Minggu demi minggu

Perkembangan Janin Minggu ke-30: Adakah bayi anda sedang tersedu?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Perkembangan bayi

Perkembangan bayi dalam kandungan  

Bayi anda sekarang bersaiz seperti kubis, dengan berat 1.3 kg dan kepanjangan 40 cm daripada kepala ke tumit. Bayi anda berterusan bertambah berat badan dengan lapisan lemak. Lemak ini membuatkan kulit bayi anda kurang berkedut dan memberikannya kehangatan selepas kelahiran.

Bayi anda akan meniru pergerakan pernafasan dengan menggerakkan diafram berulang kali. Dia juga mungkin mengalami sedu, yang membuatkan anda merasa seperti terdapat getaran halus dalam uterus anda.

Perubahan hidup & tubuh badan

Bagaimanakah perubahan badan saya?

Rambut anda mungkin bertambah lebat apabila anda hamil. Bagaimanapun, beberapa bulan selepas kelahiran, anda akan mengalami keguguran rambut lebih cepat dan rambut anda mungkin kelihatan nipis.

Anda mungkin berasa penat pada hari-hari ini, terutamanya jika anda mempunyai masalah tidur. Anda mungkin berasa tidak stabil berbanding biasa, disebabkan pusat graviti telah berubah. Anda akan berasa lebih berat dan berat yang tertumpu pada perut anda menyebabkan perubahan pada pusat graviti. Tambahan pula, disebabkan perubahan hormon, ligamen anda akan menjadi lebih longgar, yang turut memberi kesan kepada kestabilan anda selain menyebabkan kaki anda mengembang secara kekal, jadi anda mungkin perlu mendapatkan kasut baru yang lebih selesa.

Apakah yang perlu saya beri perhatian?

Perubahan mood adalah antara tanda yang anda alami jika anda hamil. Gabungan simptom yang menyebabkan ketidakselesaan dan perubahan hormon dalam badan mungkin menjadi punca bagi perasaan anda yang asyik berubah.

Anda mungkin berasa sesak nafas pada minggu ini disebabkan uterus yang semakin besar dan menekan pada organ lain seperti paru-paru. Tetapi anda harus segera memaklumkan doktor jika anda mengalami rasa sesak nafas yang kerap.

Pertemuan dengan doktor

Apa yang harus saya maklumkan pada doktor?

Anda mungkin berasa sesak nafas pada waktu ini. Ia adalah disebabkan uterus anda kian membesar dan menekan organ lain seperti paru-paru untuk memberi ruang kepada bayi anda. Anda patut memaklumkan doktor anda jika anda kerap sesak nafas.

Apakah ujian yang perlu saya tahu?

Anda mungkin perlu bertemu dengan doktor lebih kerap pada bulan hadapan, setiap 2 minggu sekali dan setiap sekali seminggu sehingga kelahiran. Sewaktu pemeriksaan bulan ini, tekanan darah dan berat anda akan diukur, anda mungkin akan ditanyakan tentang sebarang tanda dan simptom yang anda hadapi. Doktor juga akan menyuruh anda memaklumkan corak pergerakan bayi anda dan jadual aktivitinya: waktu bayi anda bergerak dan waktu dia lebih diam. Saiz uterus anda juga akan diperiksa seperti biasa.

Kesihatan & keselamatan

Apakah yang perlu saya tahu untuk kesihatan dan keselamatan semasa hamil?

Sesak nafas boleh membuatkan anda berasa tidak selesa, tetapi ia tidak akan membahayakan bayi anda. Bayi anda akan mendapat oksigen yang mencukupi setelah kelahiran.

Jangan menggunakan sebarang ubat tidur tanpa mendapat keizinan doktor. Tidak ada ubat tidur yang selamat untuk wanita mengandung. Doktor anda akan memberikan nasihat tentang kesan ubat dan bagaimana mengelakkan insomnia sewaktu kehamilan.

Bagaimanakah tumbesaran bayi anda pada minggu hadapan?

Hello Health Group tidak memberikan sebarang khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

enEnglish

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut