Jenis Batu Karang Yang Perlu Anda Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 01/08/2018 . 2 minit bacaan

Batu karang atau renal calculi adalah jisim pepejal yang diperbuat daripada kristal. Ia biasanya berasal dari buah pinggang anda. Bagaimana pun, ia boleh berkembang di mana-mana sepanjang saluran kencing.

Antara bahagian batu karang terbentuk:

  • Buah pinggang
  • Ureter (Saluran yang mengalirkan air kencing dari buah pinggang ke pundi kencing)
  • Pundi kencing
  • Uretra (Saluran yang membawa keluar air kencing dari pundi kencing)

Batu karang juga salah satu keadaan kesihatan yang paling menyakitkan dan ianya berbaza mengikut jenis batu.

Jenis-jenis Batu Karang

Terdapat lima jenis batu karang yang berbeza jenis dan penting untuk mengetahuinya.

i. Batu kalsium

Batu karang jenis ini adalah paling biasa dialami kebanyakan orang dan ianya merangkumi 75 peratus batu karang yang selalu terbentuk. Batu kalsium ini cenderung terbentuk apabila air kencing berasid iaitu mempunyai nilai pH yang rendah.

Kajian awal menyatakan diet yang rendah protein dan makanan kurang garam adalah bagus bagi pesakit yang mempunyai jenis batu karang kalsium kerana ia boleh mengelakkan batu tersebut daripada terbentuk.

Walaupun batu karang ini terbentuk daripada kalsium, terdapat kajian menunjukkan pengambilan kalsium melalui diet boleh mengelakkannya daripada terbentuk. Ini kerana ia boleh bergabung dengan kompaun oxalate di dalam makanan yang menjadi punca batu karang. Penggabungan dua kompaun ini tidak boleh diserap dan akan dikeluarkan melalui usus.

Oxalate diet adalah molekul organik yang terdapat di banyak sayuran, buah-buahan, dan kacang-kacangan. Selain itu, kalsium dari tulang juga boleh memainkan peranan dalam pembentukan batu karang.

ii. Batu struvite

Batu karang jenis ini kebiasaannya terdapat pada wanita yang mengalami jangkitan saluran kencing (UTI). Ia merangkumi 15 peratus daripada batu karang yang selalu terbentuk. Pembentukannya adalah disebabkan oleh bakteria Proteus, Pseudomonas dan spesies Klebsiella.

Batu-batu ini boleh menjadi besar dan menyebabkan kesukaran untuk kencing. Oleh itu, merawat jangkitan boleh menghalang perkembangan batu struvite.

iii. Batu asid urik

Batu karang jenis ini kebiasaannya berlaku pada lelaki berbanding wanita. Malah, boleh juga berlaku pada orang yang menhidap gout atau orang yang menjalani kimoterapi. Pembentukannya merangkumi 6 peratus daripada batu karang yang selalu terbentuk.

Pembentukannya mempunyai kaitan dengan pH air kencing iaitu kurang daripada 5.5, pengambilan diet yang tinggi kandungan purine  (organ dalaman, ikan bilis, makanan laut) atau pesakit yang mempunyai kanser. Diet yang kaya purine adalah bahan yang tidak berwarna dalam protein haiwan seperti ikan, kerang dan daging.

Bagi pesakit gout, kandungan darah mereka mengandungi asid urik yang tinggi menyebabkannya terkumpul dalam saluran air kencing dan membentuk batu.

iv. Batu cystine

Batu karang jenis ini paling jarang berlaku yang mana ia hanya melibatkan 2 peratus penyebab batu karang terbentuk. Ia terhasil akibat daripada gangguan genetik yang berlaku secara semula jadi dalam badan yang menyebabkan sista asid amino iaitu kebocoran salah satu blok protein dari buah pinggang ke dalam air kencing untuk membentuk batu karang.

Dengan mengetahui jenis batu karang yang dihidapi seseorang, perubahan pola pemakanan boleh disesuaikan bagi mengelakkannya lebih parah. Sebagai contoh, mengehadkan oxalate dalam diet boleh membantu mengelakkan batu kalsium oxalate. Selain itu, minum air yang cukup membantu menghalang semua jenis batu karang.

Sebanyak 80 hingga 85 peratus batu karang akan pecah dan keluar dengan sendirinya. Namun, 20 peratus daripada pesakit memerlukan bantuan perubatan kerana kesakitan yang teruk atau jangkitan kuman pada tempat buang air kecil.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Darah Dalam Air Kencing

    Anda mungkin mengalami keadaan di mana terdapat darah di dalam air kencing anda atau orang yang tersayang. Jadi apakah yang boleh menjadi punca kebimbangan kesihatan ini dan apakah rawatan yang perlu anda ambil ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 26/09/2018 . 2 minit bacaan

    Batu Karang: Risiko Terhadap Kanak-kanak

    Biasanya, air kencing mengandungi banyak bahan yang terlarut. Kadang-kadang, beberapa bahan mungkin tertumpu dalam air kencing dan membentuk kristal pepejal. Kristal ini boleh menyebabkan pembentukan batu. Kebanyakan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 02/08/2018 . 2 minit bacaan

    5 Tip Berguna MENCEGAH Batu Karang, Tak Sanggup Lagi Hadapi Kesakitannya Itu!

    Jika anda pernah mempunyai batu karang, sudah pasti anda tidak mungkin akan melupakannya. Kesakitan yang tidak tertanggung, datang dalam gelombang sehingga batu kecil melalui saluran air kencing dan keluar dari ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 01/08/2018 . 3 minit bacaan

    Jangkitan Saluran Kencing dan Batu Karang: Apakah Perbezaannya?

    Penyakit batu karang dan jangkitan saluran kencing adalah dua penyakit yang jauh sekali berbeza namun terdapat juga beberapa persamaannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 01/08/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    minum air

    Ibu, Cukup Tak Air Yang Anak Minum Setiap Hari? Ini Panduan Jumlah Air Yang Si Kecil Perlukan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 24/06/2020 . 3 minit bacaan

    Ini 3 Jenis Makanan Yang Sering Menyebabkan Batu Karang, Ambil Tahu Dari Sekarang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 24/04/2019 . 2 minit bacaan

    Kesakitan Semasa Membuang Air Kecil, Mengapa?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 30/01/2019 . 2 minit bacaan

    Sakit Perut Sebelah Kanan, Apakah Maknanya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 04/01/2019 . 2 minit bacaan