backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Hemangioma

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 05/12/2019

Definisi

Apa itu Hemangioma?

Hemangioma ialah ketumbuhan benigna yang disebabkan oleh pertumbuhan saluran darah yang tidak normal. Ia adalah keadaan kongenital. Hemangioma biasanya muncul sebagai benjolan merah pada kulit. Ia boleh muncul di mana-mana bahagian badan.

Hemangioma boleh berlaku semasa bayi masih dalam rahim ibu dan hilang apabila mereka membesar.

Apakah kebarangkalian Hemangioma?

Hemangioma sering berlaku tanpa mengira usia pesakit tetapi kebanyakannya dalam usia setahun. Satu pertiga daripada kes hemangioma ditemui sewaktu kelahiran. Keadaan ini dapat ditangani dengan mengurangkan faktor risikonya. Hubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Hemangioma?

Hemangioma kebiasaannya muncul pada tahun pertama kelahiran. Pada mulanya terdapat kawasan merah pada kulit, kebiasaannya di muka, dada atau belakang. Tanda merah kemudiannya akan berkembang dengan cepat menjadi benjolan yang menonjol pada kulit. Dalam kebanyakan kes, hemangioma akan mendatar dan hilang.

Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Hemangioma boleh dikesan sewaktu ujian atau diagnosis. Jika berlaku pendarahan pada hemangioma atau menyebabkan kesakitan atau menunjukkan tanda jangkitan, sila hubungi doktor anda. Tubuh badan setiap orang memberi tindak balas secara berbeza. Adalah lebih baik untuk berbincang dengan doktor anda tentang rawatan terbaik mengenai situasi anda.

Punca

Apakah Punca Hemangioma?

Hemangioma berlaku disebabkan pertumbuhan tidak normal saluran darah bukan kanser. Punca utama pertumbuhan ini tidak diketahui tetapi mungkin disebabkan faktor yang diwarisi. Beberapa kajian juga telah menyokong hipotesis bahawa estrogen memainkan peranan dalam percambahan hemangioma.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Hemangioma?

Terdapat banyak faktor risiko untuk hemangioma, seperti:

  • Perempuan
  • Bayi pramatang
  • Bayi kulit putih lebih berisiko berbanding yang berkulit hitam.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Hemangioma didiagnosis?

Hemangioma boleh dikesan secara visual tanpa alat diagnosis tertentu. Walau bagaimanapun, jika pertumbuhan saluran darah tersebut berlaku jauh di dalam badan, imbasan CT (tomografi berkomputer) dan MRI (pengimejan resonans magnetik) mungkin diperlukan.

Bagaimana pesakit Hemangioma dirawat?

Hemangioma kebiasaannya akan hilang selepas beberapa waktu, jadi anda mungkin tidak memerlukan sebarang rawatan kerana rawatan mungkin boleh menyebabkan kesan sampingan yang lain kepada kulit anda yang sihat. Walau bagaimanapun, jika hemangioma mula menjejaskan penglihatan atau keupayaan seseorang melakukan aktiviti harian, doktor boleh memberikan beberapa rawatan:

  • Penyekat beta (dengan propranolol sebagai rawatan baris pertama) dalam bentuk gel boleh digunakan untuk kulit yang terjejas. Walau bagaimanapun, ubat seperti ini boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi, glukosa tinggi, dan penafasan berdehit (wheezing).
  • Ubat kortikosteroid adalah pilihan alternatif daripada ubat penyekat beta. Ini boleh dilakukan melalui suntikan, pil oral atau krim kulit.
  • Rawatan laser boleh digunakan untuk menghilangkan hemangioma bagi meredakan kesakitan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Hemangioma?

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani hemangiomas:

  • Fahami keadaan anda dan pilihan rawatan yang ada;
  • Bincang dengan doktor anda sebelum menggunakan sebarang rawatan untuk merawat hemangioma.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 05/12/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan