backup og meta

Ada 6 Macam Bau Faraj, Jangan Tak Percaya, Miss V Normal Ada Yang Berbau Tapai!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 16/01/2024

    Ada 6 Macam Bau Faraj, Jangan Tak Percaya, Miss V Normal Ada Yang Berbau Tapai!

    Apabila berbicara soal kemaluan atau alat sulit, ia adalah antara salah satu persoalan yang agak jarang dibincangkan. Apatah lagi berkenaan faraj seperti bau faraj wanita atau bau miss v yang normal.

    Namun, mahu atau tidak, perkara ini perlu juga dibincangkan untuk mengelakkan sebarang masalah yang lebih serius berlaku pada masa hadapan.

    Jadi, apakah bau miss v yang normal?

    Bolehkah bau faraj berubah-ubah?

    Ramai yang bertanya, adakah bau kemaluan yang dimiliki mereka ini adalah satu bau yang normal atau sebaliknya.

    Jika normal, bagaimanakah baunya? 

    Sebelum itu, ketahui dahulu apakah keadaan sebenar faraj anda.

    Faraj mempunyai berbilion bakteria yang tinggal di dalamnya dan bakteria ini mungkin bertukar-tukar setiap hari bahkan setiap jam tanpa anda ketahui.

    Perubahan bakteria ini bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan kerana ia adalah normal.

    Oleh sebab itu, kesannya menyebabkan bau kemaluan wanita juga berubah-ubah mengikut keadaan.

    Ada masanya bau vagina berubah disebabkan oleh kitaran haid, rutin kebersihan diri atau ia memang bau normal faraj anda yang tersendiri. 

    Apakah antara bau miss V yang normal?

    Berikut adalah 6 jenis bau miss V yang normal yang mungkin anda pernah alami:

    #1. Bau seperti sesuatu yang masam atau ditapai

    bau miss v yang normal
    Dadih mempunyai bau yang agak masam.

    Pada kebiasaannya, faraj wanita menghasilkan bau yang sedikit masam atau agak tajam. Ada yang mengatakan baunya seolah-olah bau makanan yang ditapai atau dijeruk.

    Mengapa sedemikian? Ini kerana bakteria yang sama yang berada dalam yogurt iaitu Lactobacilli turut berada di dalam faraj wanita. 

    Sebab bau faraj seperti ini ialah faktor keasidan. Nilai pH bagi faraj yang normal semestinya sedikit berasid iaitu antara 3.8 hingga 4.5.

    Bakteria Lactobacilli yang menyebabkan faraj menjadi sedikit berasid. 

    #2. Bau miss v yang normal seperti duit syiling atau tembaga

    Ada juga wanita yang mempunyai bau faraj seperti bau duit syiling. Ia mempunyai bau seperti besi atau tembaga.

    Jangan risau kerana ia juga adalah jenis bau vagina normal.

    Namun, adakalanya ia menandakan satu masalah yang serius tetapi amat jarang sekali berlaku.

    Sebab bau kemaluan seperti ini ialah faktor darah dan juga aktiviti seks. Darah mempunyai kandungan besi yang menyebabkannya berbau seperti ini.

    Apabila seseorang wanita datang haid, maka faraj mereka akan mempunyai bau seperti tembaga. 

    Selain itu, ia juga mungkin berpunca daripada sedikit pendarahan yang berlaku selepas melakukan hubungan seks.

    Ini biasanya disebabkan oleh keadaan faraj yang kering atau seks secara kasar yang menyebabkan calar atau luka kecil. 

    #3. Bau seperti sesuatu yang manis atau gula molase

    bau miss v yang normal
    Punca-punca bau faraj yang berbeza.

    Bau manis ini adalah seperti bau gula molase namun ia juga bukanlah satu perkara yang perlu diresahkan. Ia adalah bau miss V yang normal. 

    Sebab bau kemaluan wanita seperti ini ialah faktor bakteria.

    Seperti yang diterangkan sebelum ini, bakteria yang berada pada faraj wanita boleh bertukar ganti lalu menyebabkan bau yang berbeza-beza.

    Disebabkan oleh perubahan ekosistem bakteria ini, ada kalanya faraj wanita akan berbau agak masam dan adakalanya berbau manis.

    #4. Berbau bahan kimia atau bahan peluntur juga bau miss v yang normal?

    Bau kemaluan seperti ini agak sama dengan bau bahan peluntur atau ammonia.

    Ia juga adalah bau faraj yang normal, namun dalam beberapa keadaan, ia juga mungkin menunjukkan satu keadaan yang tidak normal pada faraj anda. 

    Sebab bau vagina seperti ini ialah faktor air kencing dan juga vaginosis bakteria. Air kencing mempunyai sisa ammonia yang disebut urea.

    Apabila terdapat rembesan air kencing pada seluar dalam atau di sekitar bahagian luar faraj, ia boleh menyebabkan bau seperti ini.

    Ia juga mungkin petanda berlakunya vaginosis bakteria. Ia adalah satu keadaan penyakit pada faraj di mana bakteria membiak dengan banyak tanpa kawalan.

    Antara simptomnya ialah keluarnya cairan yang berbau hanyir seperti ikan.

    #5. Miss v bau hanyir seperti ikan

    bau miss v yang normal
    Miss v berbau seperti ikan?

    Mungkin anda pernah mendengar berkenaan bau kemaluan seperti bau hanyir ikan atau ikan masin. Ia bukanlah berbau seperti ikan segar, tetapi lebih kepada ikan yang sudah busuk.

    Puncanya adalah disebabkan oleh trimethylamine, iaitu sejenis sebatian kimia yang menyebabkan bau ikan busuk berlaku pada faraj wanita. 

    Sebab bau faraj seperti ini adalah disebabkan oleh vaginosis bakteria dan juga trichomoniasis.

    Seperti yang dinyatakan sebelum ini, bau seperti ikan busuk ini berpunca daripada berlakunya vaginosis bakteria.

    Ia disebabkan oleh pembiakan bakteria anaerobik tanpa kawalan pada faraj wanita.

    Selain itu, ia juga mungkin disebabkan oleh trichomoniasis. Ia adalah sejenis jangkitan kelamin yang boleh dirawat melalui ubat antibiotik.

    Trichomoniasis juga boleh menyebabkan faraj wanita berbau seperti ikan busuk. 

    #6. Berbau busuk seperti bau bangkai yang mereput

    Ia mungkin kedengaran agak melampau namun itulah gambaran yang boleh diberikan bagi bau seperti ini.

    Jika faraj anda mempunyai bau seperti ini, ia sebenarnya bukanlah bau sebenar faraj anda, tetapi bau daripada sesuatu yang ada di dalam faraj anda.

    Sebab jenis bau miss v seperti ini ialah tampon yang lupa untuk dikeluarkan. Adakalanya, wanita yang menggunakan tampon lupa untuk mengeluarkannya semula daripada faraj.

    Apabila tampon ini lupa untuk dikeluarkan, tidak hairanlah jika faraj anda akan berbau busuk seperti bangkai. Ini disebabkan oleh darah haid yang terkumpul pada tampon tersebut.

    Kesimpulan

    Jika anda mempunyai bau kemaluan seperti di atas ini, jangan risau kerana ia adalah bau miss V yang normal.

    Namun, dalam beberapa keadaan, ia juga mungkin menandakan sesuatu yang tidak normal sedang berlaku pada faraj anda.

    Jika anda mempunyai simptom seperti kegatalan atau rasa terbakar, sakit, kesakitan ketika melakukan hubungan seks, keluar cecair yang tidak normal atau pendarahan selain darah haid, maka berjumpalah doktor dengan kadar segera.

    Jangan bergantung kepada bau kemaluan semata-mata kerana mungkin ada masalah lain yang sedang berlaku. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 16/01/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan