backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Minggu 41

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 19/05/2022

Minggu 41

Perkembangan bayi

Bagaimana perkembangan bayi dalam kandungan?  

Bayi anda sekarang bersaiz seperti sebiji buah nangka, dengan panjang lebih 50 cm dan berat 3.6 kg. Walaupun bayi selesa berada dalam rahim anda, namun si manja tidak boleh berada di dalam selama-lamanya. Kebanyakan doktor tidak akan membiarkan anda melebihi dua minggu daripada tarikh jangkaan bersalin anda kerana ia boleh meningkatkan risiko komplikasi kepada anda dan bayi.

Bayi yang lahir pada 42 minggu kehamilan dan lebih boleh mengalami kulit kering, menggelupas, dan berkedut; kuku panjang; pertumbuhan rambut lebat; serta kurang sebum di sekeliling badan. Bayi juga akan mengalami malnutrisi dan lapisan lemak subkutin yang nipis.

Perubahan tubuh badan

Bagaimanakah perubahan badan saya?

Anda pasti berasa cemas apabila bayi masih lagi belum mahu keluar sungguhpun tarikh jangkaan bersalin anda sudah lepas. Apatah lagi jika keluarga dan rakan anda asyik bertanyakan tentang keadaan anda. Jangan risau – anda tidak akan selamanya hamil. Ini juga peluang baik untuk anda pergi sendiri ke hospital pada minggu ini, dan jika anda masih belum boleh bersalin, anda akan diinduksi bersalin sebelum minggu ke 42, atau lebih awal jika anda atau bayi mengalami sebarang masalah.

Apakah yang perlu saya beri perhatian?

Kira-kira 5 hingga 6 peratus wanita mengalami hamil terlebih bulan (prolonged pregnancy), iaitu tiga minggu atau lebih daripada tarikh jangkaan bersalin mereka. Bayi yang lahir pada 42 minggu kehamilan dan selebihnya boleh mengalami kulit kering dan selalunya lebih berat badan. Menunggu terlalu lama untuk bersalin juga boleh meningkatkan risiko jangkitan dalam rahim anda, yang boleh membahayakan bayi ataupun menyebabkan kematian bayi semasa lahir.

Pertemuan dengan doktor

Apa yang harus saya maklumkan pada doktor?

Doktor akan berbincang dengan anda tentang suntikan induksi bersalin jika bayi anda masih belum mahu keluar pada minggu hadapan ataupun lebih awal, atau jika ada masalah. Bagaimanapun, kebanyakan doktor tidak akan membiarkan anda menunggu bersalin sehingga dua minggu melepasi tarikh jangkaan bersalin anda, kerana akan meletakkan anda dan bayi pada risiko komplikasi.

Ujian pranatal

Kaedah yang doktor anda gunakan untuk induksi bersalin bergantung kepada keadaan serviks anda. Jika serviks anda belum mula melembut, mengurang, atau terbuka, anda dianggap masih belum bersedia untuk bersalin. Dalam kes seperti ini, doktor akan menggunakan sama ada kaedah hormon ataupun mekanikal untuk menyediakan serviks anda sebelum induksi. Bergantung pada keadaan anda, prosedur boleh merangkumi pelurutan atau memecahkan membran anda, atau menggunakan ubat seperti oksitosin untuk memulakan kontraksi. Jika kesemua kaedah ini tidak berjaya, anda perlu menjalani pembedahan c-section.   

Kesihatan & keselamatan

Bagaimana untuk memastikan keselamatan semasa hamil?

Mencuci pakaian bayi

Sebelum bersalin, anda digalakkan untuk mencuci barangan bayi seperti pakaian, selimut dan barang lain yang boleh menyentuh kulit bayi anda. Ini mungkin kelihatan tidak perlu tetapi pakar berpendapat anda perlu mencuci kelengkapan bayi sebelum si manja menggunakannya. Disebabkan material pakaian baru yang masih kasar, jadi kulit lembut bayi anda mungkin akan merengsa jika anda memeluknya secara tiba-tiba.

Lebih tempoh kehamilan

Anda tidak boleh melakukan apa-apa jika sudah lebih tempoh kehamilan. Kaedah lain seperti ubat herba, rangsangan puting dan minyak untuk mempercepatkan kelahiran boleh menyebabkan anda mengalami kontraksi, berisiko untuk anda dan bayi serta membuatkan anda sakit keterlaluan. Kebanyakan doktor akan memberikan anda induksi bersalin, selalunya di antara minggu ke-41 dan 42 untuk menamatkan kehamilan anda.  

Bagaimanakah perkembangan bayi anda pada minggu hadapan?

Hello Health Group tidak memberikan sebarang khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 19/05/2022

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan