Mengapa Asyik Nak Buang Air Besar Selepas Makan, Normal Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 30/04/2020

Pernah tak anda bergegas ke bilik air selepas makan untuk buang air besar? 

Mungkin anda mempunyai interpretasi tersendiri berkenaan dengan fenomena ini, namun apa yang anda perlu tahu, ia merupakan satu proses fisiologikal yang normal.

Tapi bukan semua individu akan terasa hendak buang air besar sesudah makan.

Ia berbeza mengikut faktor seperti usia, jantina dan latar belakang masalah kesihatan.

Teruskan membaca untuk mengetahui punca di sebalik fenomena ini dengan lebih lanjut.

Refleks gastrokolik, punca di sebalik buang air besar sejurus selepas makan

Jika anda menyangka bahawa makanan yang baru sahaja anda makan telah diproses oleh sistem pencernaan anda, tanggapan itu salah.

Ukuran bagi sistem pencernaan manusia boleh mencecah 9 meter. 

Mustahil untuk makanan yang baru sahaja anda ambil diproses dalam masa yang sangat singkat.

Fenomena biologi yang menyebabkan anda rasa hendak buang air besar sesudah makan dikenali sebagai refleks gastrokolik (perut usus).

Apabila kita mengambil makanan pada jumlah yang berbeza, badan akan bertindak balas untuk memaksimumkan ruang penyimpanan makanan.

Hormon seperti serotonin, neurotensin, gastrin, cholecystokinin dan prostaglandin memainkan peranan penting bagi mencapai matlamat tersebut.

Perkara ini akan menyebabkan usus besar untuk mengalami kontraksi dan makanan yang pernah anda makan 2-5 hari lepas akan bergerak keluar daripada badan anda.

Anda mungkin berminat:

Berak Cangkung Terbukti Lebih Baik Dari Berak Duduk! Anda Tahu Kenapa?

Ya, makanan akan mengambil masa 2 hingga 5 hari untuk dicerna, diproses, diserap nutrisinya dan dibuang selebihnya.

Ia memerlukan di antara 6 hingga 8 jam untuk melalui perut dan usus kecil manusia. 

Apabila sampai di usus besar, makanan akan bergerak perlahan melaluinya dalam tempoh masa 36 jam.

Setiap individu mempunyai sistem pencernaan yang unik. Jika mereka tidak rasa hendak buang air besar selepas makan pun sistem pencernaan mereka boleh dianggap normal.

Namun, secara umumnya makanan akan keluar di antara 2 hingga 5 hari selepas makan.

Perkara yang anda perlu tahu adalah bukan semua fenomena gastrokolik adalah normal.

Bila anda perlu risau jika kerap buang air besar selepas makan?

Kesan refleks gastrokolik yang dialami oleh setiap individu tidak sama.

Ada yang cuma mengalami kesan ringan, ada yang sederhana dan ada juga yang lebih kuat.

Mereka yang mengalami masalah ini akan buang air besar dengan lebih kerap.

Kajian yang dijalankan oleh Klinik Mayo pada tahun 2010 menunjukkan mereka yang mempunyai masalah berkaitan sistem pencernaan boleh mengalami kadar cerna yang cepat.

Antara perkara yang boleh menyumbang kepada perkara tersebut adalah seperti berikut:

  1. Alergi makanan
  2. Penyakit keradangan usus (IBD)
  3. Sindrom keradangan usus (IBS)
  4. Masalah gastrik
  5. Penyakit Chron
  6. Masalah keresahan 
  7. Pengambilan makanan berminyak

buang air besar

Jika refleks gastrokolik mereka menjadi bertambah teruk, mereka akan mula mengalami simptom lain. 

Antaranya adalah seperti berikut:

  1. Sakit abdomen
  2. Kekembungan perut 
  3. Selalu terkentut
  4. Terdapat lendiran pada najis ketika buang air besar
  5. Cirit-birit atau sembelit atau selang seli antara keduanya

Bagaimana pula dengan jangkitan gastrousus seperti keracunan makanan dan sebagainya?

Apabila anda mengalami masalah cirit-birit, ia boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Kebanyakannya adalah disebabkan oleh kesan gastrokolik.

Namun, jika ia disebabkan oleh jangkitan, refleks tersebut tidak memainkan sebarang peranan. 

Mereka yang mengalami masalah cirit-birit disebabkan oleh masalah kesihatan akut seperti keracunan makanan biasanya akan kembali buang air besar seperti biasa dalam masa beberapa hari.

Walau bagaimanapun, jika anda mengalami masalah lain atau jangkitan kronik, ia boleh menyebabkan durasi cirit-birit menjadi lama.

Inkontinens najis, masalah sukar tahan ia daripada keluar sebelum sampai bilik air

Berbeza dengan rasa hendak buang air besar selepas makan, mereka yang mengalami masalah inkontinens najis boleh rasa hendak buang air besar pada bila-bila masa sahaja.

Perkara ini agak lazim terutamanya buat mereka yang mengalami masalah keracunan makanan.

Bayangkan, anda rasa hendak buang air. Jika tidak cepat ke bilik air, ia akan terkeluar dan jika anda lari pun ia akan terkeluar.

Seperti dalam kes keracunan makanan, mereka yang mengalami jangkitan virus juga boleh mengalami inkontinens.

bilik air

Baca juga:

Jika anda pernah cuba untuk kentut sikit-sikit kerana takut ada najis yang akan terkeluar, anda sebenarnya sedang mengalami inkontinens.

Antara punca kepada masalah ini adalah:

  1. Kerosakan pada saraf yang terletak pada organ rektum. Perkara ini boleh berlaku kepada mereka yang mengalami kecederaan ketika melahirkan anak, pembedahan, meneran sewaktu buang air besar, masalah strok dan sebagainya.
  2. Kecederaan pada otot rektum. Punca berlaku lebih kurang sama dengan kerosakan saraf.
  3. Masalah prolaps rektum. Keadaan di mana rektum anda terjulur dan menonjol keluar daripada dubur.
  4. Rectocele. Keadaan di mana rectum terjulur keluar melalui faraj wanita.

Konklusi

Rasa hendak buang besar setelah makan itu normal.  

Namun, jika ia hadir dengan simptom lain dan mempunyai kekerapan yang lebih daripada normal, ia boleh disebabkan oleh masalah kesihatan lain.

Jika anda risau, rujuk doktor perubatan untuk pemeriksaan dan khidmat nasihat kesihatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Doktor…Tanggalkan Kot Putih Tu

Disebalik keputihan kot putih terdapat kekeruhan yang boleh menjadi mimpi ngeri buat para pesakit. Ikuti artikel ini untuk mengetahui selanjutnya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Tahukah Anda Sesuatu yang Jauh Lebih Kotor Berbanding Tempat Duduk Tandas?

Pernahkah anda terfikir bahawa telefon bimbit adalah jauh lebih kotor berbanding dengan tempat duduk tandas? Ketahuinya melalui penulisan ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Betul Ke Pengering Tangan Di Tandas Awam Sedut Bakteria?

Anda gemar guna pengering tangan di tandas awam? Hati-hati kerana kajian mengatakan pengering tersebut mengandungi bakteria.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Helma Hassan

Tandas Duduk atau Mencangkung: Mana Lebih Baik?

Terdapat dua postur badan sewaktu membuang air, sama ada duduk atau mencangkung. Tahukah anda yang mana satu sebenarnya lebih baik untuk kesihatan anda?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Helma Hassan

Artikel lain untuk anda

seks dalam tandas

5 Posisi Senggama Dalam Bilik Air Yang Suami Isteri MESTI Cuba Sekurang-Kurangnya Sekali!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 14/03/2020
menunggu LRT tahan najis

Bro, Jangan Tahan Berak Tu. Bahaya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 07/11/2019

Lap Punggung Dengan Tisu Tandas Terbukti Tak Bersih, Tiba Masa Untuk Berhenti Gunanya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 06/11/2019
kencing terlalu kerap

Kenapa Kekerapan Buang Air Besar Setiap Orang Berbeza?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 30/10/2019