Minggu 4

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 3 minit bacaan

Perkembangan bayi

Perkembangan bayi dalam kandungan  

Anda sekarang akan memasuki minggu keempat kehamilan. Bayi anda sekarang dalam saiz biji popi, iaitu lebih kurang 2 mm. Pada waktu ini bayi anda secara teknikalnya dipanggil embrio. Sewaktu fasa perkembangan ini, sel mula berkembang dalam semua organ penting bayi: otak, jantung, paru-paru, organ dalaman. Tangan dan kaki juga akan mula terbentuk. Untuk menyediakan perlindungan, amniotic sac dan yolk sac akan mula terbentuk di sekitar embrio. Yolk sac akan menyediakan darah dan membantu memberikan nutrien kepada embrio sehinggalah plasenta mengambil alih tugas tersebut. Bayi anda sekarang mempunyai 3 lapisan berbeza: bahagian dalam (endoderm), bahagian tengah (mesoderm) dan bahagian luar (ectoderm). Bahagian dalam akan membentuk sistem pencernaan, hati dan paru-paru sementara bahagian tengah akan membentuk jantung, organ kelamin, tulang, buah pinggang, dan otot. Bahagian luar akan bertukar menjadi sistem saraf, rambut, kulit dan kuku bayi anda.

Perubahan hidup & tubuh badan

Bagaimanakah perubahan badan saya?

Pada minggu ini embrio akan menempel pada uterus, atau dipanggil implantasi.

Setelah ditempel, janin akan menghasilkan hormon dipanggil human chorionic gonadotropin (HCG), yang membantu mengekalkan lapisan uterus dan juga menghantar isyarat kepada ovari supaya berhenti mengeluarkan telur setiap bulan, lantas menyebabkan haid bulanan anda terhenti. Sesetengah wanita mungkin mengalami sedikit kekejangan dan titisan darah sewaktu minggu ini semasa implantasi berlaku, dan mereka mungkin menyangkakan ini sebagai darah haid disebabkan waktu keluarnya pada sekitar waktu diramalkan haid.

HCG ialah hormon yang diukur dalam ujian kehamilan. Minggu ini ujian kehamilan kemungkinan besar dapat mengesan kehamilan anda! HCG juga menyebabkan simptom kehamilan yang akan kelihatan pada minggu ini. Anda mungkin berasa penat, kebas atau sakit dada, loya. Simptom ini boleh disalah anggap sebagai haid. Tetapi jika sehingga hujung minggu ini, haid anda tidak berlaku, maka kehamilan anda telah berlaku!

Apakah yang perlu saya beri perhatian?

Anda mungkin tertanya-tanya jika anda mengalami simptom awal kehamilan. Antara tanda-tanda yang menunjukkan anda mungkin hamil ialah:

  • Payudara yang lembut, sakit dan bengkak: Ramai wanita merasa sakit seperti sakit ketika haid tetapi lebih teruk.
  • Penat: Anda mungkin merasa penat dengan dramatik. Peningkatan kadar hormon progesteron dan percubaan memastikan kehamilan akan membuatkan anda merasa seperti berjalan berlebihan selepas kerja yang memenatkan.
  • Kerap buang air kencing: Sejurus sahaja anda hamil, anda mungkin akan mendapati diri anda sering pergi ke tandas.
  • Sensitif pada bau: Ramai wanita hamil merasa sensitif pada bau. Ini mungkin kesan sampingan peningkatan estrogen yang meningkat dengan mendadak dalam badan anda.
  • Hilang selera: Pada masa ini, anda memuntahkan makanan lebih banyak daripada mengidam makanan. Anda mungkin tiba-tiba merasakan makanan yang anda sukai tidak lagi sesuai dengan tekak anda.
  • Loya atau muntah: Rasa loya (morning sickness) kebiasaannya tidak berlaku dalam tempoh beberapa minggu kehamilan. Bagaimanapun, sesetengah wanita mungkin sudah mula merasa loya.
  • Suhu tinggi: Jika anda lakarkan suhu badan anda pada graf dan menunjukkan ketinggian suhu selama 18 hari, anda berkemungkinan besar hamil.
  • Pendarahan atau titisan darah: Sesetengah wanita akan mendapat tompok merah atau merah kecoklatan sekitar waktu haid. Jika anda mengalami kesakitan dengan pendarahan tersebut, hubungi doktor anda secepatnya kerana ini mungkin merupakan tanda kehamilan ektopik.

Jika anda mengalami sebarang simptom, anda boleh memastikannya dengan ujian kehamilan. Ujian kehamilan boleh dilakukan seawal hari pertama anda terlepas haid.

Pertemuan dengan doktor

Apa yang harus saya maklumkan pada doktor?

Maklumkan doktor jika anda mengalami tanda dan simptom kehamilan. Jika anda risau tentang sebarang perubahan pada badan anda, doktor anda adalah orang terbaik yang dapat membantu anda. Ini ialah masa yang sesuai untuk menemui doktor OBGYN (doktor yang khusus dalam kehamilan dan bersalin) yang sesuai dengan anda. Doktor OBGYN anda akan menyambut kelahiran bayi anda. Adalah penting untuk menemui doktor yang anda sukai dan pastikan doktor tersebut sentiasa dimaklumkan dengan keadaan anda.

Apakah ujian yang perlu saya tahu?

Satu-satunya ujian yang perlu anda ketahui ialah ujian kehamilan. Jika anda tidak menggunakannya minggu lepas, ini ialah masa yang baik untuk mencubanya sekarang.

Ujian kehamilan ini mungkin mengelirukan untuk dibaca. Keputusannya mungkin tidak jelas bagi sesetengah orang. Anda juga mungkin perlu menguji beberapa kali untuk memastikan keputusannya.

Kesihatan & keselamatan

Apakah yang perlu saya tahu untuk kesihatan dan keselamatan semasa hamil?

Wanita hamil tidak boleh menderma darah. Secara teorinya, menderma darah sewaktu hamil boleh menyebabkan anemia disebabkan pengurangan zat besi. Tambahan pula proses derma darah belum dibuktikan selamat untuk wanita hamil. Jadi, penganjur program derma darah kebiasaannya tidak membenarkan wanita hamil menderma darah. Wanita yang baru sahaja melahirkan anak juga tidak patut mendermakan darah. Persatuan Bulan Sabit Merah menyarankan anda menunggu sehingga 6 minggu selepas kelahiran. Selepas tempoh tersebut, anda boleh menderma darah walaupun sedang menyusu badan.

Kebanyakan wanita yang pernah hamil boleh mendermakan darah tetapi bagi sesetengah wanita, kehamilan mungkin menjejaskan keupayaan mendermakan platelet. Darah daripada sesetengah wanita yang mempunyai antibodi tertentu boleh menyebabkan komplikasi kepada pesakit yang menerima darah. Pusat pendermaan darah boleh menguji kandungan antibodi dalam darah anda sebelum membenarkan anda menderma platelet.

Jom lihat bagaimaa bayi anda membesar dalam minggu ke-5!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Dari Trimester 1 Hingga 3, Ini Perkembangan Janin & Ibu Hamil Yang WAJIB Diketahui

    Ketahuilah perkembangan janin mengikut trimester yang normal ketika di dalam kandungan. Tumbesaran janin yang sihat bergantung juga kepada kesihatan si ibu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kehamilan, Perkembangan Kehamilan 19/03/2020 . 4 minit bacaan

    Terpaksa Gugurkan Kandungan Atas Sebab Kesihatan, Tapi Apa Kaedah Selamat Untuk Melakukannya?

    Disahkan hamil berita yang mengembirakan. Bagaimana jika terpaksa gugurkan kandungan? Mari ketahui kaedah pengguguran janin yang selamat untuk dilakukan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 11/12/2019 . 3 minit bacaan

    Jaga-Jaga Ibu, Perkembangan Janin Terganggu Punca Bayi Pramatang – Kajian

    Tahukah anda perkembangan janin yang terganggu boleh jadi punca bayi pramatang? Ini bagaimana anda boleh mengelak perkembangan janin dari terganggu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Perkembangan Kehamilan 18/07/2019 . 3 minit bacaan

    Senaman untuk Memudahkan Kelahiran

    Apabila merancang untuk bersenam semasa hamil, anda mungkin mempunyai banyak kebimbangan mengenai jenis yang bersesuaian. Kita semua tahu bahawa senaman fizikal boleh meningkatkan dan mengekalkan kecergasan fizikal ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 21/03/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pergerakan bayi dalam kandungan

    Bayi Menendang Dalam Perut Bukan Saja-saja! Ini 9 Fakta Menarik Si Manja Di Alam Rahim

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 24/07/2020 . 3 minit bacaan
    panduan senggama

    PANCUT DALAM Masa Hamil Bukan Saja Baik Untuk Suami Isteri, Tapi Juga Baby Dalam Perut

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 20/07/2020 . 3 minit bacaan
    Hiperemesis gravidarum

    Kerap Muntah Masa Hamil Sampai Hilang Berat? BAHAYA! 5 Cara Ini Boleh Bantu Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/06/2020 . 3 minit bacaan
    seks semasa trimester pertama

    Mak Buyung, JANGAN ‘Bersama’ Ketika Trimester Pertama Kehamilan Jika Ada 7 Tanda Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 27/04/2020 . 2 minit bacaan