Minggu demi minggu

Perkembangan Janin Minggu ke-36: Muka bayi anda semakin membulat!

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Perkembangan bayi

Perkembangan bayi dalam kandungan  

Bayi anda sekarang sebesar seperti sayur kubis dengan kepanjangan 47 cm daripada kepala ke tumit dan berat sekitar 2.7 kg.

Si kubis kecil yang anda perhatikan pada ultrabunyi tersebut bakal membentuk bayi yang berisi. Sekarang, telah ada lemak pada pipi bayi anda, dan otot menghisap yang kuat juga menyumbang kepada wajahnya yang bulat.

Tulang yang membentuk kepala bayi anda boleh bergerak antara satu sama lain dan bertindih semasa kepala bayi anda berada dalam pelvis. Fenomena ini dipanggil molding, dan ia membantu bayi melalui laluan kelahiran. Jangan risau jika bayi anda dilahirkan dengan kepala agak tirus atau tidak berbentuk bulat. Selepas beberapa jam atau hari, kepala bayi anda akan kembali kepada bentuk asal.

Perubahan hidup & tubuh badan

Bagaimanakah perubahan badan saya?

Disebabkan bayi anda mengambil ruang yang banyak, anda mungkin mengalami kesukaran untuk makan, walaupun hidangan bersaiz biasa. Hidangan yang lebih kecil dan kerap lebih mudah untuk anda hadamkan berbanding hidangan tiga kali sehari. Dalam masa yang sama pula, anda akan kurang mengalami pedih hulu hati dan lebih mudah bernafas apabila bayi anda turun ke dalam pelvis. Proses ini berlaku beberapa minggu sebelum kelahiran jika ini kehamilan pertama anda. Jika anda pernah melahirkan sebelum ini, ia berkemungkinan tidak berlaku melainkan sebelum waktu bersalin. Jika bayi anda telah turun, anda mungkin merasa tekanan lebih tinggi pada bahagian bawah abdomen, yang menyebabkan aktiviti berjalan lebih sukar dan anda lebih kerap membuang air kecil. Jika bayi turun terlalu rendah, anda mungkin merasakan tekanan pada vagina dan rasa tidak selesa. Sebahagian wanita mengatakan mereka merasakan seperti membawa bola boling antara kaki mereka.

Anda juga mungkin akan menyedari kontraksi bertambah kerap. Pastikan anda mengetahui tanda kelahiran. Secara umumnya jika kehamilan anda tidak ada komplikasi dan air ketuban anda tidak pecah, anda berkemungkinan perlu menunggu sehingga mengalami kontraksi yang berlaku dalam masa seminit, setiap 5 minit dalam masa sejam. Anda patut pergi ke hospital dengan segera jika anda mengalami tanda tersebut. Anda juga patut segera menghubungi hospital jika aktiviti bayi anda berkurang atau anda merasa seperti air ketuban menitis, atau jika terdapat sebarang pendarahan vagina, demam, rasa sakit kepala, sakit perut yang berterusan, atau masalah penglihatan.

Apakah yang perlu saya beri perhatian?

Sewaktu penghujung kehamilan, kebanyakan wanita hamil sudah berhenti bertambah berat badan. Berat badan anda tidak bertambah atau berkurang pada waktu ini. Jangan risau! Bayi anda masih dengan berat yang sama.

Bahkan tiada pertambahan dalam berat badan atau berat badan berkurang bermakna badan anda telah bersedia untuk melahirkan. Air ketuban dan usus yang melonggar untuk persediaan kelahiran boleh mengurangkan berat badan.

Pertemuan dengan doktor

Apa yang harus saya maklumkan pada doktor?

Doktor anda akan memaklumkan simptom kelahiran dan keperluan untuk ke hospital atau tempat kelahiran pada masa yang sesuai (iaitu jika jarak kontraksi setiap 5 hingga 7 minit). Kontraksi juga mungkin tidak seragam. Jika anda tidak pasti ini adalah kontraksi sebenar atau tidak, anda perlu menghubungi doktor anda. Doktor akan memberikan jawapan berdasarkan suara anda di telefon.

Apakah ujian yang perlu saya tahu?

Doktor akan menganggar saiz bayi anda dan meramalkan waktu kelahiran. Anda mungkin perlu menjalani pelbagai ujian bergantung kepada keperluan anda dan kehendak doktor, ini termasuklah:

  • Timbang berat (penambahan berat badan akan berhenti atau berkurang pada waktu ini);
  • Tekanan darah (mungkin lebih tinggi berbanding timester kedua);
  • Ujian air kencing untuk memeriksa tahap gula dan protein;
  • Vena varikos pada kaki, bengkak pada tangan dan kaki;
  • Pemeriksaan degupan jantung janin;
  • Ukuran saiz rahim melalui pemeriksaan luar untuk dibandingkan dengan waktu kelahiran;
  • Ketinggian fundus (bahagian atas rahim);
  • Saiz fetus, arah kelahiran (kepala atau punggung dahulu), kedudukan (muka ke bawah atau ke atas) melalui pemeriksaan dengan sentuhan dari luar.
  • Simptom atau tanda yang tidak normal;
  • Sediakan senarai soalan atau isu yang anda mahu bincangkan dengan doktor anda.

Kesihatan & keselamatan

Apakah yang perlu saya tahu untuk kesihatan dan keselamatan semasa hamil?

Akupuntur

Akupuntur adalah selamat dan efektif sewaktu kehamilan. Kajian telah menunjukkan bahawa akupuntur sangat berkesan untuk mengurangkan stres, rasa loya, sakit pinggang dan peha, posisi bayi songsang, dan kemurungan ringan atau sederhana.

Akupuntur bukanlah pengganti penjagaan pranatal sebaliknya sebagai rawatan sampingan yang bermanfaat. Dan, disebabkan akupuntur sangat kurang kesan sampingan, ramai wanita hamil memilih alternatif ini berbanding mengambil ubat untuk menangani simptom kehamilan.

Hubungan kelamin

Anda tidak patut menjalani hubungan kelamin pada trimester ketiga jika:

  • Anda mengalami masalah plasenta previa. Dalam kes ini, jika alat kelamin lelaki menyentuh serviks, ia boleh merosakkan plasenta dan menyebabkan pendarahan pada bayi anda;
  • Anda mengalami pendarahan vagina;
  • Air ketuban pecah. Bayi anda tidak dapat dilindungi daripada jangkitan;
  • Anda mempunyai sejarah kelahiran pramatang;
  • Anda mengalami serviks tidak kompeten.

Bagaimanakah tumbesaran bayi pada minggu hadapan?

Hello Health Group tidak memberikan sebarang khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

enEnglish

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut