backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Tak Semua Karbo Yang Anda Makan Itu Sama, Ada 2 Jenis Karbohidrat Yang Anda Kena Tahu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/06/2022

    Tak Semua Karbo Yang Anda Makan Itu Sama, Ada 2 Jenis Karbohidrat Yang Anda Kena Tahu!

    “Ibu, ada berapa banyak jenis karbohidrat?”, soal Akif kepada ibunya yang sedang khusyuk menceritakan kepentingan diet seimbang dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan kepadanya.

    Sebenarnya, mungkin bukan Akif seorang sahaja yang belum tahu serba-serbi mengenai nutrien ini kan? Jom sama-sama kita belajar mengenai karbo!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

    Apa itu karbohidrat?

    Sebelum pergi lebih lanjut, kita perlu tahu apakah ia sebenarnya terlebih dahulu.

    Karbohidrat adalah komponen dalam makanan yang berfungsi menyalurkan tenaga melalui kalori kepada tubuh badan. Bersama dengan protein dan lemak, ia adalah antara tiga nutrien makro yang tubuh badan perlukan untuk berfungsi dengan baik.

    Karbohidrat terdiri daripada 3 komponen iaitu serat, kanji dan gula. Kadar pengambilan sehariannya adalah bergantung kepada umur, jantina, tinggi dan berat badan anda.

    Tahap aktiviti fizikal anda juga akan menentukan kadar pengambilannya. Lebih aktif anda, lebih banyak tenaga yang dibakar dan lebih banyak kalori yang anda perlukan.

    Karbohidrat atau ringkasannya karbo, boleh ditemui secara natural di dalam makanan. Kekurangan pengambilan karbo akan mengakibatkan seseorang itu berasa lemah dan tidak bermaya.

    Jika diambil secara berlebihan pula, ia mungkin akan menyebabkan diabetes. Jadi, sila rancang pengambilan nutrien ini dengan lebih berhati-hati, ya?

    Contoh makanan yang mengandungi karbohidrat

    Berikut merupakan senarai beberapa jenis makanan yang kaya dengan karbohidrat:

    • Nasi
    • Roti
    • Pasta
    • Kekacang
    • Buah-buahan
    • Sayur-sayuran
    • Bijirin
    • Bijian
    • Produk tenusu
    • Makanan dan minuman bergula

    jenis karbohidrat

    Jenis karbohidrat perlu anda ketahui

    Buat anda yang belum tahu, terdapat dua karbohidrat utama yang kita perlu tahu iaitu karbohidrat mudah dan karbohidrat kompleks.

    Jenis karbohidrat kompleks

    Karbo kompleks ada dua kategori iaitu kanji dan serat.

    Kedua-dua karbo ini perlu diuraikan terlebih dahulu oleh tubuh badan sebelum digunakan sebagai sumber glukosa. Antara contoh makanan yang kaya dengan kanji adalah roti, kentang dan jagung.

    Antara contoh diet seimbang yang kaya dengan serat pula adalah bijirin, bijian dan oat.

    Kedua-dua kategori karbo kompleks ini sangat disarankan untuk diambil kerana masing-masing mempunyai khasiatnya yang tersendiri.

    Jenis karbohidrat mudah

    Karbo mudah terdiri daripada gula semula jadi dan gula tambahan.

    Gula semula jadi merujuk kepada yang boleh dijumpai secara alami dalam produk tenusu, buah-buahan dan sayur-sayuran.

    Gula tambahan pula merujuk kepada gula yang ditambah kepada sebarang makanan semasa prosedur memasak.

    Gula tambahan kebiasaannya dilabelkan dengan nama seperti glukosa, fruktosa, maltosa, sukrosa dan lain-lain. 

    Memilih jenis karbohidrat terbaik

    Menurut Dietary Guidelines 2015-2020 yang dikeluarkan oleh Office of Disease Prevention and Health Promotion menyarankan anda untuk lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan produk tenusu untuk meningkatkan pengambilan karbohidrat.

    Dalam masa yang sama, mereka juga turut menyarankan untuk kurangkan pengambilan gula dalam diet.

    Dalam usaha meningkatkan kualiti karbohidrat yang diambil dalam diet, pilih makanan atau minuman yang mengandungi karbo kompleks dan kurangkan mengambil karbo mudah.

    Selain itu, mereka turut mencadangkan agar anda memasak sendiri di rumah berbanding mengambil makanan atau minuman segera yang boleh beri kesan kepada kesihatan anda.

    jenis karbohidrat

    Konklusi

    Kesimpulannya, terdapat dua jenis karbohidrat utama yang kita perlu tahu. Karbo kompleks juga dikenali sebagai karbo yang baik. Karbo mudah pula dikenali sebagai karbo yang buruk. Jadi, pilih karbo yang terbaik untuk keseimbangan diet anda.

    Jika anda seorang ibu yang ada anak bertanya soalan seperti Akif, gunakan artikel ini sebagai panduan, ya?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan