backup og meta

Benarkah Gula Perang Jauh Lebih Sihat Berbanding Gula Putih? Ini Penjelasan Yang TEPAT

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 22/12/2022

    Benarkah Gula Perang Jauh Lebih Sihat Berbanding Gula Putih? Ini Penjelasan Yang TEPAT

    Benarkah kebaikan gula perang menjangkaui gula putih? Kalau ingin tahu kebenarannya, anda kena teruskan membaca perkongsian artikel ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

    Apa itu gula perang?

    Gula perang adalah gula yang berteraskan sukrosa yang kaya dengan molases.

    Ianya boleh terjadi melalui beberapa cara sama ada tanpa proses tapisan, melalui sedikit proses tapisan dan mempunyai warna perang akibat sisa molases (gula perang semula jadi).

    Ia juga boleh dihasilkan dengan penambahan molases kepada gula putih komersil sedia ada di pasaran (gula perang komersil).

    Majoriti daripada gula perang yang berada di pasaran adalah daripada kategori yang terakhir iaitu dengan penambahan molases daripada gula tebu kepada kristal gula putih yang ditapis di kilang.

    Gula perang yang disediakan dengan cara ini mempunyai tekstur yang lebih kasar berbanding gula perang yang tidak terhasil melalui cara ini.

    Molasesnya juga dapat dipisahkan dengan mudah daripada kristal gula putih dengan hanya membasuhnya. 

    kebaikan gula perang

    Gula perang semula jadi

    Sebelum mengetahui kebenaran mengenai kebaikan gula perang, ayuh kita dalami mengenai proses penghasilannya.

    Gula perang semula jadi, gula mentah atau gula tebu penuh adalah gula yang mengekalkan sebilangan molases di dalamnya.

    Memandangkan terdapat lebih banyak molases dalam gula perang semula jadi, ianya mengandungi lebih sedikit nilai nutrisi dan juga kandungan mineral berbanding gula komersial biasa.

    Sesetengah daripadanya mempunyai nama atau terma yang khusus dan juga ciri-ciri yang unik.

    Berdasarkan perbezaan ini, ianya boleh dijual dengan nama-nama seperti Turbinado, Demerara dan juga gula mentah jika ianya telahpun melalui proses centrifuge pada darjah yang tinggi.

    Ia dihasilkan daripada jus gula tebu separa meruap yang sudah menjadi kristal terlebih dahulu sebelum melalui proses centrifuge yang disebut tadi bagi membuang hampir kesemua kandungan molasesnya. 

    Jika ianya tidak melalui proses centrifuge pada darjah yang tinggi (atau tidak melalui proses penapisan), ianya akan mengandungi kandungan molases yang lebih tinggi.

    Kesemua gula yang disebut tadi dan juga gula perang gelap yang lain sama ada melalui proses centrifuge pada kadar yang minima, atau tidak langsung melaluinya.

    Baca juga:

    Hanya di negara membangun

    Lazimnya, gula daripada jenis ini dihasilkan di kilang-kilang kecil di negara-negara membangun di seluruh dunia kerana kebanyakan kilang kecil ini tidak mempunyai teknologi centrifuge ataupun vakum tahap industri.

    Ia sebaliknya dididihkan dalam kuali panas menggunakan dapur kayu sehingga jus gula tebu mencapai kira-kira 30% daripada isipadu asal dan pembentukan kristal sukrosa mula berlaku.

    Kemudiannya, ianya akan dituang ke dalam acuan untuk mengeras atau dalam periuk penyejuk sebelum diketuk dan dipecahkan untuk menjadi bentuk pasir yang halus. 

    Kebaikan gula perang, benarkah?

    kebaikan gula perang

    Terdapat ramai orang yang mempercayai bahawa kebaikan gula perang jauh lebih sihat berbanding gula putih biasa selain mempunyai rasa yang berbeza dan lebih enak.

    Trend kesihatan ini telah mempelopori pelbagai perkara seperti industri penghasilan dan penjualan gula perang, bisnes minuman dan juga penghasilan manisan berteraskannya.

    Antara dakwaan manfaat kesihatan yang dicanangkan adalah ianya mampu untuk melegakan kejang akibat datang bulan dan juga mampu memberikan kesan antipenuaan.

    Namun yang demikian, adakah ianya benar bahawa memilih gula perang ini adalah lebih baik? Adakah dakwaan terhadap manfaat dan kebaikannya bersandarkan kepada kajian saintifik?

    Persoalan manfaat kesihatan itu lebih mudah untuk dijawab, maka ianya akan dibincangkan terlebih dahulu.

    Kebaikan gula perang vs gula putih

    Ianya mudah untuk dijawab kerana tidak ada sebarang manfaat kesihatan yang terbukti ataupun telah dikaji yang dapat dikaitkan dengan gula perang.

    Kemungkinan besar, rasa sihat dan hebat yang terhasil setelah mengambilnya dapat disandarkan kepada kesan placebo semata-mata. 

    Dari sudut nutrisi pula, tidak ada perbezaan yang ketara antara gula perang dan gula putih tapisan yang komersial. Kesemua mineral yang terdapat di dalamnya berpunca daripada kandungan molases. 

    Namun yang demikian, kuantiti mineral dan vitamin yang terdapat di dalamnya adalah terlalu rendah untuk memberi apa-apa kesan yang signifikan atau bermakna kepada mereka yang mengambilnya.

    kebaikan gula perang

    Kesimpulannya

    Untuk tujuan itu, kebanyakan pakar nutrisi dan mereka yang  arif tentang pemakanan menyimpulkan bahawa tidak ada kebaikan gula perang yang menjadikannya alternatif kepada gula putih tapisan komersial. 

    Oleh yang demikian, anda tidak perlulah berasa bersalah sekiranya anda memilih gula putih berbanding pilihan ‘sihat’.

    Ini kerana hakikatnya, tiada perbezaan yang ketara antara kedua-duanya dan pelbagai faktor lain yang memberikan kesan yang lebih signifikan kepada kesihatan anda seperti kuantiti dan corak diet anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 22/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan