backup og meta

Ramai Sudah Tahu Tanda & Kesan Autisme, Tapi Apa Punca Kondisi Ini Terjadi?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/04/2023

    Ramai Sudah Tahu Tanda & Kesan Autisme, Tapi Apa Punca Kondisi Ini Terjadi?

    Tiada siapa pun yang tahu apa punca autisme yang sebenar di sebalik masalah ini tetapi ada banyak faktor risiko yang berkemungkinan telah berjaya ditemukan dan ditentukan oleh para pengkaji.

    Artikel ini akan membincangkan dengan lebih lanjut tentang permasalahan ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, anda juga boleh klik di sini.

    Punca autisme #1. Genetik

    Autisme mempunyai kecenderungan untuk diwarisi dalam kalangan keluarga dan ia mungkin sesuatu yang diwarisi daripada ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut.

    Sebagai contohnya, sekiranya salah seorang ibu bapa mempunyai autisme, maka anaknya berkemungkinan untuk mempunyai autisme.

    Jika seorang kanak-kanak itu didiagnosis dengan autisme, terdapat kemungkinan kepada adik-beradiknya untuk mempunyai keadaan yang sama.

    Adalah menjadi kelaziman untuk sepasang kembar mempunyai autisme.

    Bijak pandai berpendapat bahawa salah satu faktor utama untuk seseorang mempunyai penyakit ini adalah genetik.

    Tetapi terdapat beberapa genetik di dalam tubuh badan manusia yang dikaji oleh ahli saintis bagi mengetahui genetik yang manakah penyebab utama perkembangan autisme.

    punca autisme

    Di dalam sesetengah kes, autisme mungkin berkaitan dengan kecelaruan genetik yang lain seperti sindrom fragile-X atau sklerosis tuberos.

    Manakala dalam kes yang lain pula, sedikit perubahan dalam pelbagai genetik boleh menjadikan seseorang itu cenderung terhadap autisme.

    Sesetengah genetik boleh menjejaskan perkembangan otak atau komunikasi sel otak, atau terdapat beberapa yang berpotensi untuk memburukkan keadaan simptom autisme.

    Punca autisme #2. Persekitaran

    Pencetus persekitaran boleh mengakibatkan perkembangan tanda autisme.

    Berlakunya masalah ketika mengandung atau ubat yang diambil ketika itu juga boleh memainkan peranan.

    Sebagai contoh, jangkitan virus, pendedahan terhadap bahan pencemaran udara atau ubat yang dipreskripsikan seperti thalidomide dan valproic asid boleh meningkatkan risiko dalam kalangan kanak-kanak.

    #3. Pelbagai punca biologi yang lain

    Terdapat keadaan kesihatan yang tertentu yang boleh dikaitkan dengan tanda autisme, termasuklah:

    punca autisme

    • Sindrom Down: Kecelaruan genetik yang menyebabkan kelewatan dalam perkembangan, keupayaan untuk belajar dan ciri-ciri fizikal yang tidak normal seperti tona otot yang berkurangan, hidung penyet, mulut kecil, dan tangan pendek
    • Distrofi otot: Sekumpulan keadaan genetik yang mampu mengakibatkan otot menjadi lemah secara progresif dan kehilangan jisim otot. Dalam keadaan ini, genetik yang tidak normal mengganggu penghasilan protein, mengakibatkan masalah kesihatan otot
    • Palsi serebrum: Penyakit kronik yang menjejaskan otak dan sistem saraf, menyebabkan kesukaran untuk bergerak dan koordinasi
    • Spasma infantil: Sejenis epilepsi (keadaan apabila otak mengakibatkan serangan sawan yang berulang)
    • Masalah dengan sistem metabolisme
    • Masalah dengan sistem imuniti

    Salah faham tentang punca autisme berlaku

    Tiada kaitan di antara vaksin dan kesan autisme, terutama sekali vaksin MMR (digunakan untuk mencegah mumps, measles, dan rubella).

    Vaksin adalah mudah untuk diberikan tetapi ia sangat berkesan untuk melindungi kanak-kanak.

    Walaupun vaksin mempunyai kesan sampingan, ia boleh mendatangkan kebaikan lebih daripada keburukan.

    Tidak mendapatkan vaksin boleh mendatangkan risiko jangkitan yang serius terhadap anak anda.

    Meskipunautisme tidak mempunyai sebab utama, faktor risiko dan faktor yang berkemungkinan seperti masalah genetik dan masalah persekitaran boleh memainkan peranan penting.

    Doktor mengkaji maklumat ini untuk menentukan punca-punca dan rawatan yang sesuai kepada anak anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/04/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan