Cirit-birit dalam Kalangan Kanak-kanak

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Boleh dikatakan hampir setiap kanak-kanak mengalami cirit-birit. Ini merupakan penyakit biasa dalam kalangan kanak-kanak, dan kebanyakan kes boleh dirawat di rumah. Walau bagaimanapun, tanpa penjagaan yang betul, masalah cirit-birit ini boleh menjadi berbahaya.

Punca cirit-birit dalam kalangan kanak-kanak

Cirit-birit ialah keadaan di mana najis kanak-kanak lebih cair daripada biasa. Penyakit ini selalunya berlaku apabila kanak-kanak makan makanan atau minuman tercemar atau tersentuh najis orang yang telah dijangkiti. Sesetengah punca lazim cirit-birit dalam kalangan kanak-kanak adalah virus, jangkitan bakteria, parasit atau alergi dan keracunan makanan.

Komplikasi cirit-birit dalam kalangan kanak-kanak

Cirit-birit, jika berterusan, selalunya menyebabkan malnutrisi yang teruk. Bahaya ketara untuk kanak-kanak yang mengalami cirit-birit adalah masalah penyahhidratan. Oleh itu, apabila anak anda mengalami penyahhidratan, anda perlu memberi mereka minum banyak air dan elektrolit, serta probiotik untuk menyeimbangkan mikrob tali perut. Memastikan anak anda mendapat penghidratan sempurna adalah kunci untuk melawan cirit-birit.
Cirit-birit, jika tidak dirawat dengan baik, akan menyebabkan gangguan penghadaman, yang membawa kepada malnutrisi, kekurangan daya tahan badan, dan kematian.

Rawatan cirit-birit

Pemakanan memainkan peranan yang penting dalam merawat cirit-birit. Pemakanan yang mencukupi akan membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik, memendekkan tempoh cirit-birit dan memperbaiki status pemakanan bayi. Ramai orang yang percaya bahawa makan hanya akan memburukkan lagi keadaan, yang mana ianya tidak benar! Malah, anda perlu terus memberi anak makan makanan yang mudah dihadam seperti bubur daging pejal atau bubur ayam dengan lobak merah dan ubi kentang.

Selain itu, anda juga perlu memastikan anak mendapat probiotik yang secukupnya. Probiotik dapat membantu menyediakan mikro-flora bermanfaat, meningkatkan tentangan sistem penghadaman dan membantu kanak-kanak melawan kembali pathogen seperti virus, bakteria, dan parasit.

Walau bagaimanapun, hubungi doktor anda segera jika anak anda:

– Mengalami cirit-birit lebih daripada dua hari
– Kelihatan nyahhidrat
– Najis berdarah
– Muntah dan tidak boleh terima makanan atau minuman
– Demam panas

Bagi mengelakkan cirit-birit, ibu bapa perlu memberi perhatian teliti terhadap kebersihan pemakanan anak termasuklah:
– Makan makanan yang bersih atau dimasak
– Jangan makan makanan yang dijual di lorong kaki lima
– Minum air yang bersih
– Basuh tangan bersih-bersih sebelum makan

Cirit-birit boleh dielakkan jika ibu bapa berhati-hati tentang kebersihan kanak-kanak. Lebih baik jika ibu bapa melengkapkan diri dengan pengetahuan yang perlu bagi mengenali simptom dan penyebab cirit-birit kepada kanak-kanak, dan belajar untuk menanganinya dengan cepat dan betul. Rawatan terbaik adalah dengan membawa anak anda ke hospital atau pusat kesihatan untuk pemeriksaan yang rapi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut