Keracunan Makanan Terhadap Kanak-kanak. Apa Tindakan Ibu Bapa?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Keracunan Makanan terhadap Kanak-kanak. Apa tindakan Ibu Bapa?

Anak anda yang bersifat ingin tahu akan makan apa sahaja makanan yang mereka ingin tanpa pengawasan anda. Walaupun kebanyakan kes anda yang memasaknya, keracunan makanan tetap akan berlaku. Panik bukanlah jalan penyelesaiannya. Seharusnya, anda perlu menyiapkan diri dengan pengetahuan yang sewajarnya tentang sekiranya berlaku kecemasan.

Apakah keracunan makanan?

Bilakah keadaan ini berlaku?

Keracunan makanan berlaku apabila kuman berada di dalam makanan. Dalam beberapa kes, kuman boleh berada dalam makanan yang kurang masak, makanan yang tidak ditapis atau disejukbeku dengan sempurna.

Apakah kuman yang menyebabkan keracunan makanan?

Kuman yang membawa kepada keracunan makanan termasuklah Campylobacter, Staphylococcus, Salmonella, and Escherichia coli. Virus, parasit atau toksin yang turut menyumbang kepada keracunan ini. Keracunan makanan merupakan salah satu daripada gastroenteritis.

Siapakah yang boleh menjadi mangsa keracunan makanan?

Sesiapa sahaja termasuklah bayi, kanak-kanak dan orang dewasa.

Simptom keracunan makanan

Kebiasaannya, simptom keracunan makanan akan muncul secepat mungkin selepas seseorang itu makan makanan yang telah tercemar. Antara simptomnya adalah loya, muntah, kekejangan perut, badan berangin, cirit-birit, sakit kepala dan demam. Mangsa juga menunjukkan tanda-tanda dehidrasi. Simptom-simptom ini selalunya mengambil masa 24 hingga 48 jam untuk beransur kebah.  

Tips rawatan sendiri

Dalam beberapa kes, keracunan makanan adalah tidak serius jadi anda boleh merawat anak anda di rumah. Ikuti arahan yang berikut:

  • Melegakan demam dengan acetaminophen.
  • Pastikan anak anda dalam keadaan hidrasi yang baik.
  • Berikan anak anda ubatan rehidrasi seperti CeraLyte, Oralyte, and Pedialyte untuk menggantikan nutrien yang hilang akibat cirit-birit atau muntah.
  • Elakkan memberi anak anda produk tenusu selama 2-3 hari selepas kejadian untuk mengelakkan cirit-birit atau muntah-muntah semakin teruk.

Bilakah anda sepatutnya menghubungi doktor?

  • Bila anak anda mula menunjukkan kesan-kesan neurologi (contohnya, kebas)
  • Bila anak anda mengalami demam melebihi 38 darjah – yang tidak boleh dilegakan dengan acetaminophen.
  • Bila anak anda mengalami pendarahan dan lendir pada najis.
  • Bila anak anda mengalami sakit perut dan muntah atau tidak boleh mencernakan apa-apa cecair selama 30 minit.
  • Bila anak anda menunjukkan tanda-tanda tidak mahu minum dan dehidrasi serta air kencing yang sedikit mahupun kehausan yang amat.  

Di hospital, doktor anda boleh cuba memeriksa najis bagi menentukan organisma penyebab sakit anak anda. Doktor juga boleh memberi antibiotik jika penyebabnya adalah bakteria. Walaubagaimanapun, kebanyakan sakit yang disebabkan oleh pemakanan adalah sangat jarang berlaku jadi doktor tidak akan memberi antibiotik sebaliknya membiarkan badan sembuh dengan sendiri  selepas beberapa hari. Doktor anda juga boleh memberi preskripsi antiemetik untuk mengurangkan muntah.

Mengelakkan keracunan makanan

  • Cuci tangan anda setertibnya sebelum menyediakan makanan.
  • Cuci buah-buahan dan sayur-sayuran sebersihnya sebelum menyediakan makanan.
  • Masak daging dan telur secukupnya dan pastikan tiada tanda makanan busuk sebelum memasaknya.
  • Panaskan makanan sebetulnya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Julai 5, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Disember 3, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut