Minggu demi minggu

Perkembangan Janin Minggu ke-29: Pergerakan bayi anda semakin kuat!

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Perkembangan bayi

Perkembangan bayi dalam kandungan  

Bayi anda kini bersaiz seperti labu madu, dengan berat kira-kira 1.1 kg dan kepanjangan sekitar 38.1 cm daripada kepala ke tumit.

Bayi anda akan terus aktif. Beberapa pergerakan ringan sebelum ini kini telah menjadi pergerakan keras dan bertenaga yang mungkin mengujakan anda. Jika anda menyedari sebarang kekurangan pergerakan, kira bilangan pergerakan bayi anda. Kebiasaannya bayi akan bergerak sekurang-kurangnya 10 kali dalam masa 2 jam. Jika bayi anda jarang bergerak, maklumkan dengan doktor anda untuk memastikan bayi anda sihat.

Perubahan hidup & tubuh badan

Bagaimanakah perubahan badan saya?

Anda mungkin berasa tidak selesa disebabkan simptom lama seperti pedih hulu hati dan sembelit. Ini disebabkan hormon kehamilan, progesteron melonggarkan tisu otot licin (smooth muscle) di seluruh badan termasuklah sistem gastrousus. Ini boleh menyebabkan angin, pedih hulu hati dan menyumbang kepada sembelit.

Uterus anda yang semakin membesar juga boleh menyebabkan buasir. Saluran darah yang bengkak pada kawasan rektal ini sering berlaku sewaktu kehamilan dan akan hilang beberapa minggu selepas kelahiran, jadi anda tidak perlu risau.

Apakah yang perlu saya beri perhatian?

Pada penghujung kehamilan, anda mungkin merasakan pergerakan bayi anda berkurang. Bayi anda kini kurang mempunyai ruang untuk bergerak dalam rahim disebabkan tumbesarannya dan kerana kepalanya telah memasuki bahagian pelvis. Tapi, kekurangan pergerakan dalam trimester ke-3 juga mungkin menunjukkan bahawa bayi anda dalam risiko. Masalahnya mungkin terletak pada tali pusat atau plasenta. Untuk memastikan tiada masalah, anda harus menemui doktor anda untuk pemeriksaan.

Pertemuan dengan doktor

Apa yang harus saya maklumkan pada doktor?

Anda patut terus menemui doktor jika anda risau bahawa bayi anda kurang bergerak. Doktor mungkin akan bertanyakan, bilakah waktu terakhir anda menyedari pergerakannya dan berapa kali pergerakan yang anda sedari dalam masa beberapa jam. Jangan risau kerana doktor hanya mahu memeriksa keadaan bayi dan memastikan semuanya dalam keadaan baik. Jika terdapat masalah dengan bayi anda, doktor mungkin mencadangkan kelahiran pramasa/pramatang dan sokongan yang diperlukan. Anda mungkin akan menemui vena labah-labah pada kulit anda yang berbentuk seperti merebak daripada pusat perut dan kelihatan seperti kaki labah-labah. Anda juga mungkin menemuinya pada wajah, leher, payudara atau tangan. Jangan risau kerana ia akan hilang beberapa minggu selepas kelahiran. Ini hanyalah kesan peningkatan aliran darah sewaktu anda hamil.

Apakah ujian yang perlu saya tahu?

Anda mungkin perlu bertemu dengan doktor lebih kerap pada bulan hadapan, setiap 2 minggu sekali dan setiap sekali seminggu sehingga kelahiran. Sewaktu pemeriksaan bulan ini, tekanan darah dan berat anda akan diukur, anda mungkin akan ditanyakan tentang sebarang tanda dan simptom yang anda hadapi. Doktor juga akan menyuruh anda memaklumkan corak pergerakan bayi anda dan jadual aktivitinya: waktu bayi anda bergerak dan waktu dia lebih diam. Saiz uterus anda juga akan diperiksa seperti biasa.

Kesihatan & keselamatan

Apakah yang perlu saya tahu untuk kesihatan dan keselamatan semasa hamil?

Mendandan rambut

Hormon kehamilan merubah komposisi dan tekstur rambut. Anda boleh mendapatkan khidmat dandanan di salun seperti meluruskan rambut tetapi kesan kehamilan mungkin mempengaruhi hasilnya.

Keracunan plumbum

Anda patut mengelakkan benda yang mengandungi plumbum sewaktu kehamilan. Kesihatan anda akan berisiko jika anda makan makanan yang mengandungi plumbum, kerja yang terdedah kepada plumbum atau menyentuh hasil seni atau bahan kosmetik yang mengandungi plumbum. Tahukah anda, terdapat kajian yang menunjukkan bahawa pendedahan kepada plumbum sewaktu kehamilan boleh membuatkan anda berisiko mengalami keguguran dan mempunyai bayi dengan IQ rendah?

Bagaimanakah pertumbuhan bayi pada minggu hadapan?

Hello Health Group tidak memberikan sebarang khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut