Minggu 27

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/12/2019 . 3 mins read

Perkembangan bayi

Perkembangan bayi dalam kandungan  

Bayi anda kini seperti saiz kubis bunga. Jika bayi anda membesar dengan sihat, beratnya sekitar 900 g dengan kepanjangan 36.8 cm

Daripada permulaan minggu pertama trimester ketiga, bayi anda semakin menyerupai rupanya waktu kelahiran kelak. Walaupun paru-paru, hati, dan sistem imun masih memerlukan masa untuk matang sepenuhnya, jika bayi dilahirkan sekarang, dia masih mempunyai peluang yang baik untuk hidup.

Memandangkan pendengarannya sedang berkembang, bayi anda mungkin mula mengenal suara ibu bapanya. Telinga bayi masih diliputi lapisan berlilin tebal yang dapat melindungi kulit daripada merekah disebabkan air ketuban. Jadi, bunyi yang didengari bayi anda mungkin agak sayup.

Perubahan hidup & tubuh badan

Bagaimanakah perubahan badan saya?

Badan anda secara semula jadi akan memberikan nutrisi dan melindungi bayi anda sewaktu kehamilan. Tetapi, menjaga bayi baru lahir ialah kemahiran yang perlu dipelajari. Jadi anda patut mempertimbangkan pengambilan kelas kelahiran melalui pusat komuniti setempat atau hospital. Pada tempat tersebut anda boleh belajar topik seperti kelahiran, pilihan untuk menghilangkan kesakitan dsb. Anda juga akan mempelajari tentang masalah yang selalu dihadapi bayi yang baru lahir, penyusuan susu ibu, penyusuan dengan susu formula, dan CPR utk bayi. Anda patut mempelajari sebanyaknya tentang kelahiran dan bayi. Maklumat ini dapat membantu anda berasa lebih yakin, terutamanya jika ini kehamilan pertama anda.

Apakah yang perlu saya beri perhatian?

Daripada pertengahan hingga penghujung kehamilan, bayi anda akan menjadi stabil pada kedudukan yang sesuai untuk kelahiran. Untuk melakukan itu, kepala bayi dan berat uterus yang kian bertambah perlu terletak dengan stabil pada saraf skiatik pada tulang belakang. Skiatiks (Sciatica) boleh menyebabkan rasa sakit, gatal, kejang punggung atau belakang dan merebak ke kaki. Cara untuk menggerakkan bayi anda daripada saraf tersebut dan mengurangkan simptom Skiatiks termasuklah:

  • Duduk: Merehatkan kaki anda dapat mengurangkan sakit kaki, belakang dan skiatiks. Berbaring juga dapat mengurangkan rasa sakit ini selagi mana anda tahu posisi yang terbaik.
  • Haba: Meletakkan tampalan panas dapat melegakan rasa sakit. Rendamkan badan anda dalam air suam juga mempunyai kesan yang sama.
  • Bersenam: Kedepankan pelvis anda atau lakukan sebarang pergerakan meregang yang dapat mengurangkan tekanan.
  • Berenang: Berenang dan senaman dalam air merupakan pilihan yang baik jika anda mengalami sakit peha. Berenang membantu meregangkan dan menguatkan otot belakang di samping melegakan kesakitan.
  • Cara lain: Terapi seperti akupuntur, kiropraktik atau urutan boleh mengurangkan skiatiks. Cara ini patut dilakukan oleh pakar yang terlatih.

Pertemuan dengan doktor

Apa yang harus saya maklumkan pada doktor?

Pada waktu ini, kemungkinan kelahiran pramatang agak rendah. Tetapi lebih baik jika anda tahu simptom kelahiran pramatang. Simptom ini termasuklah:

  • Rasa sakit seperti senggugut dengan cirit-birit, muntah atau masalah pencernaan.
  • Kontraksi setiap 10 minit dan tidak berubah walaupun dengan perubahan posisi.
  • Rasa sakit pinggang yang berterusan atau berubah.
  • Perubahan lendiran faraj seperti berair atau berdarah.
  • Rasa sakit atau tekanan dalam pelvis, peha atau groin.
  • Lendiran faraj.

Kebanyakan waktu wanita dengan simptom pramatang kebiasaannya tidak melalui kelahiran pramatang. Doktor yang paling mengetahui perkara ini, jadi anda perlu menghubungi doktor untuk memastikan keselamatan.

Apakah ujian yang perlu saya tahu?

Mulai sekarang, anda akan terbiasa menemui doktor. Anda boleh menjangkakan bahawa doktor akan memeriksa beberapa perkara tersebut, bergantung kepada keperluan:

  • Ukuran berat badan dan tekanan darah;
  • Ujian air kencing untuk glukos dan protein;
  • Ujian darah untuk anemia;
  • Vaksinasi terhadap difteria;
  • Pemeriksaan degupan jantung janin;
  • Ukuran saiz rahim melalui pemeriksaan luar untuk dibandingkan dengan waktu kelahiran;
  • Ketinggian fundus (bahagian atas rahim);
  • Pemeriksaan bengkak tangan dan kaki, pemeriksaan vena varikos pada kaki;
  • Simptom atau tanda yang tidak normal;
  • Sediakan senarai soalan atau isu yang anda mahu bincangkan dengan doktor anda.

Kesihatan & keselamatan

Apakah yang perlu saya tahu untuk kesihatan dan keselamatan semasa hamil?

Epilasi Elektrolisis

Tidak ada kajian yang mencukupi yang telah menentukan jika elektrolisis (kaedah membuang bulu badan) selamat sewaktu kehamilan. Elektrolisis telah ada sejak 100 tahun. Tidak ada kes yang telah dilaporkan tentang kesan bahaya kepada kehamilan. Risiko prosedur ini mungkin rendah sahaja jika anda mempunyai bulu badan berlebihan dan mahu membuangnya sewaktu kehamilan.

Merias kuku

Jika anda ingin memakai pewarna kuku, terdapat risiko alahan, jangkitan fungus atau bakteria di sekeliling kuku anda. Walaupun tidak memberi kesan kepada bayi anda, adalah lebih baik untuk menunggu sehingga kelahiran sebelum merias kuku.

Bagaimanakah perkembangan bayi anda pada minggu hadapan?

Hello Health Group tidak memberikan sebarang khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Najis Ibu Hamil Boleh Bertukar Kepada Warna Hijau Tau! Ini 6 Puncanya

    Ada segelintir ibu hamil yang mengalami masalah warna najis bertukar menjadi hijau. Mengapa perkara tersebut berlaku? Adakah ia normal atau tidak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 23/06/2020 . 3 mins read

    Kerap Muntah Masa Hamil Sampai Hilang Berat? BAHAYA! 5 Cara Ini Boleh Bantu Atasinya

    Muntah ketika hamil perkara biasa bagi wanita mengandung. Jika terlalu kerap, ia mungkin berpunca daripada hiperemesis gravidarum. Bahaya jika dibiarkan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 22/06/2020 . 3 mins read

    SETITIS Air Mani Boleh Buatkan Wanita Mengandung? Boleh Jadi Ke?

    Pernahkah anda mendengar kenyataan seperti SETITIK air mani boleh hamil atau buatkan wanita mengandung? Ikuti kupasan kami dalam artikel di bawah.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 10/06/2020 . 3 mins read

    Sukar Hamil? Mungkin Anda PERLU Berjumpa Doktor Gigi! Nak Tahu Kenapa? Baca Ini

    Apa kaitan antara soal kebersihan gigi dengan kesukaran untuk mengandung? Rasa pelik, bukan? Tapi ini yang perlu anda fahami tentang tahap kesuburan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 09/06/2020 . 3 mins read

    Artikel lain untuk anda

    hubungan seks

    Nak Bermesra Dengan Pasangan Tapi Takut Hamil? Ini 5 Aktiviti Seks Takkan Buat Wanita Mengandung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 07/07/2020 . 3 mins read
    perkembangan bayi

    Jangkitan Kuman, Serebral Palsi; Ada Lagi 13 Komplikasi Jika Bayi Lahir Pramatang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 03/07/2020 . 3 mins read
    cara makan pil perancang

    5 Perkara Punca Pil Perancang Tidak Berkesan, #4 Mungkin Anda Tidak Percaya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/07/2020 . 3 mins read
    hamil

    Ada PCOS Tapi Nak Mengandung? Ini 4 Rahsia Berjaya Hamil, ‘Confirm’ Lekat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 25/06/2020 . 3 mins read