Kemaluan Tiba-Tiba Bau Hanyir, Walaupun Sebelum Haid? Ini Mungkin Puncanya Anda WAJIB Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/05/2020 . 3 mins read

Jika pasangan anda mempunyai vagina (faraj) bau hanyir, itu bermakna mereka telah dijangkiti bakteria. Ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Vaginosis bakterialis dan populasi mikrobiota sebabkan faraj bau hanyir

Dalam mengekalkan persekitaran mikro yang sihat, vagina dipenuhi oleh mikrobiota khususnya bakteria daripada spesis Lactobacillus.

Populasi bakteria ini bertanggungjawab untuk mengeluarkan asid laktik bagi mengekalkan persekitaran mikro yang baik menerusi pengekalan pH berasid.

Namun, jika bakteria daripada spesis Gardnerella dan spesis bakteria anaerobic (bakteria yang tidak memerlukan oksigen untuk hidup) yang lain berjaya mewujudkan koloni pada permukaan vagina, ia akan mengganggu keseimbangan komposisi kimia

Perkara ini seterusnya boleh menyebabkan berlakunya masalah jangkitan yang dipanggil sebagai vaginosis bakterialis (BV).  

BV adalah satu penyakit yang kerap berlaku kepada wanita. Menurut pakar, 1 daripada 3 wanita akan menghadapi masalah berkaitan dengan BV.

Rawatan menggunakan antibiotik boleh menyebabkan penyakit ini bertambah teruk.

bau hanyir

Ini kerana, selain daripada membunuh bakteria yang berkait rapat dengan masalah BV, antibiotik juga bertindak ke atas perkembangan populasi mikrobiota pada permukaan vagina.

Perkara ini akan memudahkan populasi bakteria jahat untuk bertindak dan mewujudkan koloni bakteria perintang antibiotik (antibiotic resistant). 

BV adalah merupakan satu penyakit yang serius. Ia boleh menyebabkan pesakit menghadapi masalah berkaitan dengan perhubungan sosial dan dapat memberikan kesan negatif terhadap keyakinan diri.

Bayangkan anda mengeluarkan lendiran berwarna kelabu yang berbau hanyir (seperti bau ikan) daripada vagina anda sebelum melakukan hubungan seks.

Mereka yang mempunyai masalah ini kebiasaannya tidak menunjukkan sebarang simptom maka buat sesetengah individu, masalah BV ini sukar untuk dikesan lebih awal.

Gunakan cecair vagina wanita lain sebagai kaedah rawatan?

Penggunaan cecair vagina wanita yang sihat bukanlah kaedah yang sering diguna pakai dalam merawat penyakit BV tetapi ia merupakan kaedah yang telah terbukti berkesan melalui kajian oleh Pusat Perubatan Universiti Hadassah-Hebrew baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, saya ingin tekankan di sini bahawa kajian ini perlu diuji dengan menggunakan jumlah sampel (subjek kajian) yang lebih besar bagi memastikan keberkesanan kaedah rawatan buat majoriti populasi wanita yang menghidap BV.

Kajian ini melibatkan 5 orang wanita yang berusia di antara 27 ke 47 tahun. BV telah memberikan impak negatif terhadap kehidupan mereka dalam aspek hubungan sosial dan tahap keyakinan diri maka penting bagi mereka untuk mendapatkan rawatan definitif. 

3 orang wanita penderma cecair vagina yang tidak pernah mengalami masalah faraj bau hanyir dalam tempoh 5 tahun sebelum kajian ini bermula juga telah direkrut.

Cecair vagina penderma kemudiannya diletakkan di atas permukaan serviks pesakit tersebut melalui prosedur yang mengambil masa kurang daripada satu jam.

faraj

Mereka perlu menghadiri temu janji bersama dengan pengkaji setiap minggu. 

Jadi bagaimanakah caranya pengkaji menentukan sama ada kaedah rawatan ini berjaya atau tidak? Berikut merupakan kriteria bagi rawatan yang berjaya:

  • Populasi mikroorganisma majoriti adalah mikrobiota Lactobacillus
  • Simptom BV hilang selepas rawatan
  • Sistem pemarkahan Amsel yang rendah. Terdapat 4 kriteria dalam menentukan nilai pemarkahan Amsel iaitu pengeluaran cecair kelabu, nilai pH vagina melebihi 4.5, bau hanyir selepas penambahan bahan kimia hydroxide dan wujudnya clue cell apabila tisu vagina diperiksa di bawah mikroskop. Jika 3 daripada 4 kriteria adalah positif, maka pesakit mempunyai jangkitan BV

Dalam kalangan 5 wanita tersebut, 4 berjaya mencapai kesembuhan total dalam tempoh jangka masa panjang manakala 1 wanita lagi hanya mencapai separa kesembuhan.

Setakat ini, tiada kesan sampingan akibat daripada rawatan tersebut.

Konklusi

Walaupun ia bukan merupakan rawatan yang biasa diberikan buat pesakit yang alami masalah faraj bau hanyir, kaedah ini dapat merawat mereka yang tidak mencapai kesembuhan melalui rawatan antibiotik.

Kajian ini akan diteruskan oleh Universiti John Hopkins bagi menguji tahap keberkesanan rawatan terhadap jumlah subjek yang lebih besar. 

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Oppss! Badan Berbau Sebab Banyak Makan Bawang? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Percaya ataupun tidak, apa yang anda makan boleh mempengaruhi bau badan anda. Terutamanya jika anda makan bawang. Tapi, ini fakta atau auta?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 30/12/2019 . 4 minit bacaan

Mangsa Peperangan Mudah Terdedah Kepada Jangkitan Bakteria Rintang Antibiotik

kerintangan terhadap antibiotik ini menjadi lebih kompleks di kawasan-kawasan yang terlibat dengan peperangan seperti di negara-negara Timur Tengah

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Berita, Berita Antarabangsa 22/11/2019 . 2 minit bacaan

4 Daripada 10 Ribu Rakyat Malaysia Menghidap Skizofrenia! Hentikan Stigma Pada Mereka

Kajian menunjukkan kesan lebih baik pada pesakit yang alami penyakit mental skizofrenia yang tinggal di negara membangun berbanding dengan negara maju.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 17/11/2019 . 3 minit bacaan

Adakah Saya Perlu Menghabiskan Antibiotik Yang Diberikan?

Adakah anda perlu berhenti mengambil antibiotik yang diberikan atau menghabiskannya walaupun telah berasa sihat? Ikuti jawapannya disini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 13/11/2019 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

Ingin Cepat Sembuh Daripada Sakit Tekak? Ini Penawarnya

Ingin Cepat Sembuh Daripada Sakit Tekak? Ini Penawarnya

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 03/07/2020 . 8 minit bacaan
derma darah

9 Kriteria Derma Darah Di Malaysia, Mereka Yang Pernah Tinggal Di Eropah Tak Boleh Derma?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 26/06/2020 . 3 minit bacaan
ubat dilarang semasa hamil

PERHATIAN Mak Buyung! Jangan Makan 10 Ubat Ini, Bahaya Untuk Ibu & Kandungan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 10/06/2020 . 3 minit bacaan

Tak Sangka Kos Rawatan Kanser Paru-Paru Antara TERMAHAL, Termasuk 5 Penyakit Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 15/01/2020 . 4 minit bacaan