backup og meta

Cuba 4 Cara Mudah & Efektif Ini Untuk Merawat Psoriasis Secara Semula Jadi!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 20/10/2022

    Cuba 4 Cara Mudah & Efektif Ini Untuk Merawat Psoriasis Secara Semula Jadi!

    Bagi penghidap psoriasis, keadaan kulit mereka tentunya mengganggu aktiviti harian. Selain gatal-gatal, ia memberikan kesan psikologi dan mengurangkan keyakinan diri seseorang, lebih-lebih lagi jika ia berlaku di kulit kepala atau muka. Jadi, apa cara merawat psoriasis secara semula jadi?

    Keadaan kulit ini adalah sejenis penyakit autoimun di mana sel-sel kulit berkembang-biak pada kadar yang lebih cepat daripada biasa.

    Kadar yang cepat ini menyebabkan lebihan sel-sel kulit sehingga membentuk lapisan baru di atas kulit yang sihat.

    Ia kelihatan seperti sisik berwarna kemerah-merahan. Mujurlah, terdapat beberapa kaedah merawat psoriasis secara semula jadi yang boleh anda praktikan.

    Cara merawat psoriasis konvensional vs semula jadi

    cara merawat psoriasis

    Rawatan konvensional bergantung kepada tahap keseriusan keadaan anda, serta jenis dan saiz tompokan.

    Rawatan mungkin ditukar jika ia didapati tidak efektif atau menunjukkan kesan sampingan yang teruk.

    Rawatan konvensional selalunya melibatkan ubat-ubatan, kebiasaannya retinoid atau ubat imunosupresan.

    Ubat-ubat ini boleh diberikan dalam bentuk krim topikal yang disapu langsung ke atas bahagian yang terbabit untuk mengurangkan keradangannya.

    Jika keadaan anda tidak terkawal dengan krim topikal, doktor mungkin beralih kepada rawatan sistemik, iaitu mengambil ubat melalui suntikan.

    Selain ubat, terapi sinar ultraviolet (UV) yang menggabungkan antara sinar UV dari cahaya matahari dan sinar UV buatan.

    Rawatan semula jadi pula mempunyai kelebihannya sendiri. Perkara utama yang membezakan rawatan semula jadi dengan rawatan konvensional adalah kesan sampingan yang banyak dari rawatan konvensional.

    Walaupun ubat-ubatan seperti steroid adalah efektif dalam mengawal masalah kulit ini, kesan sampingannya mungkin membuatkan seseorang terpaksa berhenti mengambilnya.

    Apakah cara merawat psoriasis semula jadi?

    Pendekatan semula jadi dan holistik bertujuan mengatasi punca kepada masalah tersebut.

    Pengamalan diet yang sesuai adalah efektif dalam mengawal psoriasis dalam kebanyakan orang.

    Kajian juga menunjukkan hubungan antara struktur serta fungsi usus dan psoriasis.

    Sebahagian pakar mendakwa bahawa psoriasis mungkin berlaku disebabkan kegagalan usus untuk menyerap toksin di dalam badan. Akhirnya, toksin terbabit dibuang melalui kulit.

    Anda boleh cuba cara berikut cara merawat kondisi ini secara semula jadi:

    1. Kurangkan stres

    cara merawat psoriasis

    Kaedah merawat psoriasis secara semula jadi yang pertama dalam senarai ini adalah berkaitan dengan pengurusan stres.

    Kondisi ini sangat terkait dengan stres, dimana stres boleh merangsang serangan psoriasis.

    Manakala psoriasis pula boleh menyebabkan stres. Antara punca stres tersebut adalah stigma terhadap penyakit ini serta kos rawatan yang mungkin agak membebankan.

    Sebab itu, pengurusan stres adalah sangat penting.

    Anda boleh cuba cara berikut untuk kurangkan stres:

    • Solat. Jika anda orang Islam, solat boleh membantu mengurangkan stres. Banyak kajian yang membuktikan bahawa solat mampu memberikan ketenangan dan mengurangkan tekanan.
    • Meditasi. Seperti solat, meditasi juga berkongsi sifat yang sama. Apa pun jenis meditasi, ia membantu melepaskan diri dari tekanan.
    • Tai chi dan yoga. Senaman tradisional orang Cina ini banyak membantu dalam mengawal emosi.
    • Dapatkan khidmat urut. Ia boleh mengendurkan otot anda, membantu anda bertenang serta mengurangkan stres. Cubalah, ia hanya mengambil masa yang singkat sahaja.

    2. Bersenam dan banyakkan minum air

    Walaupun nampak biasa, dua cara ini adalah berkesan dalam merawat psoriasis secara semula jadi.

    Ketika mandi, jangan gunakan air yang terlalu panas kerana ia boleh menyebabkan kulit anda kering sehingga akan memburukkan lagi keadaan.

    Cuba rendamkan badan anda selama 15 minit di dalam air suam dicampur dengan garam untuk membantu membuang sisik psoriasis dan mengurangkan gatal-gatal.

    Gunakan pelembap selepas mandi untuk mengekalkan air di dalam kulit anda bagi mempercepatkan proses pemulihan kulit anda.

    3. Amalkan diet yang betul

    Diet adalah sangat penting dalam mengawal psoriasis. Dalam kebanyakan kes, perubahan pada diet dan gaya hidup boleh membantu rawatan masalah kulit ini secara signifikan.

    Memandangkan psoriasis adalah sejenis keradangan, anda perlu kurangkan makanan yang boleh merangsang keradangan seperti daging merah, produk tenusu dan makanan yang diproses.

    cara merawat psoriasis

    Dalam masa yang sama, banyakkan makanan anti-radang termasuk buah-buahan, sayur-sayuran dan ikan air tawar seperti tuna, salmon dan hering.

    Mengurangkan berat badan juga didakwa membantu dalam mengurangkan simptom psoriasis.

    4. Berhenti merokok

    Merokok terbukti membuatkan keadaan kulit anda lebih teruk. Kajian menemui bahawa mereka yang merokok satu pek sehari mengalami keadaan dua kali ganda lebih teruk berbanding mereka yang hanya merokok 10 batang atau kurang sehari.

    Anda sebaiknya berbincang dengan doktor anda. Sama ada rawatan konvensional atau semula jadi, keputusan perlu dibuat berdasarkan keadaan semasa anda.

    Rawatan konvensional mungkin berkesan tetapi banyak kesan sampingan.

    Manakala cara merawat psoriasis semula jadi adalah selamat tetapi mungkin tidak sesuai untuk semua orang.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 20/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan