Minggu demi minggu

Perkembangan Janin Minggu ke-15: Bersediakah anda untuk mengetahui jantina bayi?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Perkembangan bayi

Perkembangan bayi dalam kandungan  

Anda kini memasuki minggu ke-15 kehamilan. Ketahuilah bahawa janin yang semakin berkembang kini kira-kira saiz sebiji epal, dengan berat sekitar 75 gram dan kepanjangan 10 cm dari kepala ke kaki.

Bayi anda terus berkembang dan bergerak tangan dan kakinya. Tidak lama lagi anda akan mula merasa pergerakan bayi anda. Bayi anda juga belajar bagaimana untuk bernafas, menelan dan menghisap dan melakukan amalan seharian ini untuk memahirkan dirinya sebagai persediaan untuk kehidupan selepas kelahiran. Pada minggu ini, anda mungkin dapat mengetahui jantina bayi anda melalui ultrabunyi.

Perubahan hidup & tubuh badan

Bagaimanakah perubahan badan saya?

Anda mungkin menyedari gusi anda menjadi lebih sensitif. Gusi anda juga mungkin menjadi merah, bengkak dan berdarah apabila diberus atau diflos. Ini mungkin tanda masalah gusi yang dipanggil gingivitis. Ia adalah perkara biasa dan biasanya disebabkan oleh hormon kehamilan anda. Ia adalah penting untuk menjaga gigi anda lebih daripada sebelum waktu kehamilan. Anda disyorkan untuk memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari tetapi memberus 3 kali sehari  selepas setiap hidangan adalah lebih baik. Anda tidak harus mengabaikan gigi anda kerana ia boleh membawa kepada jangkitan yang lebih serius pada tulang dan tisu-tisu yang menyokong gigi dipanggil peridontitis, yang telah dikaitkan dengan kelahiran pramatang dan pre-eklampsia. Pencegahan dan kebersihan gigi yang baik adalah kunci kepada gigi yang sihat.

Apakah yang perlu saya beri perhatian?

Anda mungkin bimbang tentang perubahan emosi anda yang berubah-ubah dan menjadi tidak menentu. Berikut adalah beberapa perubahan emosi yang mungkin anda alami:

  • Anda boleh menangis tanpa sebab.
  • Menjadi ceria kemudian cemas apabila berfikir tentang kehamilan anda.
  • Perasaan sedih apabila tidak muat memakai pakaian biasa.
  • Perasaan geram dengan diri sendiri apabila tidak dapat menumpukan perhatian.
  • Rasa marah apabila menjadi pelupa atau cenderung.

Emosi anda mungkin bercelaru tetapi akan menjadi lebih mudah diurus selepas beberapa minggu. Anda boleh cuba untuk mengatasi kecelaruan emosi anda dengan bercakap kepada seseorang, menulis diari kehamilan atau mendengar muzik kegemaran anda. Ingatlah bahawa hormon kehamilan anda yang menyebabkan kecelaruan emosi anda. Ia mungkin bukan masa yang terbaik untuk membuat sebarang keputusan pada waktu ini. Tunggu beberapa minggu apabila anda mampu berfikir dengan jelas.

Pertemuan dengan doktor

Apa yang harus saya maklumkan pada doktor?

Jika anda mempunyai alahan sebelum kehamilan, anda mungkin menyedari bahawa alahan anda semakin teruk. Maklumkan doktor jika alahan anda semakin teruk dan mengganggu rutin harian anda. Terdapat beberapa ubat-ubatan yang mungkin membahayakan bayi anda, jadi lebih baik berunding dengan doktor untuk pilihan rawatan alahan yang selamat untuk anda.

Apakah ujian yang perlu saya tahu?

Semasa trimester kedua, doktor anda akan menemui anda sekurang-kurangnya sekali sebulan. Pada setiap temu janji, doktor akan melakukan ujian rutin, seperti ujian tekanan darah dan air kencing anda.

Penting untuk mengukur tekanan darah anda untuk melihat jika sebarang tanda pre-eklampsia, iaitu tekanan darah tinggi semasa mengandung yang berbahaya kepada anda dan bayi anda. Tanda-tanda pre-eklampsia adalah protein dalam air kencing (proteinuria), perubahan buah pinggang atau hati, sakit kepala yang berulang atau masalah penglihatan. Perubahan ini dapat dikesan melalui ujian air kencing anda. Bincang dengan doktor anda untuk menjelaskan tentang keputusan anda dan apa yang mereka maksudkan.

Kesihatan & keselamatan

Apakah yang perlu saya tahu untuk kesihatan dan keselamatan semasa hamil?

Anda mungkin tertanya-tanya jika ia adalah selamat untuk menemui doktor gigi anda. Rawatan gigi bukan sahaja selamat bahkan disyorkan. Doktor gigi boleh membersihkan gigi dan menampal rongga gigi semasa anda hamil dengan selamat. Namun disebabkan sistem imun anda lemah, doktor gigi akan mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mencegah sebarang jangkitan yang mungkin berlaku semasa prosedur tersebut. Semasa x-ray gigi dilakukan, pastikan apron berplumbum menutup bahagian perut dan tekak anda untuk mengurangkan pendedahan radiasi.

Pastikan anda memberitahu doktor gigi anda tentang sebarang alahan ubat yang anda miliki. Mengetahui ubat yang tidak boleh anda ambil akan membantu doktor gigi memilih ubat yang betul untuk anda. Anda mungkin memerlukan antibiotik untuk merawat atau mencegah jangkitan. Jika anda memerlukan ubat tahan sakit, doktor gigi anda akan memilih ubat yang paling selamat untuk melegakan kesakitan anda.

Gambaran Janin Minggu ke-15

perkembangan janin minggu ke-15

Bagaimana pula perkembangan janin anda pada minggu ke-16?

Hello Health Group tidak menawarkan sebarang khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut