Perubahan hidup & tubuh badan
Bagaimanakah perubahan badan saya?
Pada minggu ini embrio akan menempel pada uterus, atau dipanggil implantasi.
Setelah ditempel, janin akan menghasilkan hormon dipanggil human chorionic gonadotropin (HCG), yang membantu mengekalkan lapisan uterus dan juga menghantar isyarat kepada ovari supaya berhenti mengeluarkan telur setiap bulan, lantas menyebabkan haid bulanan anda terhenti. Sesetengah wanita mungkin mengalami sedikit kekejangan dan titisan darah sewaktu minggu ini semasa implantasi berlaku, dan mereka mungkin menyangkakan ini sebagai darah haid disebabkan waktu keluarnya pada sekitar waktu diramalkan haid.
HCG ialah hormon yang diukur dalam ujian kehamilan. Minggu ini ujian kehamilan kemungkinan besar dapat mengesan kehamilan anda! HCG juga menyebabkan simptom kehamilan yang akan kelihatan pada minggu ini. Anda mungkin berasa penat, kebas atau sakit dada, loya. Simptom ini boleh disalah anggap sebagai haid. Tetapi jika sehingga hujung minggu ini, haid anda tidak berlaku, maka kehamilan anda telah berlaku!
Apakah yang perlu saya beri perhatian?
Anda mungkin tertanya-tanya jika anda mengalami simptom awal kehamilan. Antara tanda-tanda yang menunjukkan anda mungkin hamil ialah:
- Payudara yang lembut, sakit dan bengkak: Ramai wanita merasa sakit seperti sakit ketika haid tetapi lebih teruk.
- Penat: Anda mungkin merasa penat dengan dramatik. Peningkatan kadar hormon progesteron dan percubaan memastikan kehamilan akan membuatkan anda merasa seperti berjalan berlebihan selepas kerja yang memenatkan.
- Kerap buang air kencing: Sejurus sahaja anda hamil, anda mungkin akan mendapati diri anda sering pergi ke tandas.
- Sensitif pada bau: Ramai wanita hamil merasa sensitif pada bau. Ini mungkin kesan sampingan peningkatan estrogen yang meningkat dengan mendadak dalam badan anda.
- Hilang selera: Pada masa ini, anda memuntahkan makanan lebih banyak daripada mengidam makanan. Anda mungkin tiba-tiba merasakan makanan yang anda sukai tidak lagi sesuai dengan tekak anda.
- Loya atau muntah: Rasa loya (morning sickness) kebiasaannya tidak berlaku dalam tempoh beberapa minggu kehamilan. Bagaimanapun, sesetengah wanita mungkin sudah mula merasa loya.
- Suhu tinggi: Jika anda lakarkan suhu badan anda pada graf dan menunjukkan ketinggian suhu selama 18 hari, anda berkemungkinan besar hamil.
- Pendarahan atau titisan darah: Sesetengah wanita akan mendapat tompok merah atau merah kecoklatan sekitar waktu haid. Jika anda mengalami kesakitan dengan pendarahan tersebut, hubungi doktor anda secepatnya kerana ini mungkin merupakan tanda kehamilan ektopik.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen