backup og meta

Tip Pemilihan Krim Mata

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 13/09/2019

    Tip Pemilihan Krim Mata

    Apabila anda sudah mempunyai pelembap untuk kulit wajah, krim mata kedengaran seperti bukan satu keperluan. Tetapi kulit halus di sekitar mata anda memerlukan kelembapan tambahan. Anda perlu sentiasa melindungi kawasan mata dan pencegahan amat penting, jadi pelihara kawasan mata anda sekarang dengan tabiat penjagaan kulit yang baik dan kurangkan tekanan. Salah satu perkara penting yang boleh anda lakukan adalah dengan  melindungi kawasan mata anda dengan SPF setiap hari, kerana ia mungkin akan mengubah cara penuaan kulit anda.

    Ketahui fungsi-fungsi khusus krim mata

    Untuk pencegahan

    Kulit di sekitar mata anda lebih nipis, lebih sensitif dan terdedah kepada pelbagai isu, seperti bengkak, perubahan warna, garis-garis halus dan kedutan. Anda boleh cuba menggunakan krim mata dengan antioksidan, vitamin C dan E dan ekstrak bunga teratai, yang melindungi daripada radikal bebas yang boleh menyebabkan kedutan.

    Untuk kekeringan

    Kulit di sekitar mata anda sangat sensitif, jadi ia lebih terdedah kepada kekeringan berbanding bahagian lain muka anda. Anda boleh menggunakan produk dengan bahan yang menyediakan kelembapan dan anti-penuaan atau  rawatan malam yang berkrim dan kaya khasiat sudah mencukupi. Kebanyakan produk yang mempunyai mentega shea berkhasiat, jojoba boleh menjadikan kulit sekitar mata anda lebih licin dan lebih baik terhidrat.

    Untuk sembap

    Sembap bawah mata terjadi disebabkan pengumpulan cecair yang menyebabkan bengkak dalam tisu di sekitar mata anda. Ini boleh berlaku dari alahan dan sinus, atau disebabkan kurang tidur, diet, alkohol, dan penuaan. Cari bahan-bahan seperti kafein atau timun, yang boleh membantu mengurangkan sembap.

    Untuk lingkaran hitam

    Perubahan warna di sekeliling mata berlaku disebabbkan pelbagai faktor, termasuk keturunan, tekanan, merokok, pendedahan kepada matahari, pigmentasi, dan bayang-bayang daripada mata yang cengkung. Vitamin C dan K, asid kojic, dan kafein boleh membantu melawan perubahan warna kulit, manakala bahan-bahan seperti peptida boleh membantu kulit kelihatan lebih berisi, lantas mencerahkan lingkaran hitam. Anda juga perlu mencari bahan memantulkan cahaya untuk memberikan kesan cerah segera dan melindungi kawasan mata.

    Untuk garis-garis halus

    Garis-garis halus adalah salah satu masalah bawah mata yang paling biasa, terutamanya sewaktu mengecilkan mata, merokok dan ekspresi muka seperti mengenyit mata, berkelip mata mahupun tersenyum. Pastikan anda mencari bahan-bahan yang membina kolagen, seperti retinol yang tidak dapat disangkal lagi, merupakan bahan terbaik untuk memerangi dan mencegah garis-garis halus. Dengan produk-produk mengandungi asid hyaluronik, vitamin E, dan gliserin, mereka juga membantu untuk mencegah kehilangan lembapan dan meningkatkan keadaan kulit nipis dan melicinkan garis-garis halus.

    Bagaimana untuk memilih krim mata yang terbaik

    Cari krim mata yang menghidrat

    Kekeringan adalah masalah biasa untuk kawasan sensitif kulit mata. Menggunakan krim mata yang menghidratkan boleh membantu mengurangkan kesan negatif daripada kulit kering, termasuk kerengsaan mata dan perubahan warna. Terdapat banyak produk penghidratan mata yang boleh didapati dalam pelbagai harga.

    Pertimbangkan produk yang dibuat untuk kulit sensitif

    Apabila menggunakan produk di sekitar mata anda, adalah penting untuk mencari produk yang tidak membuatkan rasa terbakar atau merengsakan mata atau kulit mata-kawasan. Produk yang menggunakan perkataan “sensitif” atau frasa “diuji oleh pakar mata” berkemungkinan lebih lembut pada kawasan kulit mata.

    Pilih produk mata untuk keperluan khusus anda

    Terdapat banyak krim mata dan setiap satu direka untuk merawat masalah yang berbeza. Jika anda ingin mengurangkan kedut dan kendur, pilih krim mata anti-penuaan. Jika anda mahu produk yang membantu merawat lingkaran gelap bawah mata atau sembap, cari produk yang dibuat khusus untuk ini. Sesetengah produk merawat lebih daripada satu masalah lantas memudahkan rutin penjagaan kulit anda.

    Baca dan fahami bahan-bahan

    Air adalah salah satu daripada bahan pertama yang disenaraikan dalam kebanyakan krim mata yang berkualiti, dan ia harus menjadi bahan utama untuk produk yang menghidrat. Gliserin, mentega shea, minyak dan vitamin juga biasa ada dalam krim mata dan sangat berfaedah. Bahan-bahan semulajadi sangat sesuai untuk digunakan di sekitar kawasan kulit sekitar mata yang sensitif, dan antioksidan boleh membantu menangani beberapa masalah utama kawasan sekitar mata. Krim mata yang menambah keanjalan kulit mungkin mengandungi retinol, asid alpha-hydroxy (AHA), peptida kuprum (copper), kafein atau vitamin C. Vitamin K, asid glycolic dan asid kojic berguna untuk memerangi lingkaran gelap bawah mata. Krim malam pemulihan mungkin mengandungi vitamin A, C dan E atau kolagen.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 13/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan