Tips Kurangkan Loya

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Loya atau mual merupakan sensasi yang tidak menyenangkan dan menyelesakan dalam perut (perut tidak selesa), kemudian diikuti dengan rasa untuk muntah. Loya selalunya disertai dengan muntah.

Loya bukanlah sejenis penyakit, malah bukan juga gejala yang tidak spesifik, i.e. terdapat beberapa penyebab yang mungkin, termasuklah penyakit bergerak, jangkitan perut, migrain, bau tertentu, keracunan makanan, penyakit pinggang, kesakitan yang amat kuat, awal kehamilan, masalah penghadaman, virus tertentu, toksin kimia dan tekanan emosi (ketakutan).

Apa anda perlu buat?

Jika mengalami loya dan ingin muntah, tidak kiralah berapa usia anda ataupun puncanya, anda perlu melakukan perkara seperti di bawah.

  • Minum banyak air kosong
  • Elakkan makan makanan pejal sehinggalah episod muntah anda berakhir
  • Ambil ubat penghidratan oral seperti Pedialyte jika muntah dan cirit-birit lebih daripada 24 jam
  • Wanita hamil yang mengalami mabuk kehamilan boleh makan biskut kraker sebelum tidur atau makan snek berprotein tinggi seperti daging tanpa lemak atau keju sebelum masuk tidur
  • Muntah yang berkait dengan rawatan kanser boleh dirawat dengan jenis terapi dadah lain. Anda perlu mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum melakukan sebarang rawatan

Bila anda perlu berjumpa doktor?

Anda perlu mendapatkan penjagaan segera atau bilik kecemasan jika:

  • Loya dan muntah disertai dengan sakit-sakit atau sakit kepala yang teruk, terutama jika anda tidak pernah mengalami sakit kepala sebegitu sebelum ini
  • Anda tidak boleh makan atau minum selama 12 jam atau anak anda tidak boleh menyimpan cecair selama lapan jam
  • Anda mempunyai tanda-tanda atau simptom dehidrasi- terlalu dahaga, mulut kering, kerap kencing, air kencing berwarna gelap dan lemah, pening kepala atau pitam semasa berdiri
  • Muntah anda mengandungi darah, menyerupai serbuk kopi atau berwarna hijau

Bagaimana untuk mengelak daripada loya?

Ingatlah tips mudah di bawah untuk mengelakkan loya:

  • Asingkan makanan besar kepada bahagian kecil
  • Makan perlahan-lahan
  • Elakkan makanan yang sukar dihadam
  • Elakkan makanan panas atau suam jika anda berasa loya dengan baunya
  • Naikkan kepala anda kira-kira 12 inci di atas kaki selepas makan
  • Minum air selepas makan berbanding minum semasa sedang makan

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut