Minggu 18

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/12/2019 . 4 mins read

Perkembangan bayi

Perkembangan bayi dalam kandungan  

Anda kini berada di minggu ke-18! Bayi anda kini kira-kira saiz lada benggala, seberat kira-kira 200 gram dan panjang kira-kira 14 cm dari kepala ke kaki.

Bayi anda sudah mula bergerak sedikit. Anda boleh berasa bayi anda berpusing dan menendang. Anda juga mungkin merasa bayi anda menguap dan tahu jika dia mempunyai masalah. Anda akan menyedari bayi anda semakin kuat. Telinganya juga sedang berkembang dan akan dapat mendengar suara anda. Ia adalah masa yang baik untuk mula bercakap dengan bayi anda. Bayi anda akan merasa selesa mendengar suara anda dan degupan jantung anda dan di samping bunyi darah yang bergerak melalui tali pusat.

Mata bayi anda sedang berkembang dengan baik dan kini memandang ke hadapan dan tidak juling seperti sebelum ini. Pada masa ini, retina bayi boleh mengesan cahaya jika anda memegang lampu suluh di hadapan abdomen anda.

Perubahan hidup & tubuh badan

Bagaimanakah perubahan badan saya?

Sakit belakang anda mungkin menjadi lebih teruk. Ini adalah tanda biasa kehamilan. Memandangkan perut anda semakin besar, anda akan lebih merasa sakit pinggang disebabkan pusat graviti anda berubah, memberikan tekanan kepada bahagian pinggang. Sebab lain untuk sakit belakang anda adalah kerana hormon kehamilan anda menyebabkan tulang pelvis dan ligamen melonggar.

Berikut adalah beberapa saranan untuk membantu anda mengelakkan sakit belakang sewaktu kehamilan:

  • Elakkan duduk lebih lama daripada satu jam tanpa rehat dan jangan lupa untuk menggerakan sendi dan otot anda. Anda sebaik-baiknya perlu berdiri dan bergerak setiap jam untuk memastikan darah mengalir lancar. Jika pekerjaan anda memerlukan anda duduk di satu tempat untuk jangka masa yang lama, anda perlu menggunakan kerusi yang rendah untuk mengangkat kaki anda supaya dapat mengurangkan tekanan ke atas belakang.
  • Anda juga perlu mengelakkan berdiri terlalu lama. Jika anda perlu berdiri di atas lantai dapur untuk mencuci pinggan atau memasak, berdirilah atas permaidani tebal dan licin untuk mengurangkan tekanan pada badan dan belakang anda.
  • Elakkan mengangkat berat. Jika anda perlu mengangkat berat, lakukannya perlahan-lahan. Anda perlu berdiri dan bengkokkan kaki pada lutut anda dan bukannya membongkok untuk mengambil objek berat. Jika anda mempunyai beg membeli-belah yang berat, bahagikan berat pada kedua-dua belah tangan dengan seimbang.

Apakah yang perlu saya beri perhatian?

Kadangkala keinginan untuk makan semasa hamil akan menyebabkan anda makan hidangan lebih pedas dan panas yang boleh meningkatkan risiko pedih ulu hati. Jika perut anda sensitif, anda perlu mengurangkan cili tambahan. Semasa mengandung, sistem penghadaman anda kurang berkesan disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan. Metabolisme anda berkurangan dan pergerakan otot dalam perut dan usus anda berkurangan sehingga sukar untuk mencerna makanan anda. Anda disyorkan untuk makan makanan dengan kuantiti yang lebih kecil dengan lebih kerap sepanjang hari. Ini akan membantu mengelakkan pedih hulu hati.

Pertemuan dengan Doktor

Apa yang harus saya maklumkan pada doktor?

Adakah anda melihat sebarang bintik atau apungan? Ini biasa berlaku disebabkan hormon kehamilan anda. Semasa mengandung, pengeluaran air mata anda berkurangan, menyebabkan mata anda kering dan penglihatan anda kabur. Anda harus memberitahu doktor anda jika penglihatan kabur menjadi lebih teruk atau mengganggu rutin harian anda. Penglihatan kabur juga mungkin disebabkan pengumpulan cecair, yang merupakan keadaan serius dan harus dirawat. Sebab penglihatan kabur termasuklah diabetes gestasi atau tekanan darah tinggi.

Apakah ujian yang perlu saya tahu?

Minggu ini masa yang sesuai untuk menemui doktor jika anda belum merancang lawatan doktor. Doktor anda mungkin mencadangkan anda menjalani ujian ultrabunyi pada trimester kedua. Ini biasanya dilakukan antara minggu 18 hingga 22. Ultrabunyi trimester kedua membolehkan doktor melihat bagaimana bayi anda membesar sama ada dalam 3-D atau 4-D. Anda juga akan dapat melihat gambaran sebenar bayi anda dan juga mendapatkan video menangkap pergerakan mereka. Sonogram tahap 2 yang juga dikenali sebagai imbasan anatomi, boleh mengukur saiz bayi anda dan organ, jumlah cecair amnion dan meniliti kedudukan plasenta bagi memastikan bayi anda mendapat bekalan darah. Ia merupakan satu ultrabunyi menarik yang akan membuat anda merasa lebih dekat dengan bayi anda.

Kesihatan & keselamatan

Apakah yang perlu saya tahu untuk kesihatan dan keselamatan semasa hamil?

Berikut adalah beberapa perkara yang anda perlu tahu untuk menjadi sihat dan selamat:

Bahan berbahaya dalam makanan laut

Anda masih boleh makan ikan dan makanan laut yang lain tetapi secara sederhana. Makanan laut adalah sumber nutrien tetapi ia juga boleh mengandungi bahan-bahan toksik termasuk dioksin dan merkuri dan racun perosak. Apabila jumlah toksin yang anda dapat daripada makanan terlalu tinggi, ia boleh menjejaskan perkembangan bayi anda.

Walau bagaimanapun, tidak ada sebab untuk mengelakkan semua jenis makanan laut. Elakkan makanan laut yang mempunyai kandungan toksin yang paling tinggi. Ini termasuklah ikan, terutama ikan yu, ikan kembung, ikan todak dan ikan merah.

Letih

Jika anda mempunyai masalah pernafasan atau mudah letih sewaktu berjalan, cari masa untuk  berhenti dan berehat. Bekerja sehingga anda jatuh penat bukanlah idea yang baik. Membebankan diri semasa mengandung boleh menjejaskan kesihatan anda dan bayi anda. Ingat bahawa anda mungkin tidak dapat bergerak seperti sebelum kehamilan. Jika anda bekerja lebih masa, pastikan anda mengambil waktu rehat. Maklumkan majikan anda jika anda tidak dapat memberikan komitmen lebih. Kesihatan anda dan bayi perlu sentiasa diutamakan. Cuba ambil cuti sehari untuk berehat. Anda akan melihat bahawa anda boleh menjadi lebih produktif semasa waktu bekerja.

Gambaran Janin Minggu ke-18

perkembangan janin minggu ke-18

Jumpa lagi minggu hadapan pada minggu ke 19! Kita akan melihat perkembangan anda dan bayi.

Hello Health Group tidak menawarkan sebarang khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Najis Ibu Hamil Boleh Bertukar Kepada Warna Hijau Tau! Ini 6 Puncanya

    Ada segelintir ibu hamil yang mengalami masalah warna najis bertukar menjadi hijau. Mengapa perkara tersebut berlaku? Adakah ia normal atau tidak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 23/06/2020 . 3 mins read

    Kerap Muntah Masa Hamil Sampai Hilang Berat? BAHAYA! 5 Cara Ini Boleh Bantu Atasinya

    Muntah ketika hamil perkara biasa bagi wanita mengandung. Jika terlalu kerap, ia mungkin berpunca daripada hiperemesis gravidarum. Bahaya jika dibiarkan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 22/06/2020 . 3 mins read

    SETITIS Air Mani Boleh Buatkan Wanita Mengandung? Boleh Jadi Ke?

    Pernahkah anda mendengar kenyataan seperti SETITIK air mani boleh hamil atau buatkan wanita mengandung? Ikuti kupasan kami dalam artikel di bawah.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 10/06/2020 . 3 mins read

    Sukar Hamil? Mungkin Anda PERLU Berjumpa Doktor Gigi! Nak Tahu Kenapa? Baca Ini

    Apa kaitan antara soal kebersihan gigi dengan kesukaran untuk mengandung? Rasa pelik, bukan? Tapi ini yang perlu anda fahami tentang tahap kesuburan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 09/06/2020 . 3 mins read

    Artikel lain untuk anda

    hubungan seks

    Nak Bermesra Dengan Pasangan Tapi Takut Hamil? Ini 5 Aktiviti Seks Takkan Buat Wanita Mengandung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 07/07/2020 . 3 mins read
    perkembangan bayi

    Jangkitan Kuman, Serebral Palsi; Ada Lagi 13 Komplikasi Jika Bayi Lahir Pramatang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 03/07/2020 . 3 mins read
    cara makan pil perancang

    5 Perkara Punca Pil Perancang Tidak Berkesan, #4 Mungkin Anda Tidak Percaya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/07/2020 . 3 mins read
    hamil

    Ada PCOS Tapi Nak Mengandung? Ini 4 Rahsia Berjaya Hamil, ‘Confirm’ Lekat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 25/06/2020 . 3 mins read