Perokok Pasif dan Risiko Tekanan Darah Tinggi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/07/2020 . 3 minit bacaan

Sekiranya ruang bilik atau kereta dalam keadaan berasap dengan asap rokok, jauhkan diri anda sehinggalah ia bersih daripada sebarang kehadiran asap untuk mengelakkan anda menjadi perokok pasif. Ini adalah antara intipati utama hasil penyelidikan yang dibentangkan di EuroHeartCare 2019, kongres saintifik yang dianjurkan oleh European Society of Cardiology (ESC).

Menurut sepertimana yang diperkatakan oleh penulis kajian Profesor Byung Jin Kim, dari Sungkyunkwan University, Seoul, Republik Korea, elakkan pendedahan kepada asap rokok tanpa mengira sama ada perokok masih berada di dalam bilik tersebut ataupun tidak. Penyelidikan yang dilakukan oleh pasukan beliau dalam kalangan bukan perokok telah menunjukkan bahawa risiko tekanan darah tinggi (hipertensi) adalah lebih tinggi dengan jangka panjang bagi perokok pasif – walaupun dengan jumlah yang paling rendah, ia tetap berbahaya.

Perokok pasif dan peningkatan risiko hipertensi

perokok pasif

Perokok pasif di rumah atau di tempat kerja dikaitkan dengan peningkatan risiko hipertensi sebanyak 13%. Hidup dengan perokok selepas umur 20 tahun dikaitkan dengan risiko sebanyak 15% yang lebih besar. Pendedahan kepada perokok pasif selama sepuluh tahun atau lebih adalah berkaitan dengan peningkatan risiko hipertensi sebanyak 17%. Kedua-dua golongan lelaki dan perempuan sama-sama terkesan dengan pengaruh ini.

Peserta dengan tekanan darah tinggi mungkin lebih terdedah kepada asap rokok di rumah atau bekerja (27.9%) daripada mereka yang mempunyai tekanan darah biasa (22.6%). Hipertensi adalah lebih tinggi pada orang yang terdedah kepada asap pasif di rumah atau bekerja (7.2%) berbanding dengan tiada pendedahan (5.5%).

Perokok pasif dan tekanan darah tinggi

perokok pasif

Tekanan darah tinggi adalah punca global utama bagi kematian awal, yang menyumbang hampir kepada sepuluh juta kematian pada tahun 2015, dan mereka yang terjejas dinasihatkan untuk berhenti merokok. Penyelidikan sebelumnya telah mencadangkan hubungan antara perokok pasif dan tekanan darah tinggi dalam kalangan bukan perokok. Tetapi kebanyakan penyelidikan adalah berskala kecil, terhad kepada wanita, dan menggunakan soal selidik yang dilaporkan sendiri di mana responden biasanya melaporkan bahawa mereka tidak merokok.

Ini adalah penyelidikan pertama yang pertama untuk menilai perkaitan antara asap rokok dan hipertensi dalam kalangan bukan perokok yang disahkan melalui tahap cotinine dalam air kencing, yang merupakan metabolit utama nikotin. Penyelidikan tersebut melibatkan seramai 131,739 individu yang tidak merokok, satu pertiga lelaki, dengan purata umur 35 tahun.

Usaha mengurangkan perokok pasif

perokok pasif

Menurut Profesor Kim, hasil penyelidikan beliau dan pasukannya telah menunjukkan bahawa adalah perlu untuk menjauhkan diri daripada asap rokok secara total, dan bukannya sekadar mengurangkan pendedahan. Ini bertujuan untuk melindungi diri daripada risiko hipertensi.

Menurut beliau lagi, walaupun usaha telah dibuat di seluruh dunia untuk meminimumkan bahaya perokok pasif dengan memperluas kawasan merokok di tempat awam, penyelidikan mereka menunjukkan bahawa lebih daripada satu daripada lima individu yang tidak pernah merokok masih terdedah kepada asap rokok.

Usaha kerajaan mengurangkan kadar perokok pasif

Larangan merokok yang lebih tegas diperlukan dengan segala aktiviti dan usaha secara bersama untuk membantu perokok menghentikan tabiat merokok mereka. Dengan mengetahui ahli keluarga yang menderita penyakit yang berpunca daripada rokok dan asap rokok, akan lebih menggalakkan perokok untuk berhenti merokok.

Kerajaan Malaysia juga baharu sahaja menguatkuasakan larangan terbaharu berkenaan tempat makan yang dijadikan kawasan larangan merokok. Ini secara amnya bertujuan untuk melindungi individu yang tidak merokok daripada mendapat kesan negatif akibat daripada perbuatan merokok yang dilakukan oleh individu lain.

Walaupun usaha Kerajaan Malaysia ini merupakan satu usaha yang sangat baik, namun ia masih mendapat kecaman terutamanya daripada golongan perokok yang menganggap bahawa hak mereka untuk merokok telah dirampas. Sedarlah bahawa perbuatan anda merokok ini bukan sahaja membahayakan kesihatan anda sendiri, malah ia juga memberi kesan kepada individu lain yang turut berada di sesebuah tempat makan tersebut.

Kesimpulan

Bagi perokok yang mempunyai keluarga, ingatlah bahawa tabiat anda merokok itu sememangnya boleh menjejaskan kesihatan ahli keluarga anda terutamanya anak-anak anda yang masih kecil. Selain itu, merokok sememangnya menjejaskan kesihatan anda sendiri. Oleh itu, cubalah secara perlahan-lahan untuk mengurangkan tabiat merokok anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Klasifikasi Hipertensi- Ini Cara Nak Tahu Tahap Keterukan Tekanan Darah Tinggi

    Hipertensi terbahagi kepada beberapa tahap. Pengelasan ini dibuat berdasarkan kepada nilai tekanan darah. Jika lebih nilai normal, ia mungkin darah tinggi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Hipertensi 15/05/2020 . 3 minit bacaan

    Bahana Ibu Hamil Tidur Berdengkur, Bukan Saja Tingkat Risiko Pre-Eklampsia, Tapi Juga Bersalin C-zer

    Berdengkur 1 perkara biasa. Tetapi jika anda tidur berdengkur semasa hamil, ia mungkin petanda masalah gangguan tidur. Ada risiko perlu anda ambil tahu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 07/05/2020 . 3 minit bacaan

    Ingin Berhenti Merokok Bulan Puasa Ini? Buat 5 Tip Di Bawah Confirm Anda Tak Hisap Lagi

    Anda mempunyai niat untuk berhenti merokok semasa Ramadan? Klik artikel ini untuk 5 tip berkesan yang boleh jadikan bulan puasa kali ini lebih bermakna!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 05/05/2020 . 3 minit bacaan

    Bukan Main-main! AMARAN Perokok 14x Ganda Lebih Mudah Dijangkiti COVID-19

    Tiada siapa yang boleh sangkal bahawa merokok boleh menyebabkan jangkitan virus korona baharu (COVID-19). Patut ke anda berhenti merokok?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 30/03/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    Nak Tahu Sperma SUBUR Atau TIDAK? Lakukan Kiraan Air Mani, Ini 7 Sebab Kaum Adam Kena Buat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 12/08/2020 . 3 minit bacaan
    menjadi ibu

    Gelaran Ibu Buat Anda Lagi Stres? Silap! Ada Banyak Manfaat Kesihatan Buat Wanita Bergelar Mama

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 16/07/2020 . 3 minit bacaan
    atasi-tiub-fallopio-tersumbat-cara-semula-jadi

    Hah! Ada Kaedah Natural Atasi Masalah Tiub Fallopio Tersumbat? Berhasil Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 11/06/2020 . 3 minit bacaan
    bahaya rokok

    Rokok Gulung Lebih Selamat Berbanding Rokok Biasa? Anda SILAP, Tolong Baca Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/05/2020 . 3 minit bacaan