Minggu demi minggu

Perkembangan Janin Minggu ke-25: Beri perhatian kepada aktiviti bayi anda!

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Perkembangan bayi

Perkembangan bayi dalam kandungan  

Pada masa ini, bayi anda bersaiz seperti sebiji lobak dengan purata berat 680 g dan 37.6 cm panjang daripada kepala ke tumit.

Anda mungkin perasan bahawa bayi terjaga untuk sementara waktu dan tidur kebanyakan masa. Anda akan menyedari aktiviti janin dengan lebih mudah apabila anda tidak aktif. Pendengaran bayi anda terus berkembang dan kini dia boleh mendengar suara anda.

Perubahan hidup & tubuh badan

Bagaimanakah perubahan badan saya?

Kehamilan boleh membuat anda berasa tidak selesa kerana kesan sampingan yang berkaitan dengan penghadaman. Hormon progesteron tidak hanya mengosongkan perut tetapi juga mengendurkan injap perut dan menjadikannya mustahil untuk tertutup dengan betul. Ini membolehkan asid perut bergerak ke atas ke dalam esofagus; menyebabkan refluks (juga dikenali sebagai pedih hulu hati) dan ini boleh menjadikan pengambilan makanan kegemaran anda suatu mimpi ngeri. Rahim pula semakin membesar meletakkan tekanan tambahan ke atas perut dalam beberapa bulan terakhir kehamilan. Saranan yang sesuai untuk anda adalah dengan mengurangkan kuantiti hidangan, makan lebih kerap dan elakkan makanan pedas dan berlemak.

Apakah yang perlu saya beri perhatian?

Waktu kehamilan ini penuh dengan turun naik – bukan sahaja perasaan dan kehendak badan anda tetapi juga merujuk kepada tenaga anda. Keletihan trimester pertama sering diikuti dengan rasa bertenaga dan lebih selesa sewaktu trimester kedua. Ini adalah masa yang sesuai untuk meneruskan sebarang aktiviti seperti senaman atau hubungan kelamin. Tetapi dalam trimester terakhir, ramai wanita hamil mula berasa berat dan hanya mahu berbaring di atas sofa dan berehat.

Seperti biasa, keletihan adalah isyarat badan anda, jadi anda perlu memberi perhatian kepadanya. Anda perlu melakukan senaman, tetapi pastikan ia sesuai dengan anda. Jangan bersenam dengan perut kosong dan pastikan kadar gula dalam darah stabil dengan makanan ringan yang sihat (keju dan keropok, buah kering, minuman yogurt) yang akan menyediakan tenaga berpanjangan berbanding kafein atau gula. Ingat, rasa letih pada trimester terakhir kehamilan adalah cara semula jadi untuk menjimatkan tenaga. Anda akan memerlukan banyak tenaga apabila melahirkan bayi dan untuk beberapa tahun akan datang.

Pertemuan dengan doktor

Apa yang harus saya maklumkan pada doktor?

Daripada minggu ke-28 kehamilan, anda perlu selalu memeriksa pergerakan bayi dua kali sehari: sekali pada waktu pagi – apabila bayi anda cenderung diam dan sekali pada waktu petang – apabila mereka menjadi aktif. Tanya kepada doktor mengenai kaedah yang harus digunakan atau anda boleh menggunakan kaedah berikut: menetapkan jam dan mula mengira sebarang pergerakan bayi (menendang, getaran ringan, berpusing). Hentikan kiraan apabila mencapai 10 dan ingat waktunya. Biasanya, anda akan merasa 10 pergerakan dalam masa 10 minit atau kadang-kadang dalam masa lebih lama. Jika anda tidak mengira semua 10 pergerakan pada akhir masa yang diberikan, minum jus atau makan sesuatu yang ringan, berjalan sedikit, gerakkan perut anda sedikit; kemudian baring, berehat dan sambung kiraan. Jika dua jam berlalu tanpa 10 pergerakan, hubungi doktor anda. Lebih dekat dengan tarikh lahir, lebih penting untuk memeriksa pergerakan janin dengan kerap.

Apakah ujian yang perlu saya tahu?

Mulai sekarang, anda akan terbiasa menemui doktor. Anda boleh menjangkakan bahawa doktor akan memeriksa beberapa perkara tersebut, bergantung kepada keperluan:

  • Ukuran berat badan dan tekanan darah;
  • Ujian air kencing untuk glukos dan protein;
  • Ujian darah untuk anemia;
  • Vaksinasi terhadap difteria;
  • Pemeriksaan degupan jantung janin;
  • Ukuran saiz rahim melalui pemeriksaan luar untuk dibandingkan dengan waktu kelahiran;
  • Ketinggian fundus (bahagian atas rahim);
  • Pemeriksaan bengkak tangan dan kaki, pemeriksaan vena varikos pada kaki;
  • Simptom atau tanda yang tidak normal;
  • Sediakan senarai soalan atau isu yang anda mahu bincangkan dengan doktor anda.

Kesihatan & keselamatan

Apakah yang perlu saya tahu untuk kesihatan dan keselamatan semasa hamil?

Anda boleh mengangkat berat semasa mengandung dalam had tertentu dan jika dibenarkan doktor anda. Ini adalah cara yang hebat untuk kekal cergas semasa mengandung dan memberikan banyak manfaat kepada badan anda selepas bersalin. Tetapi, ingat bahawa matlamat latihan anda adalah untuk mengekalkan berat badan dan bukan membina otot.

Keselamatan penggunaan lumpur dan rawatan spa yang lain bergantung kepada kaedah yang digunakan. Beberapa rawatan adalah selamat manakala yang lain boleh menjadi lebih menyakitkan daripada biasa. Beberapa cara seperti mandi lumpur adalah idea yang buruk semasa anda hamil. Sebarang rawatan spa yang meningkatkan suhu badan anda seperti mandi lumpur, mandi rumpai laut, sauna, tab mandian panas atau sauna, tidak selamat untuk kehamilan anda. Semua kaedah ini boleh membuat anda kehilangan cecair badan (dehidrasi) dan suhu boleh menjadi terlalu panas untuk ditanggung.

Jadi bagaimanakah pertumbuhan janin anda minggu depan?

Hello Health Group tidak memberikan sebarang khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

enEnglish

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut