backup og meta

Makanan Untuk Meningkatkan Daya Fokus

Makanan Untuk Meningkatkan Daya Fokus

Adakah anda sering rasa sukar untuk menumpukan perhatian semasa bekerja atau belajar? Jika ya, maka mungkin artikel ini adalah apa yang anda perlukan. Apa yang anda makan asasnya memberi kesan kepada kesihatan dan ingatan anda. Oleh itu, kekurangan fokus anda mungkin disebabkan pemakanan yang lemah. Artikel di bawah akan menyenaraikan beberapa makanan yang boleh membantu meningkatkan tumpuan anda.

Avokado

Sesetengah orang tidak mengambil avokado kerana ia mengandungi tahap lemak yang tinggi. Walau bagaimanapun, ia adalah lemak baik, atau dalam erti kata lain, ia adalah lemak mono tepu, yang sangat memberi manfaat kepada kesihatan anda. Ia membantu mengelurakan kolagen, membantu kulit anda untuk kelihatan licin dan muda dan menggalakkan pertumbuhan rambut dan kuku. Di samping itu, ia juga menstabilkan tahap glukosa darah.

Tambahan pula, avokado, dengan vitamin K dan asid folik, boleh mencegah pembekuan darah di dalam otak, dan seterusnya boleh mengurangkan kebarangkalian anda untuk mengalami strok. Di samping itu, ia juga membantu dalam meningkatkan fungsi kognitif, yang sangat penting bagi ingatan dan fokus.

Beri biru

Beri biru mempunyai rasa yang sedap dan kaya dengan antioksida, vitamin C, vitamin K, serat dan asid galik. Kandungan ini melindungi dari degenerasi otak, tekanan dan proses penuaan yang boleh mengganggu tahap tumpuan. Anda boleh mengambil beri biru dalam pelbagai cara, seperti ambil secara langsung, makan bersama yogurt atau letakkan beberapa biji ke dalam sarapan anda.

sayur-sayuran berdaun hijau

Menurut kajian, sayur-sayuran berdaun hijau boleh meningkatkan daya fokus anda.

Ia kaya dengan vitamin, mineral, fitonutrien, chlorophy11 dan serat, yang baik untuk darah dan sistem penghadaman. Makanan berdaun hijau, seperti Swiss Chard, salad Romaine, atau kale (satu cawan kale bersamaan 684 peratus daripada hidangan harian anda) boleh mengelakkan berlakunya dementia. Di samping itu, sayur-sayuran ini juga kaya dengan vitamin A dan vitamin K, yang membuatkan tulang menjadi kuat dan membantu melawan keradangan.

Satu cawan mana-mana sayur berdaun hijau sehari adalah disyorkan untuk mencegah dan mengurangkan apa-apa jenis penyakit.

Makanan di atas bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan anda secara umum dan daya fokus anda secara khusus, tetapi ia juga lazat dan mudah dimasak. Jika anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan, jangan teragak-agak untuk menghubungi pakar pemakanan untuk maklumat lanjut, nasihat atau bimbingan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

15 Brain Foods to Boost Focus and Memory https://draxe.com/15-brain-foods-to-boost-focus-and-memory/ Accessed April 15, 2017

4 Foods to Help You Focus Better

http://www.eatingwell.com/nutrition_health/nutrition_news_information/4_foods_to_help_you_focus_better Accessed April 15, 2017

9 brain foods that will improve your focus and concentration http://alifeofproductivity.com/9-brain-foods-that-will-boost-your-ability-to-focus/ Accessed April 15, 2017

Versi Terbaru

28/11/2019

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Kenali Ciri Ciri Anxiety, Adakah Ia Stres Biasa Atau Kegelisahan Melampau?

Kenapa Saya Selalu Ketawa & Menangis Tanpa Sebab? Kenali Penyakit 'Joker'!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 28/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan