Adakah Rawatan IVF Meningkatkan Risiko Kanser?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Anda mungkin perlu menjalani rawatan IVF untuk membolehkan anda hamil. Akan tetapi, terdapat desas-desus yang mengaitkan rawatan IVF dengan kanser. Sudah tentu perkara ini sedikit-sebanyak boleh mempengaruhi keputusan anda untuk meneruskan IVF. Jika anda tidak pasti mengenai perkara ini, teruskan membaca artikel di bawah.

Apa itu rawatan IVF?

IVF (pembenihan in vitro) ialah teknik reproduktif di mana telur dan sperma bertemu dalam piring makmal. Selepas telur dan sperma disenyawakan, hasilnya akan dimasukkan ke dalam rahim melalui serviks wanita.

Anda boleh menjalani rawatan IVF, jika:
– Anda mengalami gangguan ovulasi.
– Anda mempunyai masalah dengan kualiti telur.
– Tiub fallopian anda rosak atau tersumbat (tiub fallopian juga dikenali sebagai tiub rahim yang membawa telur daripada ovari ke rahim)
– Anda menggunakan telur yang bukan datang daripada tubuh anda.
– Tiub fallopian anda telah dibuang.
– Anda mempunyai gangguan genetik.
– Pasangan anda mempunyai masalah dengan ketidaksuburan, termasuklah masalah bilangan sperma dan pergerakan sperma.

Rawatan IVF dan risiko kanser

Jika anda memilih untuk melakukan rawatan IVF, anda perlu menjalani beberapa pusingan rawatan hormon. Dalam pusingan tersebut digunakan untuk merangsang perkembangan telur dan seterusnya menggalakkan pertumbuhan telur-telur. Beberapa telur diperlukan kerana mungkin terdapat telur yang tidak dapat disenyawakan. Disebabkan rawatan ini menggunakan hormon, jadi ia mungkin menimbulkan persoalan dan kebimbangan mengenai risiko untuk mendapat kanser tertentu, terutamanya kanser yang berkait dengan perubahan paras hormon dalam tubuh anda (estrogen dan progesteron).

Beberapa kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara rawatan IVF atau perubatan kesuburan dan payudara, endometrium dan kanser ovari. Kajian lain pula mengatakan bahawa rawatan IVF tidak wujud dalam meningkatkan risiko anda untuk mendapat kanser-kanser tersebut. Keseluruhannya, risiko mendapat kanser-kanser ini adalah luar biasa dan ia cenderung untuk terbentuk beberapa tahun selepas anda menerima rawatan tersebut. Oleh itu, kaitan antara rawatan IVF dan risiko kanser adalah sukar untuk dinyatakan.

Hubungkait antara rawatan IVF dan kanser adalah kompleks dan hasil kajian baru-baru ini adalah sukar untuk ditafsirkan. Beberapa kajian menunjukkan yang rawatan IVF boleh meningkatkan risiko untuk kanser, sementara kajian lain pula mengatakan tidak. Oleh itu, jika anda sedang mempertimbangkan untuk melakukan IVF, anda boleh bertanyakan kepada doktor mengenai risiko untuk mendapat kanser.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut