4 Khasiat Epal Hijau Untuk Turunkan Tekanan Darah Tinggi & Kolestrol – Apa Tunggu Lagi?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 04/04/2020

Mungkin anda merupakan salah seorang yang pernah mendengar petua atau tip sebegini, minum jus atau makan epal hijau untuk merawat darah tinggi.

Jika anda belum pernah mendengar tip ini, mesti anda tertanya-tanya, benarkah epal hijau boleh bertindak sedemikian? Adakah benar terdapat khasiat epal hijau untuk darah tinggi?

Bagaimana pula dengan epal merah? Jika anda ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut, kami telah sediakan penerangannya melalui tulisan di bawah ini.

Adakah epal benar-benar berkhasiat untuk tekanan darah tinggi dan kolesterol?

Sekiranya anda salah seorang individu yang sedang mencuba mengawal tekanan darah dan memperbaiki tahap kolesterol tubuh, memakan epal mungkin boleh membantu anda.

Tetapi ia bukanlah terhad kepada buah epal hijau semata-mata. Mengapa? Kerana epal lain seperti epal merah juga mengandungi kandungan serat tidak larut air yang boleh menurunkan kadar kolesterol.

Selain itu, epal juga mempunyai serat larut yang membantu penghadaman, gula yang sihat serta fitonutrien yang bekerjasama memberikan manfaat pada tubuh anda.

Buah epal juga boleh membantu anda mengawal berat badan dan mengurangkan risiko masalah berkaitan kardiovaskular disebabkan kandungan kalori yang rendah dalam buah epal ini.

Empat epal sehari

Menurut Dr. Sarah Brewer, seorang pakar pemakanan, anda boleh mengurangkan risiko hipertensi atau darah tinggi dengan memakan sekitar empat biji epal setiap hari.

Menurut kajian dari Brigham dan Hospital Wanita di Boston, Amerika Syarikat pada tahun 2016, memakan empat biji epal atau lebih setiap hari boleh membantu mengurangkan risiko darah tinggi sehingga sembilan peratus.

Menurut Dr. Sarah lagi, buah epal kaya dengan kandungan antioksidan yang disebut sebagai flavonoids, yang bertindak sebagai ACE inhibitor (perencat). 

Quercetin antioksidan yang terdapat dalam kandungan buah epal, mempunyai kesan perlindungan pada saluran darah untuk meningkatkan keanjalannya.

Menurut Dr. Sarah, kajian telah menunjukkan bahawa memakan buah epal bukan sahaja dikaitkan dengan risiko yang lebih rendah untuk mendapat tekanan darah tinggi, malah ia juga mengurangkan risiko komplikasi-komplikasi yang dikaitkan dengan darah tinggi tersebut seperti serangan jantung dan strok.

Bagi melindungi diri daripada risiko mengalami strok, mereka yang memakan banyak buah epal mempunyai 41 peratus risiko yang lebih rendah untuk mendapat strok trombotik, berbanding dengan mereka yang hanya memakan sedikit buah epal.

Serat larut dan serat tidak larut

Mengekalkan berat badan yang sihat dan ideal adalah amat penting untuk memastikan tahap tekanan darah berada pada kadar yang selamat. Dengan memakan epal, ia dapat membantu anda mengurangkan berat badan atau mengekalkan berat badan semasa anda.

Untuk pengetahuan pembaca, setiap biji epal yang bersaiz sederhana tidak mengandungi sebarang lemak dan hanya mengandungi 95 kalori.

Ia juga memberikan anda 4 gram serat yang menyebabkan anda mudah untuk membuang air dan mengenyangkan perut anda untuk jangka masa yang lama. Buah epal mengandungi kedua-dua jenis serat larut air dan serat tidak larut air, yang mempercepatkan penghadaman dan juga mempunyai khasiat merendahkan kadar kolesterol tubuh pemakannya.

Kandungan asid urik

Kepekatan darah yang tinggi dengan kandungan asid urik mempunyai kesan antioksidan yang membantu tubuh anda melawan radikal bebas.

Asid urik plasma yang tinggi mungkin mengurangkan risiko anda untuk mendapat beberapa keadaan kardiovaskular yang kronik, termasuklah tekanan darah tinggi dan kolesterol. Menurut Linus Pauling Institute, Oregon State University, buah epal tidak mengandungi asid urik. Walau bagaimanapun, gula semula jadi yang terdapat dalam buah ini masih lagi meningkatkan kandungan asid urik dalam darah.

Apabila anda memakan sebiji epal, hati anda akan memetabolisme fruktosa buah ini dengan cepat, merangsang pengeluaran asid urik dan meningkatkan aktiviti antioksidan dalam badan anda.

Kesihatan jantung

Pengambilan buah epal sememangnya mempunyai perkaitan yang jelas dengan pengurangan risiko masalah berkaitan kardiovaskular.

Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition pada tahun 2003, para penyelidik mendapati bahawa pengambilan epal telah dikaitkan dengan pengurangan risiko kedua-dua penyakit kardiovaskular dan peristiwa kardiovaskular.

Menurut kajian tersebut lagi, wanita yang memakan epal dengan kerap mempunyai 13 hingga 22 peratus pengurangan risiko penyakit kardiovaskular.

Kajian tersebut adalah berdasarkan Kajian Kesihatan Wanita, iaitu satu tinjauan yang dilakukan terhadap hampir 40,000 orang wanita dan memeriksa perkaitan antara flavonoid atau pigmen berasaskan tumbuhan dengan kemampuan antioksidan dan penyakit kardiovaskular.

Adakah terdapat alternatif lain selain buah epal?

Ya, anda perlu meningkatkan pengambilan buah-buahan yang kaya dengan kandungan kalium (potasium) untuk membantu anda menurunkan tekanan darah tinggi.

Anda disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya lima bahagian buah-buahan atau sayur-sayuran setiap hari untuk meningkatkan pengambilan kalium dan menurunkan tekanan darah anda. Satu bahagian hidangan adalah sekitar 80 gram, iaitu dengan anggaran saiz sebesar genggaman tangan anda. Jumlah tersebut mewakili satu bahagian seperti yang dicadangkan:

  • Sebiji buah dengan saiz yang sederhana (epal, buah oren, pir dan pisang)
  • Dua biji buah dengan saiz yang kecil (plum, aprikot)
  • Satu potong buah yang bersaiz besar (tembikai, nanas dan mangga)
  • Dua atau tiga sudu makan buah beri atau anggur
  • Segelas (150 ml) jus buah-buahan
  • Satu sudu makan buah-buahan kering

Berikut pula adalah jenis buah-buahan tertentu yang kaya dengan kalium dan mungkin sangat membantu dalam mengawal tekanan darah:

  • Puri dan jus tomato
  • Jus oren
  • Buah pisang
  • Buah aprikot

Jenis makanan yang perlu dielakkan untuk mengawal tekanan darah tinggi

Seperti yang anda maklum, terdapat beberapa jenis makanan yang boleh meningkatkan tekanan darah tinggi anda. Anda boleh mengelakkan atau sekurang-kurangnya mengurangkan pengambilan jenis-jenis makanan berikut:

Garam boleh meningkatkan tekanan darah secara signifikan. Berdasarkan kajian pada tahun 2013, mengurangkan pengambilan garam sebanyak 4.4 gram setiao hari dapat mengurangkan tekanan darah diastolik dan sistolik dengan ketara

  • Kafein

Kafein yang terkandung dalam minuman seperti kopi, teh, minuman bergas dan minuman tenaga boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah dalam tempoh yang singkat

  • Alkohol

Pengambilan minuman beralkohol dengan banyak atau secara berlebihan boleh menyebabkan peningkatan dramatik dalam tekanan darah tinggi. Selain itu, pengambilan alkohol yang terlalu kerap dan banyak juga meningkatkan risiko untuk mendapat kegagalan jantung, strok, kanser dan obesiti

Kesimpulan

Secara umumnya, buah epal dapat membantu anda mengurangkan tekanan darah yang tinggi, dan ia tidak terhad kepada jenis epal hijau sahaja. Selain itu, jangan lupa untuk memakan buah-buahan yang tinggi dengan kandungan kalium seperti buah pisang. Buah pisang boleh didapati dengan harga yang murah, malah anda boleh menanam pokoknya di halaman rumah anda tanpa sebarang penjagaan yang ketat dan serius. Jika doktor ada memberikan preskripsi ubat-ubatan untuk mengawal darah tinggi anda, jangan sesekali meninggalkan pengambilannya walaupun anda kerap memakan buah epal. Epal sahaja tidak mencukupi untuk mengawal keadaan tekanan darah tinggi anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    5 Tanda Anda Menghidap Hipertensi, Salah Satunya Berkaitan Dengan Kencing Anda!

    Jika anda tertanya-tanya bagaimana individu boleh menghidap masalah darah tinggi, baca artikel ini untuk tahu tentang tanda darah tinggi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Punca Tekanan Darah Tinggi

    Darah tinggi berlaku disebabkan pelbagai faktor dan boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira jantina mahupun usia. Tetapi apakah punca darah tinggi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Jom Ketahui Simptom Darah Tinggi

    Tekanan darah tinggi antara masalah kesihatan sering dialami kebanyakan individu di Malaysia. Adakah cara membantu mengenal pasti simptom darah tinggi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Orang Muda Yang Ada Tekanan Darah Tinggi, Ini 5 Cara Menurunkan Risiko Hipertensi!

    Buat orang muda yang menghidapi tekanan darah tinggi, ini merupakan cara menurunkan darah tinggi di usia muda yang anda perlu tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Artikel lain untuk anda

    klasifikasi hipertensi

    Klasifikasi Hipertensi- Ini Cara Nak Tahu Tahap Keterukan Tekanan Darah Tinggi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 15/05/2020

    Bahana Ibu Hamil Tidur Berdengkur, Bukan Saja Tingkat Risiko Pre-Eklampsia, Tapi Juga Bersalin C-zer

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 07/05/2020
    penawar darah tinggi

    Boleh Cuba 4 Penawar Ini Bagi Turunkan Masalah Hipertensi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/03/2020
    daun ketum

    Daun Ketum Boleh Rawat Kencing Manis Dan Darah Tinggi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 17/02/2020