Minggu demi minggu

Perkembangan Janin Minggu ke-21: Sistem pencernaan bayi anda kian bersedia!

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Perkembangan bayi

Perkembangan bayi dalam kandungan  

Pada masa ini, bayi anda sebesar saiz seperti lobak merah. Kepanjangan janin dari kepala ke tumit kira-kira 26.7 cm dan berat kira-kira 340 g.

Sebelum ini, air ketuban bertindak seperti kusyen dan memberi sokongan untuk bayi dalam rahim, kini ia mempunyai tujuan lain. Usus bayi anda telah berkembang secukupnya untuk menyerap sedikit air gula, yang ditelan dan melalui sistem pencernaan dalam usus besar. Walau bagaimanapun, sebahagian besar pemakanan bayi disediakan melalui plasenta.

Hati dan limpa bayi bertanggungjawab untuk penghasilan sel-sel darah. Tulang sumsum telah cukup berkembang untuk menghasilkan sel-sel darah merah dan menjadi organ utama untuk penghasilan sel-sel darah merah sejak bulan ke-9 kehamilan dan selepas kelahiran. Pankreas berhenti menghasilkan sel darah merah dalam minggu ke-30 kehamilan dan hati berhenti menghasilkan sel-sel darah beberapa minggu sebelum kelahiran.

Perubahan hidup & tubuh badan

Bagaimanakah perubahan badan saya?

Anda mungkin berasa lebih selesa hari ini. Perut anda tidak terlalu besar, dan rasa tidak selesa sewaktu awal kehamilan telah berkurangan. Anda akan rasa lebih baik dan anda patut menikmatinya sebaik mungkin sebelum rasa sakit kaki dan penat hadir.

Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak masalah lain yang perlu dihadapi wanita hamil. Sesetengah wanita hamil mungkin menghadapi masalah jerawat disebabkan oleh peningkatan pengeluaran minyak dalam badan. Untuk mengurangkan jerawat, anda perlu membasuh kawasan jerawat dengan sabun lembut atau pembersih dua kali sehari dan memastikan sebarang pelembap atau alat solek yang anda gunakan tidak mengandungi minyak. Jangan mengambil sebarang ubat-ubatan secara oral untuk merawat jerawat atau menggunakan mana-mana produk tanpa memeriksa terlebih dahulu dengan doktor anda kerana boleh menjadi sangat berbahaya untuk kehamilan.

Anda juga boleh terdedah kepada vena varikos. Janin yang sedang membesar akan memberi tekanan yang tinggi pada vena-vena di kaki anda. Pertambahan hormon progesteron juga akan melemahkan vena. Anda juga akan lebih cenderung untuk mendapatkan vena varikos jika ahli-ahli keluarga yang lain mempunyai sejarah penyakit ini. Selain itu, vena varikos cenderung untuk menjadi lebih buruk apabila anda mengalami kehamilan berturut-turut dan semakin tua. Untuk membantu mencegah atau mengurangkan vena varikos, anda perlu bersenam setiap hari, naikkan kaki anda jika boleh, tidur di sisi kiri dan pakai stoking sokongan wanita hamil.

Anda juga mungkin mengalami vena labah-labah – sekumpulan kecil saluran darah berhampiran permukaan kulit, terutama di pergelangan kaki, kaki atau muka. Anda akan mengalami vena labah-labah atau bentuk seperti bentuk matahari atau seperti ranting pokok. Walaupun anda tidak selesa dengan penampilan vena tersebut, ia kebiasaannya akan hilang selepas bersalin.

Apakah yang perlu saya beri perhatian?

Anda juga boleh merekodkan proses kehamilan anda dengan menulis jurnal atau menggunakan alat rakaman. Anda boleh menunjukkan rakaman tersebut kepada anak anda pada masa akan datang. Anda boleh mengumpul imej sebelum dan semasa mengandung, gambar pasangan anda, haiwan peliharaan, rumah, sebuah majalah semasa dan akhbar atau sebarang cenderamata daripada kehamilan yang anda inginkan.

Pertemuan dengan doktor

Apa yang harus saya maklumkan pada doktor?

Walaupun masih beberapa bulan sebelum kelahiran, payudara anda telah mula bersedia dan menyebabkan ketulan keras, kemerahan dan rasa sakit terutamanya pada awal kehamilan. Gunakan kompres panas dan urutan lembut untuk membantu meredakan bengkak payudara setiap beberapa hari. Beberapa pakar mencadangkan pemakaian bra tanpa bingkai, tetapi pastikan anda memakai bra yang boleh menyokong anda. Lakukan pemeriksaan payudara bulanan walaupun sewaktu hamil. Walaupun pemeriksaan ketumbuhan akan menjadi lebih rumit kerana perubahan payudara semasa hamil, pemeriksaan masih sangat penting. Maklumkan doktor anda jika anda mempunyai sebarang ketulan pada pertemuan anda dengan doktor.

Apakah ujian yang perlu saya tahu?

Mulai sekarang, anda akan terbiasa menemui doktor. Anda boleh menjangkakan bahawa doktor akan memeriksa beberapa perkara tersebut, bergantung kepada keperluan:

  • Ukuran berat badan dan tekanan darah;
  • Ujian air kencing untuk glukos dan protein;
  • Pemeriksaan degupan jantung janin;
  • Ukur saiz rahim melalui pemeriksaan luar untuk membandingkan dengan waktu kelahiran;
  • Ketinggian fundus (bahagian atas rahim);
  • Pemeriksaan bengkak tangan dan kaki, pemeriksaan vena varikos pada kaki;
  • Simptom atau tanda yang tidak normal;
  • Sediakan senarai soalan atau isu yang anda mahu bincangkan dengan doktor anda.

Kesihatan & keselamatan

Apakah yang perlu saya tahu untuk kesihatan dan keselamatan semasa hamil?

Kafein dan pemanis

Anda boleh minum diet soda dan kafein jika tidak keterlaluan. Hadkan pengambilan kafein pada 200 mg setiap hari. Minuman manis selamat jika anda minum secara sederhana tidak melebihi satu atau dua tin sehari, tetapi pastikan anda juga minum air, susu dan jus buah-buahan tulen untuk menyediakan air yang mencukupi.

Makanan yang mengandungi hati

Hati haiwan sering dianggap sebagai makanan yang sihat kerana kaya dengan vitamin, mineral dan protein, tetapi ia mengandungi tahap vitamin A yang belum diubah (retinol) yang tinggi. Vitamin A yang belum berubah didapati dalam produk haiwan seperti telur, susu dan hati. Terlalu banyak vitamin A dalam diet boleh menyebabkan kecacatan kelahiran kepada janin yang semakin membesar, terutamanya pada bulan-bulan pertama kehamilan. Sebahagian daripada hati lembu mungkin mengandungi tiga kali ganda jumlah vitamin A harian yang disyorkan bererti anda hanya boleh makan sekali atau 2 kali sebulan.

Gambaran Janin Minggu ke-21

perkembangan janin minggu ke-21

Jadi bagaimanakah pertumbuhan janin anda minggu depan?

Hello Health Group tidak memberikan sebarang khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut