backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Ini 7 Golongan Berisiko Dapat Kanser Rahim, Termasuk Wanita Yang Tak Pernah Hamil, Hati-Hati!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 02/03/2022

    Ini 7 Golongan Berisiko Dapat Kanser Rahim, Termasuk Wanita Yang Tak Pernah Hamil, Hati-Hati!

    Kesedaran mendapatkan rawatan bagi penyakit kanser seperti kanser payudara dan kanser rahim mungkin agak tinggi di negara ini. Namun kebiasaannya, mereka yang datang mendapatkan rawatan mungkin sudah berada pada tahap yang sedikit lewat. Sebagai contoh, mungkin ada yang tidak menyedari tanda kanser rahim yang mereka sedang alami pada peringkat awal.

    Pesakit kanser rahim ini hadir ke hospital untuk melakukan pemeriksaan setelah simptom yang dialami biasanya tidak sembuh dalam tempoh yang panjang.

    Sebagai seorang wanita, adakah anda tahu apakah tanda kanser rahim dan faktor risiko yang menyebabkan anda mengalaminya?

    Ini yang kami sediakan untuk anda.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan kanser, anda boleh klik di sini.

    Mengenali kanser rahim

    Kanser rahim adalah sejenis kanser yang bermula pada bahagian dinding dalam rahim seorang wanita. Dinding dalam rahim ini disebut sebagai endometrium.

    Berdasarkan data daripada National Cancer Institute, dianggarkan setiap 3 daripada 100 orang wanita didiagnosis mempunyai kanser rahim ini. 

    Pada kebiasaannya, kanser rahim ini akan dikesan pada peringkat awal memandangkan ia biasanya akan menyebabkan pendarahan tidak normal pada faraj yang kerap berlaku. 

    Apakah tanda kanser rahim?

    tanda kanser rahim

    #1. Pendarahan faraj yang tidak normal, tompok darah atau keluarnya cairan lain

    Sekitar 90% daripada wanita yang mengalami kanser rahim mempunyai tanda kanser rahim yang satu ini iaitu pendarahan pada faraj yang tidak normal.

    Ia juga akan membuatkan haid menjadi tidak teratur, adanya pendarahan antara dua tempoh haid wanita, atau pendarahan setelah menopaus.

    Adakalanya, akan keluar lendiran atau cecair daripada faraj yang tidak mengandungi darah.

    Jika wujud keadaan seperti ini, ia juga mungkin satu tanda kanser rahim.

    Walaupun tiada darah yang keluar bersama cecair tersebut, ia tidak bermakna anda tidak mempunyai tanda kanser rahim. 

    Oleh sebab itu, sebarang lendiran, cecair, apatah lagi darah yang keluar secara tidak normal perlu diperiksa oleh doktor untuk memastikan ia adalah tanda kanser atau tidak.

    #2. Sakit pada bahagian pelvis, rasa mempunyai ketulan atau turun berat badan

    Antara tanda kanser rahim lain yang mungkin juga berlaku ialah kesakitan pada bahagian tulang pelvis, rasa seperti ada ketulan yang tidak normal atau hilang berat badan tanpa sebab yang jelas.

    Pada kebiasaannya, tanda kanser rahim ini akan muncul bagi pesakit kanser rahim yang berada pada tahap atau peringkat yang lebih lewat.

    Walau bagaimanapun, ia bukan alasan untuk pesakit kanser rahim ini mengabaikan tindakan untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

    Jika tidak, kanser ini akan menjadi semakin merebak dan parah.

    Apakah penyebab kepada terbentuknya kanser rahim?

    Doktor masih tidak mengetahui punca sebenar yang menyebabkan berlakunya kanser terhadap pesakit kanser rahim.

    Apa yang diketahui ialah terdapat sesuatu yang berlaku yang menyebabkan perubahan atau mutasi dalam DNA sel pada bahagian endometrium rahim. 

    Mutasi ini kemudiannya mengubah sel yang sihat menjadi sel yang tidak normal.

    Sel yang tidak normal ini kemudiannya akan menggandakan bilangannya tanpa kawalan. Ia kemudiannya akan menyebabkan ketulan tumor pada lapisan endometrium ini. 

    Apakah faktor risiko yang boleh menyebabkan berlakunya kanser rahim?

    tanda kanser rahim

    Terdapat beberapa faktor risiko yang boleh meningkatkan risiko seseorang wanita itu untuk mendapat kanser rahim. Antaranya ialah:

    #1. Ketidakseimbangan hormon wanita

    Ovari menghasilkan 2 jenis hormon wanita yang paling utama iaitu estrogen dan juga progesterone.

    Apabila berlakunya turun naik kedua-dua hormon ini dalam tubuh wanita, ia akan menyebabkan perubahan pada endometrium rahim.

    Sesetengah keadaan kesihatan yang menaikkan jumlah estrogen tetapi tidak menaikkan jumlah progesterone, maka tubuh anda akan mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser rahim.

    #2. Tanda kanser rahim: mempunyai tempoh haid yang lebih panjang

    Ia khusus bagi mereka yang mula datang haid sebelum berumur 12 tahun atau lewat mengalami menopaus.

    Tempoh haid yang lebih panjang seperti ini juga meningkatkan risiko seseorang wanita itu untuk mendapat kanser rahim.

    Semakin panjang tempoh haid yang dimiliki, maka semakin besar risikonya untuk mendapat kanser ini.

    #3. Tidak pernah hamil

    Sekiranya seseorang wanita itu tidak pernah hamil, maka dia akan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser ini berbanding wanita lain yang pernah hamil walaupun sekali seumur hidup.

    #4. Tanda kanser rahim: lanjut usia

    Semakin berusia seseorang wanita itu, maka semakin besar risiko mereka untuk mendapat kanser rahim. Kanser ini sering berlaku selepas fasa menopaus.

    #5. Obesiti atau berlebihan berat badan

    Jika seseorang wanita itu mempunyai berat badan yang berlebihan, maka dia juga berpotensi tinggi untuk mendapat kanser ini.

    Ini mungkin disebabkan oleh lemak badan yang berlebihan bertindak mengubah keseimbangan hormon dalam tubuh.

    #6. Terapi hormon untuk kanser payudara

    tanda kanser rahim

    Jika seseorang wanita itu ada mengambil ubat tamoxifen sebagai terapi hormon untuk merawat kanser payudara, ia juga boleh meningkatkan risiko dirinya untuk menjadi pesakit kanser rahim.

    Jika anda ada mengambil ubat jenis ini, berbincanglah dengan doktor anda mengenai kesan sampingan pengambilannya.

    #7. Mempunyai sindrom kanser kolon yang diwarisi

    Sindrom Lynch, atau juga disebut sebagai kanser kolorektal nonpolyposis keturunan (HNPCC), adalah sindrom yang boleh meningkatkan risiko seseorang wanita itu untuk mendapat kanser kolon dan juga kanser-kanser lain.

    Ini termasuklah juga kanser rahim.

    Sekiranya ada ahli keluarga anda yang pernah didiagnosis mempunyai sindrom Lynch ini, ada kemungkinan juga untuk anda mengalami kanser, termasuklah kanser rahim.

    Kesimpulan tanda kanser rahim

    Bagi pesakit kanser rahim, anda disarankan untuk pergi berjumpa doktor bagi melakukan pemeriksaan sekiranya anda mempunyai tanda kanser rahim seperti yang disebutkan di atas.

    Jika terdapat sebarang cecair berdarah mahupun tidak berdarah yang keluar secara tidak normal dari faraj anda, lakukan pemeriksaan dengan segera di hospital.

    Langkah ini bagi memastikan anda dapat dikesan pada peringkat awal jika anda mempunyai sebarang tanda kanser rahim.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 02/03/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan