Fungsi Jantung yang Kebanyakan Individu Tidak Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019

Jantung adalah organ yang paling penting di dalam badan manusia. Ia memainkan peranan yang besar dalam memastikan fungsi badan manusia terus berjalan dengan baik. Apa-apa kerosakan yang berlaku pada organ ini akan menjejaskan banyak bahagian di dalam badan manusia. Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui fungsi jantung yang kita perlu tahu.

Struktur asas jantung

Sebelum pergi kepada fungsi jantung, elok juga kita meninjau secara ringkas struktur jantung. Organ bersaiz sebesar genggaman tangan ini terletak di bahagian kiri dada.

Fungsi jantung

Fungsi organ ini adalah untuk mengepam darah ke seluruh badan. Bagi menjalankan fungsi ini, ia dilengkapi dengan otot (miokardium) yang kuat dan tahan lama kerana jantung bekerja 24 jam sehari tanpa henti.

Darah yang dipam mengandungi oksigen dan nutrisi yang diperlukan oleh sel-sel di seluruh badan. Tanpa bahan ini, sel-sel tidak akan dapat hidup dan menjalankan fungsinya. Selain daripada memberi, darah juga berfungsi membawa karbon dioksida dan bahan-bahan toksik daripada sel-sel terbabit dan dibawa ke organ lain untuk tujuan detoksifikasi.

Secara mudahnya, darah yang dipam oleh jantung melalui dua peredaran atau litar: peredaran pulmonari dan sistemik.

Peredaran pulmonari

Darah yang mengandungi tinggi karbon dioksida daripada sel-sel badan masuk ke bahagian kanan jantung (atrium kanan) melalui superior vena cava (IVC) dan inferior vena cava (IVC). Darah kemudian dipam oleh ventrikel kanan keluar daripada jantung ke paru-paru melalui arteri pulmonari.

Di dalam paru-paru, karbon dioksida dibuang melalui pernafasan dan oksigen diambil oleh darah. Kemudian, darah masuk ke bahagian kiri jantung (atrium kiri) melalui vena pulmonari.

Peredaran sistemik

Selepas dipenuhi dengan oksigen, darah akan dipam oleh ventrikel kiri ke seluruh badan melalui aorta dan pecahannya untuk membekalkan oksigen. Sampai di sel-sel badan, oksigen akan diambil oleh sel dan karbon dioksida pula akan dikeluarkan ke dalam darah untuk dibawa semula ke paru-paru.

Pelihara jantung anda

Meskipun saiznya kecil, peranan yang dimainkan olehnya adalah besar. Penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. Peliharalah organ berharga ini dengan mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sakit Tekak Biasa Atau Disebabkan COVID-19? Ini Cara Kenal Pasti Simptom Jangkitan Coronavirus

    Pelbagai jenis simptom telah dikaitkan dengan jangkitan virus korona baharu, antaranya adalah demam, sakit tekak dan batuk.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 01/06/2020

    Nak Tahu Cara Guna Kondom Wanita? Kena Baca Ini Supaya Tiada Kes TERSEKAT Dalam Faraj

    Si dia tidak mahu pakai kondom masa seks? Tidak mengapa, ini cara pakai kondom wanita boleh dicuba. Penting sebab boleh mencegah jangkitan penyakit kelamin.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Sifar Kes Baharu 7 Hari Berturut-Turut, Ini Kejayaan New Zealand Basmi Wabak COVID-19

    Kes baharu COVID-19 di New Zealand sudahpun mencecah angka sifar. Beberapa negara di Asia juga menunjukkan tanda-tanda pemulihan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 29/05/2020

    Tak Perlu Guna Kalkulator, Ini Cara Mudah Nak Kira Waktu Subur Selepas Period

    Jika anda ingin hamil, perkara wajib yang perlu anda tahu adalah cara anggar waktu subur selepas period. Mudah sahaja, tidak perlu guna kalkulator ovulasi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Artikel lain untuk anda

    hubungan seks

    Hubungan Intim Bakar Banyak Kalori Suami Isteri, Sebab Tu Asyik Lapar Lepas Bersama: Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 01/06/2020
    Interaksi dalam perkahwinan merupakan 1 perkara penting dalam sesuatu ikatan rumah tangga. Namun, menyedihkan ramai pasangan di luar sana yang memandang remeh cara berkomunikasi yang betul.

    Untuk Bakal Pengantin, Elak Sebut 3 Perkara Ini Pada Pasangan Kalau Nak Jodoh Kekal Lama

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 01/06/2020
    buah-untuk-bayi-perlu-dimasak

    Sebelum Bagi Baby Makan Buah, Kena Masak Dulu Ke? Ini 5 Sebab Ibu Bapa Perlu Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 01/06/2020
    ibu-hamil-positif-covid-19-kesannya-yang-perlu-diketahui

    Ibu Hamil Positif COVID-19 Balik Kampung, Apa Langkah Kena Buat Jika Mak Buyung Dijangkiti?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 01/06/2020