backup og meta

Haaa...Nak Smoking Ke Tu? Ini 5 Kesan Bahaya Merokok Sejurus Berbuka WAJIB Anda Tahu

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/07/2020

    Haaa...Nak Smoking Ke Tu? Ini 5 Kesan Bahaya Merokok Sejurus Berbuka WAJIB Anda Tahu

    1 tabiat yang tidak boleh dielakkan perokok adalah untuk merokok selepas waktu berbuka. Tahukah anda ia amalan yang bahaya? Ini 5 kesan bahaya merokok selepas berbuka puasa yang perlu anda ketahui.

    Bahaya merokok selepas berbuka puasa

    Merokok sememangnya sudah diketahui sebagai satu tabiat yang boleh meningkatkan risiko penyakit seperti radang paru-paru dan penyakit jantung.

    Merokok juga boleh menyebabkan gigi menjadi kuning dan anda pasti menyedari bahawa tabiat tidak sihat ini juga boleh menyebabkan kulit anda berkedut, mengurangkan deria rasa dan bau.

    Lebih berbahaya jika anda memilih menghisap rokok sebaik sahaja waktu berbuka puasa.

    Ini 5 kesan bahaya merokok selepas berbuka puasa:

  • Radang paru-paru
  • Merokok dalam keadaan perut kosong meningkatkan risiko radang paru-paru. Kandungan nikotin yang diserap perut kosong adalah lebih tinggi jumlahnya berbanding apabila perut sudah terisi dengan sebarang makanan.

    Nikotin menjejaskan kesihatan badan seperti menyebabkan peningkatan tekanan darah, menjejaskan deyutan jantung dan aliran darah ke jantung serta penyebabkan pembuluh darah menjadi sempit.

    waktu berbuka

    1. Kurang oksigen

    Setelah 12 jam menahan lapar dahaga, badan memerlukan nutrisi untuk menggantikan tenaga yang hilang.

    Jika anda memilih untuk merokok apabila berbuka puasa dalam keadaan perut yang kosong, anda mungkin berdepan risiko bahaya merokok seperti mengalami mual, muntah, keletihan dan pening kepala.

    Ini kerana kandungan bertoksik dalam rokok ini akan memasuki aliran darah dan menurunkan kadar oksigen dalam darah sekali gus mengakibatkan sel dalam badan anda kekurangan oksigen yang akhirnya menyebabkan anda kelesuan dan pening kepala, dalam masa yang sama menurunkan fungsi otot dan jantung.

    Gas beracun ini juga meningkatkan kadar kolesterol tidak sihat dalam darah. Semakin lama anda merokok, ia akhirnya akan mengakibatkan pembuluh darah anda mengeras dan menyempit, sekali gus mendedahkan risiko penyakit jantung dan strok.

    1. Fungsi organ

    Asap rokok yang mengandungi nikotin, karbon monoksida dan tar sememangnya mendatangkan kesan negatif kepada badan seperti menjejaskan aliran darah dan menurunkan kadar oksigen dalam darah.

    Ini sekali gus mengakibatkan sel dalam badan perokok mengalami kekuranagn oksigen yang menjadikan seseorang individu itu kurang efektif dan efisyen. Keletihan dan pening antara simptomnya.

    1. Penyakit Crohn

    Tabiat merokok meningkatkan risiko untuk mengalami penyakit Crohn atau masalah berkaitan keradangan usus. Antara simptom yang mungkin berlaku adalah seperti pendarahan pada usus, sakit perut secara kerap dan berulang, dan cirit-birit.

    1. Gangguan pencernaan

    Bahaya merokok dalam keadaan perut yang kosong akan menyebabkan peningkatan kandungan asid dalam perut meningkat dan bertindak balas.

    Ia akhirnya akan menjejaskan proses pencernaan yang boleh menjadi antara punca utama mengapa seseorang individu yang merokok sejurus masuk waktu berbuka akan kehilangan selera.

    bahaya-merokok-selepas-berbuka-puasa

    Elakkan tabiat merokok 

    Tabiat merokok sememangnya sudah diketahui tidak memberikan sebarang manfaat kesihatan. Namun, jika anda masih mahu merokok, cuba untuk tidak merokok sejurus sahaja berbuka puasa.

    Tetapi langkah yang paling baik, sudah tentu untuk cuba menghentikan terus tabiat merokok anda pada bulan Ramadan. Siapa tahu selepas ini anda akan berjaya untuk berhenti merokok terus?

    Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan