Keadaan Kesihatan Punca Najis Berdarah

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/04/2019 . 2 mins read

Pendarahan najis boleh menjadi sesuatu yang menakutkan kerana ia juga menjadi tanda amaran diberikan oleh tubuh mengenai tahap kesihatan diri anda. Walaupun ia memberi isyarat masalah kesihatan yang serius tetapi ia jarang berlaku. Terdapat beberapa kemungkinan keadaan sekiranya najis berdarah.

Punca Najis Berdarah

Buasir (Haemorrhoids)

Buasir adalah keradangan saluran darah pada dubur dan ia sangat biasa berlaku. Ia boleh berkembang di luar atau di dalam dubur yang muncul sebagai benjolan kecil yang mana kadang-kadang ianya berdarah semasa berlaku pergerakan usus atau ketika mengelap.

Buasir juga dirujuk sebagai ‘piles’, yang mana boleh mempengaruhi seseorang pada pelbagai peringkat umur tetapi dikaitkan dengan beberapa faktor risiko berikut:

  • Kehamilan
  • Sembelit dan ketegangan kronik
  • Cirit-birit kronik
  • Ketegangan semasa pergerakan usus atau duduk di tandas terlalu lama
  • Obesiti
  • Rendah serat dan diet tidak seimbang
  • Penuaan

Fisur dubur (Anal fissure)

Sesiapa yang pernah mengalami fisur dubur akan tahu keadaan yang menyakitkan itu. Ia selalunya disebabkan oleh sembelit dan ketegangan. Fisur dubur ini cenderung didiagnosis dengan mudah kerana biasanya ia kelihatan semasa pemeriksaan.

Fisur dubur ini sering disembuhkan sendiri, tetapi diet tinggi serat dan mengelakkan dehidrasi akan membantu menyembuhkan dengan lebih cepat dan melegakan ketidakselesaan yang disebabkannya. Selain itu, ubat tahan sakit juga boleh membantu.

Ulser peptik

Ia adalah mitos bahawa ulser disebabkan oleh tekanan. Malah hingga 90% kes disebabkan oleh jangkitan bakteria (Helicobacter pylori), dan selebihnya biasanya daripada ubat-ubatan seperti steroid atau NSAI. Tekanan boleh memperkembangkan simptom terutama jika ia menyebabkan anda menukar diet dan gaya hidup anda seperti pengambilan banyak kafein, rokok dan alkohol.

Salah satu perkara terbaik yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko ulser peptik adalah dengan berhenti merokok. Ini kerana merokok mempunyai kaitan dengan beberapa masalah kesihatan dan boleh mempengaruhi tubuh menguruskan tahap asid gastrik.

Divertikulosis

Divertikulosis menggambarkan kehadiran diverticula yang merupakan struktur seperti kantung yang terbentuk melalui titik-titik kelemahan pada dinding otot usus, iaitu pada titik di mana saluran darah melalui dinding. Pendarahan dari divertikulum terjadi ketika pembuluh darah kecil terletak di dalam divertikulum terkikis dan berdarah ke dalam kolon.

Divertikulitis adalah nama bagi keradangan kantung-kantung berkenaan. Ia boleh menyebabkan kesakitan yang sangat teruk, kesakitan berselang serta perubahan kepada tabiat usus dan juga demam.Walaupun biasanya tidak menyakitkan, anda mungkin mengalami pendarahan najis yang mengejutkan.

Kanser kolorektal

Darah dalam najis boleh menjadi simptom kanser di sepanjang saluran pencernaan. Kanser kolon dan kanser dubur adalah dua jenis yang boleh menyebabkan pendarahan. Kadang-kadang tidak kelihatan kepada mata kasar sehingga berlakunya pendarahan yang lebih teruk.

Oleh kerana najis berdarah boleh menjadi tanda keadaan kesihatan yang serius, sesiapa yang menyedari najisnya berdarah adalah disarankan untuk berjumpa doktor bagi pemeriksaan dan rawatan lanjutan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jangkitan Usus Pencetus Penyakit Parkinson, Kajian

    Tahukah anda bahawa penyakit parkinson boleh berlaku disebabkan jangkitan pada usus? Sila ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 25/07/2019 . 4 mins read

    Sindrom Usus Pendek, Menjejaskan Penyerapan Nutrien

    Sindrom usus pendek (SBS) adalah penyakit kompleks yang berlaku akibat kehilangan fizikal atau kehilangan fungsi sebahagian usus kecil atau besar. Kesannya, mereka yang mengalami sindrom ini kekurangan keupayaan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 11/03/2019 . 2 mins read

    Mahukan Sistem Penghadaman Yang Bagus? Ambil Serat! – Ini 5 Manfaatnya

    Tidak kira usia dan jantina, sistem penghadaman yang bagus perlu dimiliki oleh setiap manusia. Disebabkan itu, kita sangat memerlukan manfaat serat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 01/03/2019 . 2 mins read

    Sindrom Gardner: Risiko Kanser Kolon

    Sindrom Gardner adalah gangguan genetik yang jarang berlaku. Ia biasanya bermula menjadi benign atau ketumbuhan bukan kanser. Sindrom ini boleh menyebabkan pertumbuhan di pelbagai bahagian tubuh. Tumor paling biasa ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 10/01/2019 . 2 mins read

    Artikel lain untuk anda

    manfaat-meditasi-berjalan

    Nak Elak Pergi Gim Sepanjang PKPP Ini? Apa Kata Lakukan Meditasi Berjalan, Mudah & Banyak Manfaat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/06/2020 . 3 mins read
    tanda kanser rahim

    Ini 7 Golongan Berisiko Dapat Kanser Rahim- Termasuk Wanita Yang Tak Pernah Hamil, Jaga-jaga!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 08/05/2020 . 4 mins read
    menu-berpantang-bersalin-czer

    7 Makanan Ini ‘Kunci’ Utama Cepat Sembuh Lepas Bersalin Czer, Apa Tunggu Lagi Ibu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 06/01/2020 . 3 mins read
    kanser kolon

    Will Smith Alami Kanser Kolon?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 17/12/2019 . 4 mins read