya semasa musim kemarau, atau ke Mekah semasa menunaikan haji dan umrah mungkin berisiko tinggi untuk mendapat meningococcal meningitis

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut./strong>

Bagaimana pesakit Meningitis Bakteria didiagnosis?

Jika meningitis disyaki, sampel darah atau cecair cerebrospinal (cecair berhampiran tunjang saraf) diambil dan dihantar ke makmal untuk diuji. Adalah penting untuk mengetahui punca khusus meningitis kerana ia membantu doktor memahami bagaimana untuk merawat penyakitini, dan kemungkinan komplikasi yang berlaku. Dalam kes jangkitan ini, antibiotik boleh membantu menghalang penyakit serius dan mengurangkan peluang orang berhampiran untuk mendapat jangkitan ini (bergantung kepada bakteria penyebab jangkitan).

Jika bakteria wujud, ia biasanya membesar (dikultur). Bakteria yang membesar di dalam makmal adalah penting untuk memastikan kehadiran bakteria tersebut, mengenal jenis bakteria khusus yang menyebabkan meningitis, dan menentukan antibiotik yang terbaik. Ujian lain kadang kala dapat menjumpai dan mengenalpasti bakteria jika kultur tidak berjaya.

Bagaimana pesakit Meningitis Bakteria dirawat?

Meningitis bakteria boleh dirawat dengan berbagai jenis antibiotik. Adalah penting rawatan dimulakan secepat mungkin.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Meningitis Bakteria?

Sesetengah meningitis bakteria boleh dihalang melalui imunisasi. Terdapat vaksin yang boleh melindungi daripada pneumococcus, meningococcus, dan Hib, semua yang menyebabkan meningitis. Vaksin adalah kunci untuk menghalang daripada meningitis. Jumpa doktor anda untuk memastikan vaksinasi anda dan anak-anak anda sentiasa dikemas kini.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya · Disemak pada 13/09/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan