Bila Bangun Tidur Selalu Rasa Moody? BERHENTI Lakukan 7 Perkara Ini Lepas Bangun, Baru Mood Elok

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/06/2020

Apa yang anda selalu buat sejurus bangun tidur pada waktu pagi? Percaya ataupun tidak, tindakan yang diambil selepas bangun boleh mempengaruhi tahap kesihatan anda.

Perkara ini kebiasaannya nampak remeh atau anda tidak sedar sepenuhnya dan terus menekan butang untuk menyahaktif jam loceng yang bising menjerit di waktu pagi.

Artikel ini akan menyenaraikan 7 perkara yang perlu anda elakkan bagi meningkatkan kualiti kesihatan pada tahap optimum.

Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

1. Duduk di dalam gelap selepas bangun tidur

bangun tidur

Perkara ini bukanlah satu tindakan yang bijak. Jika bilik anda mempunyai langsir yang tidak boleh ditembusi oleh cahaya matahari, pastikan anda bangun dan buka tirai langsir tersebut.

Cahaya matahari akan membantu fisiologi badan anda secara langsung. Tanpa cahaya matahari, jam biologi tidak akan berfungsi dengan baik

Perubahan pada ritma sirkadian boleh menyebabkan beberapa kesan buruk pada kesihatan yang melibatkan paras hormon, sistem pencernaan dan sistem imun badan.

Antara komplikasi kesihatan yang boleh anda alami adalah:

  1. Tekanan darah tinggi
  2. Kencing manis
  3. Keresahan
  4. Kemurungan
  5. Obesiti

2. Terus berdiri seusai bangun tidur dari katil

Seperti senaman yang memerlukan senaman regangan badan, anda tidak boleh terus melakukan perkara berat sejurus membuka mata daripada tidur.

Apabila anda bangun terlalu laju daripada posisi baring kepada berdiri, tarikan graviti boleh memberikan kesan negatif terhadap tekanan darah anda.

Darah anda akan cenderung untuk mengalir dengan banyaknya ke kaki anda menyebabkan tekanan darah anda rendah. Kesannya anda akan menjadi tidak keruan dan pening.

Jika teruk, anda boleh pengsan. Apa yang perlu anda lakukan adalah, duduk dan beri masa kepada badan anda untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran.

Lakukan ini sebelum bangun untuk membuka langsir bilik atau menutup jam loceng yang sukar untuk dicapai semasa anda berada di katil.

3. Tutup jam loceng untuk tidur semula

bangun tidur

Ia bukanlah satu idea yang bagus. Menurut Pengarah Pusat Kajian Masalah Tidur di Klinik Cleveland, Dr Reena Mehra, tindakan tersebut tidak akan membantu badan untuk mendapatkan kesan pemulihan pada waktu tidur.

Bagi sebahagian besar individu, peringkat tidur sebelum bangun merupakan tidur rapid eye movement (REM). Pada waktu inilah kebiasaannya kita mengalami mimpi.

Mereka yang mengalami mimpi indah cenderung untuk bangun, tutup jam loceng dan tidur semula dengan harapan mimpi tersebut akan bersambung semula.

Namun perkara tersebut boleh mengaktifkan tindak balas lawan atau lari. Ia boleh mempengaruhi tekanan darah dan kadar degupan jantung seseorang.

Tambahan pula tidur beberapa minit sebelum jam loceng kedua berbunyi tidak boleh memberikan apa-apa kebaikan kepada badan.

Jika anda kerap menutup jam loceng untuk tidur semula, itu merupakan satu tanda yang badan anda tidak cukup tidur.

4. Tidak bersenam pada waktu pagi

Senaman dapat memberikan kebaikan kesihatan dan membantu anda untuk tidur pada waktu malam, mengawal berat badan, menambah baik mood dan menjaga kesihatan jantung.

Terdapat beberapa sebab mengapa anda perlu bersenam pada waktu pagi:

  • Berupaya untuk menghilangkan stres dan elak kemurungan
  • Meningkatkan penggunaan oksigen selepas senaman (EPOC). Dengan kata lain, anda akan mengalami peningkatan pada kadar metabolisme
  • Memberikan tahap keletihan yang baik untuk badan supaya anda boleh tidur dengan nyenyak di malam hari
  • Meningkatkan keupayaan badan untuk membina otot memandangkan jumlah testosteron pada waktu pagi tinggi
  • Dapat meningkatkan tahap kesihatan kulit

5. Tidak mengambil minuman berkafein

waktu pagi

Mungkin anda tidak suka minum kopi, namun itu tidak bermakna anda tidak boleh mengambil minuman berkafein yang lain seperti teh dan coklat. 

Mereka yang sudah biasa mengambil kafein akan mengalami kesukaran untuk menumpukan perhatian. Simptom ini kebiasaannya akan disertakan dengan sakit kepala, loya, selesema dan kelesuan.

Oleh sebab itu, jangan berhenti ambil minuman berkafein secara mengejut. Sekiranya anda ingin berhenti mengambil kafein, buat secara berperingkat.

6. Tidak memberus gigi selepas bangun tidur

Setiap individu akan mengalami pembentukan filem lekit yang dikenali sebagai plak gigi setiap malam. 

Jika anda tidak memberus gigi pada keesokan harinya selepas bangun tidur, ia boleh mengeras membentuk satu struktur yang dipanggil tartar. Struktur tersebut hanya boleh ditanggalkan dengan kelengkapan yang ada di klinik gigi.

Jika ia tidak dirawat, lama kelamaan tartar dan plak gigi boleh menyebabkan gusi anda menjadi bengkak dan berdarah, masalah gigi berlubang dan masalah kesihatan yang lain.

Namun, jika anda baru selepas mengambil kopi atau minuman seperti lemon, jangan terus memberus gigi.

bangun tidur

Tunggu 30 hingga 60 minit bagi membolehkan asid di dalam minuman tersebut untuk hilang. Asid tersebut boleh melemahkan lapisan enamel pada gigi. Jika anda memberus gigi sejurus selepas minum kopi atau minuman berasid lain, lapisan tersebut boleh terhakis.

Lebih baik jika anda berus gigi sebelum minum kopi.

7. Terus semak media sosial atau e-mel kerja selepas bangun tidur

Tindakan mengambil telefon pintar dan menyemak e-mel atau media sosial boleh meningkatkan tahap stres dan keresahan.

Ambil masa bebas media digital dan nikmati waktu pagi anda. Perkara ini mungkin sukar terutamanya buat mereka yang mempunyai kerja yang melibatkan penggunaan e-mel atau media sosial.

Namun, dalam jangka masa panjang, ia boleh membuatkan anda menjadi lebih gembira.

Konklusi

Bukan semua individu suka bangun pada waktu pagi. Namun, amalan tersebut boleh memberikan kebaikan kesihatannya yang tersendiri.

Segala kebaikannya boleh dimaksimumkan dengan 7 perkara yang disebutkan di atas. Jika anda sering moody ketika bangun tidur, boleh cuba amalkannya dan saksikan perubahan positif yang akan berlaku kelak.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    PERHATIAN! Masalah Kurang Tidur Boleh Membunuh!

    Masalah kurang tidur tidak asing dalam kalangan masyarakat umum. Dalam dunia serba kompetitif ini, ramai orang sanggup mengorbankan masa tidur demi kerja.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Suara Serak Lepas Bangun Tidur? Jaga-Jaga Ia Mungkin Tanda 5 Penyakit Ini!

    Anda perasan tak, setiap kali anda bangun tidur pasti suara anda akan berubah serak. Tahukah anda apakah yang menyebabkan suara serak ini terjadi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    6 Manfaat Tidur Bogel Yang Anda MESTI Tahu & Buat!

    Anda pernah tidur tanpa pakaian? Jika ya, anda melakukan benda yang betul. Ini kerana terdapat banyak manfaat tidur tanpa seurat benang terhadap kesihatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Risau Kesedihan Anda Jadi Kemurungan? 7 Tip Mudah Ini Bantu Melancarkan Hari Anda

    Jika anda mengalami kemurungan atau depresi sejak akhir-akhir ini, cuba lakukan 5 tip mudah ini yang boleh bantu anda jalani kehidupan dengan lebih lancar

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Artikel lain untuk anda

    susah-tidur-malam-kesan-wajib-anda-tahu

    Sering Berjaga Setiap Malam? Ini KESAN Buruk Jika Tak Tidur Sehari Hingga Lebih 3 Hari, BAHAYA!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 04/06/2020
    cara-meningkatkan-kecerdasan-otak

    Bukan Saja Badan, Otak Pun PENTING Untuk Dijaga. Bagaimana? Ini Caranya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 02/06/2020
    5-cara-penyelesaian-masalah-tidur-suami-isteri

    Sukar Lena Jika Tidur Sekatil? Ini 5 Solusi Ideal Buat Pasangan Yang Ada Masalah Di Kamar Tidur

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 21/05/2020
    tidur

    TERBONGKAR! Ini Rupanya Maksud 8 Posisi Tidur Suami Isteri

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 23/04/2020