Apakah penyebab pening lalat sewaktu berpuasa?
Pening lalat disebabkan oleh adanya gangguan keseimbangan dalam tubuh anda, yang melibatkan pelbagai bahagian sistem deria, seperti mata, saraf deria, dan telinga bahagian dalam. Gangguan pada telinga dalam memberikan otak isyarat dari telinga bahagian dalam yang tidak selari dengan apa yang diterima oleh mata dan saraf deria. Hasilnya, otak anda mengalami kebingungan, dan anda merasa pusing serta tidak seimbang.
Apabila anda berpuasa, beberapa perkara boleh menjadi pencetus kepada pening lalat, iaitu:
- Migrain. Migrain atau sakit kepala satu sisi sewaktu berpuasa boleh menyebabkan anda mengalami vertigo, lebih-lebih lagi jika migrain yang anda rasakan tidak terlalu parah. Migrain ini boleh dicetuskan oleh bunyi bising atau sensitif terhadap cahaya. Pening lalat yang anda rasakan boleh berlangsung selama beberapa minit atau lebih lama.
- Peredaran darah yang lemah. Hal ini membuatkan jantung anda mengepam darah yang mencukupi ke otak atau telinga bahagian dalam, sehingga anda boleh merasa pusing, ingin pengsan, dan tidak seimbang (vertigo).
- Tekanan darah rendah. Keadaan ini juga boleh menyebabkan aliran darah dari jantung ke otak dan telinga bahagian dalam terbantut, sehingga anda boleh mengalami pusing, lemas, dan pening lalat sewaktu berpuasa. Biasanya, anda boleh mengalami hal ini jika berdiri terlalu cepat daripada posisi duduk atau baring.
- Gula darah rendah. Apabila berpuasa, secara umumnya gula darah akan menurun kerana tidak ada makanan yang masuk ke dalam tubuh anda. Hal ini membuat anda merasa lemas, lelah, dan pusing. Juga, boleh menyebabkan pening lalat anda berulang.
- Dehidrasi. Kekurangan cecair atau dehidrasi juga biasa berlaku sewaktu berpuasa ketika jumlah air yang anda ambil kurang daripada jumlah air yang keluar dari tubuh anda. Hal ini membuat anda merasa pusing, lemas, dan juga lelah, serta mencetuskan pening lalat.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen