backup og meta

Ubat-ubatan Rheumatoid Arthritis: Adakah Bahaya Diambil Semasa Hamil?

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 27/11/2019

    Ubat-ubatan Rheumatoid Arthritis: Adakah Bahaya Diambil Semasa Hamil?

    Rheumatoid arthritis adalah penyakit keradangan yang kronik. Ia boleh menjejaskan lebih daripada satu sendi anda. Dalam beberapa kes, keadaan ini boleh membahayakan beberapa rangkaian organ, termasuklah kulit, mata, paru-paru, jantung dan salur darah. Ini terjadi apabila sistem imun seseorang itu tersilap menyerang tisu badan sendiri. Beberapa ubat yang digunakan untuk merawat rheumatoid arthritis berkemungkinan merbahaya untuk bayi dalam kandungan.

    Kebanyakan ubat untuk rheumatoid arthritis berfungsi dengan cara membantutkan sistem imun. Ubat lain yang sering diarahkan doktor ialah ubat yang mengawal keradangan. Setiap jenis ubat mempunyai risiko masing-masing. Ada ubat yang boleh menyebabkan kecacatan janin sementara yang lain pula boleh membawa kepada keguguran. Sesetengahnya pula boleh meningkatkan risiko anda kepada tekanan darah tinggi atau diabetes. Masa pengambilan juga penting. Sesetengah ubat hanya perlu dijauhi semasa trimester ketiga sementara yang lain perlu dielakkan sepenuhnya sepanjang tempoh kehamilan.

    Ubat-ubatan yang biasa diberi kepada pesakit rheumatoid arthritis, yang perlu dielakkan semasa hamil dan menyusukan bayi adalah:

    Methothrexate (Trexall)

    Ubat ini sering digunakan dalam merawat rheumatoid arthritis. Ia boleh menyebabkan keguguran di awal kehamilan. Jika diambil semasa mengandung, ia berisiko untuk menyebabkan kecacatan kepada otak dan tulang janin.

    Leflunomide (Arava)

    Ia perlu dijauhi bermula dari sebelum persetubuhan kerana doktor percaya ia boleh kekal di dalam untuk jangka masa yang lama. Jika anda mahu mempercepatkan proses penyingkirannya, doktor anda mungkin memberi anda sejenis ubat dipanggil cholestyramine.

    Pengubah tindak balas biologi

    Tidak banyak bukti tentang bagaimana kelas ubat ini boleh membahayakan bayi di dalam kandungan. Walau bagaimanapun, kebanyakan doktor mengesyorkan wanita mengelak daripada menggunakan ubat ini jika anda merancang untuk hamil. Ubat yang tergolong di dalam kelas ini ialah anakinra (Kineret), rituximab (Rituxin), abatacept (Orencia) and tocilizumab (Actemra).

    Jika anda ada mengambil sebarang ubat yang disebut di atas, anda perlu sentiasa menggunakan cara pencegah kehamilan, bercakaplah dengan doktor anda untuk ubatan lain yang kurang risikonya. Langkah terbaik adalah menjauhi ubatan rheumatoid arthritis untuk beberapa bulan sebelum proses persetubuhan. Ini diaplikasi untuk kedua-dua lelaki dan wanita.

    Prednisone berdos rendah contohnya, secara amnya dianggap selamat untuk wanita hamil. Hydrochloroquine (Plaquenil) dan sulfasalazine juga dipercayai selamat. Sementara bukti yang terhad untuk ubatan bilogi seperti etanercept (Enbrel), etanercept-szzs (Erelzi), infliximab (Remicade), dan infliximab-dyyb (Inflectra), ramai pakar rheumatologi yakin ia selamat digunakan semasa hamil.

    Cara terbaik mengelakkan sebarang risiko komplikasi ubat adalah dengan hentikan pengambilannya sepenuhnya. Walau bagaimanapun, terdapat kesan yang perlu ditanggung. Jika anda berhenti menggunakan ubat tersebut, anda mungkin berisiko untuk penyakit anda bertambah teruk dengan menjejaskan sendi. Sesetengah wanita dinasihatkan untuk mengambil pendekatan ini tetapi mereka perlu dipantau dengan teliti akan sebarang perkembangan penyakit.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 27/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan