Haid Tidak Teratur Punca Pendek Usia

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/01/2020 . 4 mins read

Mengalami haid tidak teratur selalunya dikaitkan dengan masalah kesuburan. Tetapi bagaimana kalau masalah haid ini boleh menyebabkan jangka hayat anda lebih pendek berbanding individu lain?

Haid tidak teratur vs pendek usia

Dalam satu penyelidikan baru yang dijalankan, dipercayai individu wanita yang mempunyai kitaran haid berterusan berbeza dari normal, iaitu 28 hari, mungkin akan berdepan dengan risiko kematian awal.

Kajian dua dekad itu mendapati bahawa individu wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur atau kitaran haid yang lebih panjang akan mempunyai risiko kematian sebanyak satu pertiga lebih tinggi, berbanding individu wanita yang mempunyai kitaran haid normal atau biasa.

Kajian jangka panjang

Penyelidikan yang dilakukan dari Harvard Medical School di Boston dan Tongji Medical College di China, mendapati individu wanita yang secara konsisten mempunyai pola kitaran period yang tidak teratur atau period melebihi 32 hari cenderung untuk mengalami risiko kematian lebih awal. 

Ini kerana, terdapat beberapa keadaan perubatan yang dikaitkan dengan masalah pola kitaran yang tidak teratur ini. Antaranya seperti obesiti, diabetes tidak terkawal, sindrom ovarium polikistik (PCOS), tekanan dan masalah tiroid.

Penyelidikan yang bermula dari tahun 1991 hingga 2013 ini melibatkan hampir 94,000 responden wanita. Mereka yang terlibat akan memberikan laporan mengenai tempoh haid dan kekerapan mengalami haid. Pada permulaan kajian, tiada seorang responden pun dilaporkan mempunyai sejarah penyakit jantung atau saluran darah, kanser atau diabetes.

Menurut penyelidik ketika kajian dijalankan, hampir 1,700 individu wanita mati. Daripada jumlah kematian tersebut, lebih daripada 800 responden mati akibat kanser dan 166 responden mati disebabkan penyakit jantung atau saluran darah

Hasil analisis

Hasil daripada kajian menunjukkan individu wanita yang menyatakan kitaran haid mereka sentiasa tidak teratur (antara usia 14 hingga 17 tahun) adalah 21 peratus berkemungkinan untuk menghadapi risiko kematian. Punca kematian itu pula boleh disebabkan oleh sebarang punca masalah kesihatan sepanjang tempoh kajian berbanding wanita dengan tempoh haid yang teratur.

Di samping itu, individu wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur pada usia 18 hingga 22 tahun adalah 34 peratus berisiko untuk berdepan kematian yang didasari oleh sebarang keadaan kesihatan.

Penyelidik kajian menyatakan bahawa mereka melihat hubung kait yang sama bagi kitaran haid yang tidak teratur kepada individu wanita berusia 28 hingga 48 tahun, dengan peratusan risiko kematian awal lebih tinggi.

Manakala individu wanita dengan kitaran haid lebih lama, iaitu lebih daripada 32 hari, berdepan 25 peratus risiko kecenderungan kematian awal disebabkan sebarang punca semasa tempoh kajian dilakukan. Keadaan ini adalah berbeza berbanding individu wanita yang mempunyai kitaran haid normal antara 26 hingga 31 hari.

Keadaan kesihatan

Penyelidik cuba untuk mengawal data bagi mengambil kira faktor lain yang boleh mempengaruhi atau menjadi punca kepada risiko kematian awal, seperti indeks jisim badan (BMI), bangsa/ etnik, aktiviti fizikal dan faktor gaya hidup yang lain.

Walau bagaimanapun, kajian yang dilakukan ini tidak direka untuk membuktikan hubung kait antara punca dan kesan dengan kitaran haid tidak teratur atau tempoh haid yang panjang dan kematian awal. Ia hanya dilakukan untuk menunjukkan terdapat perkaitan antara faktor-faktor tersebut.

Apa kata pakar

Walau bagaimanapun, menurut pengerusi obstetrik dan ginekologi di Northwell Health’s Huntington Hospital, di New York, Dr Mitchell Kramer, hasil kajian ini tidak menyebabkan kejutan amaran kepada populasi individu dengan kitaran period yang tidak teratur.

“Keadaan ini kerana kaitan antara kedua-duanya, iaitu kitaran haid yang tidak teratur dan risiko kematian awal adalah tidak kuat. Malahan mungkin terdapat masalah perubatan lain yang mendasari keadaan tersebut,” ujar beliau yang tidak terlibat dalam kajian yang dijalankan itu.

Umumnya, berdasarkan U.S. Office on Women’s Health, kitaran haid normal akan berulang setiap 28 hari. Adakalanya perubahan dalam pola kitaran haid, bukanlah sesuatu yang sering berlaku. Keadaan haid tidak teratur ini selalunya dilalui oleh remaja perempuan dan individu wanita yang bakal mengalami menopaus.

Dr. Mitchell berkata, individu wanita yang mempunyai pola kitaran yang tidak teratur boleh memberikan tumpuan kepada mengamalkan gaya hidup yang sihat. Beliau mencadangkan diet pemakanan seimbang, melakukan senaman atau aktiviti fizikal dengan lebih kerap, menghindari tabiat merokok dan penjagaan kesihatan yang lebih baik.

Kaitan dengan masalah kesihatan

Bagi pengarah program untuk obstetrik dan ginekologi di Staten Island University Hospital, di New York City, Dr. Adi Davidov berkata hasil kajian itu boleh dipertimbangkan dan beliau ingin melihat lebih banyak kajian dilakukan untuk menentukan sama ada perubahan yang dilakukan untuk mengubah kitaran haid tidak teratur akan mengurangkan risiko kematian awal. Namun, beliau percaya terdapat faktor lain mendasari yang memungkinkan peningkatan risiko kematian awal. 

Dr. Adi menjelaskan bahawa pakar perubatan telah lama menyedari kebanyakan individu wanita yang cenderung mempunyai pola kitaran haid yang tidak teratur akan mengalami masalah kesihatan tertentu.

Keadaan ini sekali gus memberikan kesan buruk kepada tahap kesihatan mereka secara keseluruhan. Sebagai contoh, masalah berkaitan sindrom ovarium polikistik akan menyebabkan haid menjadi tidak teratur dan sering dikaitkan dengan masalah diabetes. 

Beliau mencadangkan agar pakar perubatan sakit puan untuk mengambil langkah-langkah tambahan bagi membantu memperbetulkan kitaran haid tidak teratur yang dialami oleh sesetengah individu wanita.

Langkah pencegahan 

Jika anda antara individu wanita yang mempunyai masalah kitaran period tidak teratur, berikut adalah beberapa langkah pencegahan yang boleh diamalkan, antaranya:

  • Mengurangkan risiko obesiti dengan mengamalkan diet pemakanan seimbang dan aktiviti senaman secara teratur
  • Individu wanita dengan masalah obes, digalakkan untuk mengurangkan berat badan kepada berat badan ideal
  • Cuba untuk mengurangkan tekanan yang dialami dengan mengikuti program-program relaksasi, keagamaan atau berjumpa dengan pakar kaunseling atau terapi bagi mendapatkan nasihat dan rawatan
  • Jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan kronik, seperti kencing manis, penyakit jantung atau darah tinggi, pastikan anda mendapatkan rawatan pakar secara berkala
  • Anda dinasihatkan untuk menjauhi sebarang hubungan seks bebas, bertukar-tukar pasangan seks dan menghindari seks di luar tabii 

Kesimpulan

Walaupun haid tidak teratur tidak boleh dibuktikan menjadi punca kematian awal, namun ia tidak bermakna anda boleh memandang remeh isu ini. Sudah tentu penjagaan kesihatan keseluruhan yang lebih baik adalah amat digalakkan bagi mengelakkan sebarang risiko penyakit. Pastikan anda mendapatkan bantuan pakar sakit puan untuk mengatasi masalah ini.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Basuh Dulu Tuala Wanita Sebelum Buang, Perlu Ke? Ini 7 Tip Jaga Faraj Semasa Haid

    Kita selalu disogok membasuh tuala wanita 1 keperluan atau perkara tidak elok akan berlaku, tetapi betul ke? Ini cara penjagaan kebersihan ketika haid.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 27/05/2020 . 3 minit bacaan

    Pil Perancang Keluarga Bukan Untuk Elak Kehamilan Saja, Tapi Ini 7 Kebaikannya Yang Lain!

    Bagaimana boleh sebegitu? Bukankah pil perancang keluarga atau pil perancang kehamilan hanya digunakan untuk mencegah seseorang wanita daripada hamil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 12/05/2020 . 3 minit bacaan

    Ini 7 Golongan Berisiko Dapat Kanser Rahim- Termasuk Wanita Yang Tak Pernah Hamil, Jaga-jaga!

    Tahukah anda, ada 7 golongan berisiko untuk mendapat kanser rahim. Adakah tanda kanser rahim jelas untuk pesakit kanser rahim ini? Boleh kesan lebih awal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 08/05/2020 . 4 minit bacaan

    Kenapa Waktu Period Saya Boleh Sama Dengan BFF? Ini Kebetulan Atau Terbukti Saintifik?

    Kita biasa dengar wanita hamil bersama jika mereka berkawan rapat tetapi bagaimana pula kedatangan haid? Adakah boleh untuk terjadi tempoh menstruasi sama?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 07/05/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    makanan ketika haid

    7 Makanan Sesuai Diambil Wanita Sedang Datang Bulan, No 3 PALING Ramai Perempuan Suka!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 22/06/2020 . 3 minit bacaan
    makan banyak

    Makan Tak Ingat Dunia? Ini Mesti Tanda Nak Period, Ada 5 Cara Mudah Untuk Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 19/06/2020 . 3 minit bacaan
    atasi-tiub-fallopio-tersumbat-cara-semula-jadi

    Hah! Ada Kaedah Natural Atasi Masalah Tiub Fallopio Tersumbat? Berhasil Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 11/06/2020 . 3 minit bacaan
    tanda-ovulasi-sedang-terjadi

    Normal Ke Jika Sering Sakit Perut Tiap Kali Waktu Subur? Atau Ini Petanda BAHAYA?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/06/2020 . 3 minit bacaan