1. Pastikan keperluan cecair mencukupi
Pastikan anda memenuhi keperluan cecair. Mengapa ia penting? Kerana ketika demam tubuh akan mengalami kenaikan suhu sehingga tubuh anda akan terasa panas. Ketika ini cecair dalam tubuh seperti meruap dan tubuh sangat mudah mengalami dehidrasi.
Elakkan dehidrasi dengan perbanyakkan minum air putih dari waktu berbuka puasa hingga menjelang imsak. Anda tidak boleh minum ais atau air sejuk, kerana boleh memburukkan lagi demam. Sebaiknya minum air suam. Anda boleh menggunakan rumus 2-4-2, dua gelas semasa berbuka puasa, empat gelas pada waktu malam, dan dua gelas semasa sahur.
2. Tuam air suam
Menuam merupakan tindakan yang biasa dilakukan ketika demam. Namun, tuam tidak akan berkesan menurunkan suhu tubuh jika menggunakan air sejuk. Jika seseorang demam, disarankan tuam menggunakan air suam, bukan air sejuk. Ini untuk memindahkan suhu panas pada tubuh. Bahagian tubuh yang boleh dituam adalah dahi dan ketiak.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen