Minggu demi minggu

Perkembangan Janin Minggu ke-23: Adakah anda menyedari senaman harian bayi anda?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Perkembangan bayi

Perkembangan bayi dalam kandungan  

Pada waktu ini, bayi anda seperti saiz buah mangga besar dengan berat 453 g dan kepanjangan 27.9 cm.

Walaupun lemak mula terkumpul dalam badan bayi anda, kulitnya masih longgar dan berkedut. Senaman harian bayi anda melibatkan pergerakan otot pada jari, tangan dan kaki yang dapat anda rasai pada abdomen.

Hingga kini berat bayi anda mencecah melebihi 454 g. Jika kelahiran pramasa berlaku pada minggu ini, bayi anda akan dapat hidup melalui bantuan pakar tapi kecacatan ringan hingga teruk mungkin berlaku. Dengan kehebatan kajian dan pengetahuan dalam perubatan bayi, kes kelahiran pramatang kian berkurang setiap tahun.

Perubahan hidup & tubuh badan

Bagaimanakah perubahan badan saya?

Semakin dekat anda dengan tarikh kelahiran, semakin sukar anda tidur. Rasa bimbang, kerap membuang air kencing, pedih hulu hati, sakit kaki dan perasaan tidak selesa akan mengganggu tidur anda. Tetapi, kesihatan bayi anda bergantung kepada sama ada anda mendapat tidur yang cukup, jadi cuba untuk dapatkan mandian panas, dengar muzik yang menenangkan, berehat dengan membaca buku atau minum teh herba untuk membantu anda tidur.

Banyak doktor menyarankan perempuan hamil tidur dalam posisi mengiring agar aliran darah ke plasenta tidak terganggu. Jika anda merasa tidak selesa, cuba letakkan bantal antara lutut untuk melegakan rasa tekanan berat badan dengan berbaring pada satu sisi.

Apakah yang perlu saya beri perhatian?

Anda mungkin mengalami kekejangan kaki dan ini akan membuatkan anda terjaga. Kebiasaannya, sakit kontraksi sekitar betis pada waktu malam berlaku pada bulan ke-6 kehamilan dan puncanya tidak diketahui. Apa pun sebabnya, anda boleh mengamalkan saranan di bawah untuk membantu mengurangkannya:

  • Apabila berlaku kekejangan, pastikan kaki anda melurus dan bengkokkan lutut ke arah hidung untuk melegakan kesakitan.
  • Senaman yang menambah keanjalan tubuh boleh membantu menghalang kekejangan sebelum berlaku.
  • Untuk mengurangkan kepenatan pada kaki anda, angkat kaki anda dengan kerap ataupun memakai stoking sokongan. Anda juga perlu membengkokkan kaki sekali-sekala.
  • Cuba untuk berdiri di atas permukaan sejuk, ini boleh menghalang kontraksi.
  • Anda boleh mengurut atau mengenakan pad haba untuk mengurangkan kesakitan.
  • Pastikan anda minum 8 gelas air sehari.

Pertemuan dengan doktor

Apa yang harus saya maklumkan pada doktor?

Simptom awal pre-eklampsia termasuklah pertambahan berat badan secara mendadak, yang mungkin disebabkan terlebih makan, bengkak muka dan tangan, rasa pening yang tidak dapat dijelaskan dan sakit esofagus, gatal badan atau masalah penglihatan. Jika anda mengalami simptom berikut, hubungi doktor anda. Jika simptom ini tidak berlaku dan anda sering melakukan pemeriksaan kesihatan, anda tidak perlu risau akan kebarangkalian pre-eklampsia.

Apakah ujian yang perlu saya tahu?

Mulai sekarang, anda akan terbiasa menemui doktor. Anda boleh menjangkakan bahawa doktor akan memeriksa beberapa perkara tersebut, bergantung kepada keperluan:

  • Ukuran berat badan dan tekanan darah;
  • Ujian air kencing untuk glukos dan protein;
  • Pemeriksaan degupan jantung janin;
  • Ukur saiz rahim melalui pemeriksaan luar untuk membandingkan dengan waktu kelahiran;
  • Ketinggian fundus (bahagian atas rahim);
  • Pemeriksaan bengkak tangan dan kaki, pemeriksaan vena varikos pada kaki;
  • Simptom atau tanda yang tidak normal;
  • Sediakan senarai soalan atau isu yang anda mahu bincangkan dengan doktor anda.

Kesihatan & keselamatan

Apakah yang perlu saya tahu untuk kesihatan dan keselamatan semasa hamil?

Daging yang telah diproses seperti sosej mungkin dicemari bakteria dan mikroorganisma berbahaya yang hanya dapat dihancurkan pada suhu yang tinggi. Jadi sewaktu anda hamil, adalah lebih baik untuk makan makanan tersebut hanya jika ia telah dimasak dengan baik.

Anda akan lebih cenderung jatuh sakit sewaktu kehamilan disebabkan sistem imun anda lebih lemah. Selain itu, mikroorganisma boleh melepasi plasenta dan menyerang bayi sewaktu sistem imun bayi belum cukup matang untuk melawan.

Jika anda merasa kebas dan dan sakit sekitar bahagian ibu jari, jari telunjuk, jari tengah, jari manis dan separuh daripada jari kelingking, anda mungkin mengalami sindrom carpal tunnel. Walaupun rasa sakit daripada sindrom ini boleh menyerang pada bila-bila masa, anda mungkin lebih berasa sakit pada waktu malam. Tertidur pada tangan anda mungkin memburukkan keadaan, jadi pastikan anda meletakkan kepala pada bantal sebelum tidur. Apabila rasa kebas berlaku, goyangkan tangan untuk mengurangkan rasa kebas. Jika tidak berkesan dan menjejaskan waktu tidur anda, sila berbincang dengan doktor anda. Memakai anduh pergelangan tangan dan akupuntur boleh mengurangkan kesakitan anda.

Gambaran Janin Minggu ke-23

perkembangan janin minggu ke-23

Jom kita bertemu di minggu ke-24 untuk melihat perkembangan bayi anda!

Hello Health Group tidak menawarkan sebarang nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut