Posisi Seks Yang Suami Isteri Perlu Cuba!

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Posisi seks sebenarnya adalah sesuatu yang perlu diraikan dan dibincangkan secara terbuka. Jika kita singkirkan perasaan malu atau takut untuk mengutarakan pendapat mengenai perkara ini, ia sebenarnya adalah satu ilmu yang sangat luas.  

Menurut sebuah kitab panduan kuno dari India iaitu Kama Sutra yang bermaksud keinginan, hasrat, cinta atau nafsu, seks adalah sesuatu perkara indah dan perlu dilakukan dengan sempurna oleh pasangan suami dan isteri.

Kama Sutra, adalah sebuah teks india silam yang boleh dijadikan sebagai piawaian bagi karya mengenai cinta dan hubungan seks. Karya yang dianggap sebagai kesusasteraan Sanskrit ini membicarakan mengenai kelakuan seks manusia.

Di dalamnya, penuh dan padat dengan posisi seks yang boleh dilakukan oleh manusia. Untuk mengetahui mengenai posisi seks yang boleh anda dan pasangan anda cuba, ikuti artikel ini dengan lebih lanjut.

Apa itu hubungan seks?

Sebelum artikel ini mengupas lebih lanjut mengenai posisi seks, kita perlu tahu terlebih dahulu mengenai hubungan seks secara umumnya.

Hubungan seks atau jimak adalah satu perbuatan yang melibatkan dua individu berlainan jantina “bersatu” untuk tujuan persetubuhan dan persenyawaan. Ia dilakukan dengan memasukkan dan menggeselkan alat kelamin lelaki iaitu zakar ke dalam alat kelamin wanita iaitu faraj sehingga mengeluarkan air mani. Proses yang dinamakan proses penetrasi ini sangat penting dilakukan bagi memenuhi keinginan dan keperluan seksual serta memanjangkan keturunan individu untuk menyambung generasi agar tidak terputus.

Hubungan seks kerap dikaitkan dengan perasaan cinta. Perasaan ini kemudiannya akan menimbulkan nafsu syahwat terhadap pasangan yang berlainan jantina dan seterusnya membawa kepada persetujuan untuk melakukan jimak. Ia selalunya bermula dengan kucupan, belaian dan sentuhan intim atau “ringan-ringan” untuk tujuan memanaskan badan sebelum “beraksi”. Hubungan seks ini pula akan berakhir dengan pengeluaran air mani yang menunjukkan anda dan pasangan sudah mencapai klimaks.

Meskipun hubungan seks sering sahaja akan dikaitkan dengan proses penetrasi, sebenarnya jimak boleh dilakukan dengan pelbagai variasi. Anda dan pasangan mungkin boleh  mempelbagaikan hubungan seks terutamanya dari aspek posisi. Sebenarnya, terdapat banyak posisi seks yang kadangkala kita sendiri tidak pernah tahu. Anda mungkin boleh mencubanya bergantung kepada keinginan dan keperluan pasangan anda. Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui mengenai posisi seks yang suami isteri perlu cuba.

Jenis hubungan seks

Sebelum itu, kita perlu tahu sebenarnya hubungan seks juga terdapat pelbagai jenis yang tersendiri. Disebabkan oleh citarasa manusia pasti berbeza antara satu sama lain, oleh itu apa kata anda jadikan jenis-jenis hubungan seks ini sebagai panduan untuk anda dan pasangan ketika melakukan jimak? Ia pasti akan membantu pasangan suami isteri untuk mengetahui atau memenuhi keinginan dan keperluan seksual pasangan masing-masing. Menurut laman sesawang kesihatan lelaki glamlelaki.my, terdapat 5 jenis hubungan seks, iaitu:

Seks Ghairah

Seks ghairah dianggap sebagai hubungan seks yang paling biasa dilakukan oleh pasangan suami isteri. Ia juga selalunya dilakukan oleh pasangan yang baru berkahwin atau pasangan yang sudah lama tidak melakukan jimak. Namun, ia merupakan jenis hubungan seks yang sangat bergantung kepada perasaan cinta individu terhadap pasangannya. Jenis seks ini dilakukan oleh suami isteri dengan sangat intim dan mereka akan berlumba-lumba sesama sendiri untuk memuaskan nafsu masing-masing.

Seks Humor

Sesuai dengan namanya, seks humor adalah hubungan seks yang dilakukan dengan menyertakan unsur lucu atau jenaka. Ia pasti akan mendatangkan senyum, gelak dan ketawa yang berpanjangan semasa melakukan jimak. Kebanyakan suami isteri yang melakukan jenis seks ini sudah pasti merupakan pasangan yang sudah lama mengenali hati budi masing-masing dan mungkin bermula sebagai sahabat satu ketika dahulu. Tujuan jenis seks ini dilakukan adalah untuk mengelakkan rasa risau, cemas dan takut ketika melakukan jimak.

Seks Spiritual

Hubungan seks seringkali dikaitkan dengan nafsu syahwat semata-mata. Namun begitu, terdapat juga jenis jimak yang lebih mementingkan aspek spiritual manusia. Untuk melakukan hubungan seks jenis ini, ia memerlukan rasa cinta dan kepercayaan yang sangat kuat daripada pasangan masing-masing. Ia akan dilakukan dengan pasangan saling menghormati kemahuan dan keperluan seks masing-masing. Jenis seks ini adalah lebih tenang dan nyaman kerana ia dilakukan dengan tidak meletakkan harapan dan bebanan yang terlalu berlebihan.

Seks Kilat

Kadangkala, faktor masa dan kerjaya akan menjejaskan kehidupan seks individu dengan pasangan yang sudah pasti akan mengehadkan masa untuk “bersama’’ melakukan jimak. Oleh itu, apakah yang boleh dilakukan? Pasangan suami isteri mungkin boleh cuba melakukan seks kilat. Sesuai dengan namanya, ia dilakukan dengan sepantas kilat. Jenis seks ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan mana-mana tempat sahaja asalkan ia cepat. Misalnya, seks oral di rumah sebelum ke pejabat tidak akan mengambil masa yang lama, bukan?

Seks Fantasi

Buat pasangan suami isteri yang mempunyai daya kreativiti dan imaginasi yang tinggi, seks fantasi amat sesuai untuk dilakukan bersama. Ini kerana seks fantasi memerlukan individu yang kuat bahagian otak kanannya. Sebenarnya, jimak dengan menambah unsur fantasi adalah sangat menarik dan kadangkala perlu dilakukan untuk mengelakkan kebosanan. Caranya, hanya nyatakan sahaja kepada pasangan tentang seks yang sudah sekian lama diangankan dan pujuk pasangan untuk mencubanya bersama-sama.

Posisi hubungan seks

Pernahkah anda dan pasangan kadangkala berasa bosan dengan hubungan seks yang selama ini dilakukan bersama pasangan dan mahukan variasi? Caranya, mudah sahaja. Pasangan suami isteri sebenarnya boleh cuba menggunakan posisi seks yang pelbagai ketika melakukan jimak. Terdapat banyak posisi yang anda dan pasangan boleh guna yang kadangkala anda sendiri tidak pernah tahu kewujudannya. Oleh itu, berbincanglah bersama pasangan anda akan posisi yang anda ingin cuba dan lakukannya seusai masing-masing bersetuju.

Selain posisi seks yang sangat biasa dan membosankan seperti posisi missionary atau doggy style, terdapat banyak lagi posisi yang sebenarnya boleh digunakan oleh suami isteri. Berikut adalah posisi yang anda dan pasangan boleh cuba untuk menghilangkan kebosanan serta menggalakkan variasi ketika melakukan hubungan seks:

#1. Isteri di atas

Sudah lumrah lelaki, mereka sangat gemar melihat pasangan wanita melakukan “pekerjaan” untuk mereka. Posisi seks ini sangat menarik untuk dilakukan kerana ia bukan sahaja membolehkan isteri mengawal rentak dan ritma hubungan jimak, malahan suami juga sangat bebas untuk menyentuh, memegang dan merangsang pasangan yang sedang berada di atasnya. Semakin isteri terangsang, sudah pasti akan buat suami lebih geram, bukan?

#2. Bunga teratai

Posisi seks ini adalah lebih kurang sama sahaja dengan posisi wanita di atas. Bezanya, ia memerlukan suami untuk duduk tegak berbanding baring menelentang. Jadi, ia akan memberi ruang untuk isteri duduk di atas suami sambil berpelukan. Ia boleh dilakukan di atas katil atau di mana-mana tempat yang boleh suami bersandar padanya. Sambil berpelukan, suami isteri juga boleh berkucupan sekali gus menghangatkan lagi hubungan intim.

#3. Side by side

Posisi ini dilakukan dengan suami dan wanita berbaring bersama-sama sambil kedua-duanya menghadap antara satu sama lain. Dengan melakukan posisi yang sangat romantikini, anda dan pasangan boleh melihat wajah masing-masing sambil menatap mata dan mencium bibirnya dengan lembut dan perlahan-lahan. Anda juga boleh memuji pasangan anda secara berdepan begini dan katakan padanya bahawa hanya dia yang mampu membuat anda rasa “hebat”.

#4. Berdiri

Walaupun posisi seks ini agak sukar untuk dilakukan ketika jimak, namun ia masih perlu dicuba oleh anda dan pasangan. Bagi memudahkan proses penetrasi, apa kata anda bersandar dan mengangkat kaki dari depan dan biarkan suami anda anda mendayung. Selain itu, anda juga boleh membongkok ke hadapan sambil memegang dinding dan biarkan suami mendayung dari arah belakang seakan posisi doggy style.

#5. Spooning

Ketika anda sedang berasa agak malas dan inginkan jimak yang intim serta santai, anda dan pasangan boleh cuba posisi seks ini. Ia hanya memerlukan suami berbaring di belakang isteri sambil memeluknya. Ketika ini juga, suami boleh mula mendayung perlahan-lahan sambil menyentuh seluruh tubuh badan isteri untuk merangsangnya, terutamanya klitoris. Sekali-sekala, cuba pusingkan kepala dan cium pasangan ketika “beraksi”.

#6. Reverse cowgirl

Posisi seks ini merupakan gabungan beberapa posisi yang lain seperti isteri di atas dengan doggy style. Bezanya, posisi ini akan memberikan “kuasa” yang lebih kepada isteri. Walaupun tiada “eye-contact” posisi sebegini masih mampu memberikan sensasi seks yang hangat dan romantik. Suami juga boleh menggunakan tangan mereka yang bebas untuk menyentuh dan merangsang tubuh badan isteri terutamanya pada bahagian payudaranya.

#7. Roti pretzel

Posisi seks ini sebenarnya adalah mudah tetapi seronok untuk dilakukan. Caranya, suami hanya perlu berbaring di atas badan isteri seperti posisi missionary dan isteri hanya perlu angkat salah satu kakinya sambil suami mendayung pula, peluk badan suami dengan seeratnya bagi memastikan zakar masuk ke faraj lebih dalam lagi ketika melakukan jimak.

#8. The cross

Jika anda dan pasangan merupakan pasangan suami isteri yang berani mencuba dan tidak takut akan perubahan, anda boleh cuba posisi ini ketika melakukan jimak. Posisi seks yang tampak unik ini memerlukan suami berbaring secara mengiring dan isteri pula berbaring sambil kedua kakinya diletakkan di atas punggung atau pinggang suami. Rumit bukan?

#9. Leper

Ini pula merupakan posisi yang sangat kompleks. Ia mungkin kelihatan seperti posisi doggy style yang digabungkan dengan posisi missionary namun juga kelihatan seperti posisi spooning. Uniknya, posisi ini akan membuatkan anda dan pasangan kelihatan sangat leper seperti pakaian selepas diseterika. Ia akan memberi sensasi yang sangat hebat serta memberi bayangan atau gambaran “kuasa” yang penuh kepada suami

#10. Butterfly

Posisi ini dikatakan sangat sesuai untuk suami yang mempunyai zakar pendek. Caranya, isteri boleh berbaring dengan selesa sambil mengangkat dan membuka kakinya seluas yang mungkin. Kemudian, suami boleh memasukkan zakar dan melakukan “aksi” dayungan. Untuk lebih puas, isteri boleh mengangkat sedikit punggung ke atas dan rasakan perbezaannya.

#11. Silang X

Ia adalah hampir sama saja dengan posisi missionary atau butterfly. Bezanya, posisi ini memerlukan kaki isteri untuk disilangkan ke atas dan membentuk seperti huruf “X”. Suami boleh memasukkan zakar dan melakukan aksi dayungan seperti biasa sambil memegang kaki isteri untuk memastikannya masih berada dalam kedudukan bersilang.

#12. Legs up

Jika anda dan pasangan seorang yang sangat gemarkan cabaran, anda boleh cuba lakukan posisi seks ini ketika melakukan jimak. Ia perlu dilakukan dengan isteri mengangkat kaki mereka terus tanpa menyentuh apa-apa. Ia bermakna posisi ini benar-benar memerlukan tenaga suami yang kuat untuk mengangkat isteri. Uniknya posisi ini adalah isteri boleh melepaskan kaki seolah-olah sedang “melayang” kerana terlalu asyik melakukan seks.

Berapa kerap anda dan pasangan perlu melakukan hubungan seks?

Selain daripada posisi seks, waktu dan masa memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan tahap kesihatan dan kehidupan seks anda dan pasangan. Sebenarnya, hubungan seks tidak perlu dilakukan secara kerap atau setiap hari kerana ia bukanlah merupakan satu pilihan yang bijak.

Menurut sebuah kajian yang dijalankan di Dalhousie University di Kanada, pasangan suami dan isteri boleh jadi tertekan kerana ingin cuba melakukan seks sekerap yang mungkin. Seorang penyelidik PhD dari universiti tersebut iaitu Amy Muise, seminggu sekali adalah matlamat yang paling realistik untuk ditetapkan.

Menurut beliau lagi, kualiti hubungan seks adalah satu satu indikator yang paling besar kebahagiaan pasangan suami dan isteri secara keseluruhannya. Kedua-dua perkara ini adalah sama sekali berkait rapat. Pun begitu, ia masih lagi tidak jelas sama ada seks akan meningkatkan kebahagiaan atau kebahagiaan meningkatkan seks. Beliau menyimpulkan bahawa kedua-dua ini adalah benar.

Menurut ahli terapi seks yang berpangkalan di Berlin iaitu Vanessa Marin, salah satu cara yang terbaik untuk menentukan waktu dan masa melakukan hubungan seks adalah menerusi perbualan dengan pasangan. Ini kerana setiap individu adalah tidak sama dan kemahuan serta keperluan seks mereka juga turut berbeza.

Pun begitu, berbincanglah dengan elok dan harmoni tanpa melibatkan sebarang paksaan atau tolakan yang teruk untuk melakukan hubungan seks dengan posisi seks yang dikehendaki oleh satu pihak pasangan. Menurut George Loewenstein yang merupakan seorang profesor ekonomi dan psikologi di Carnegie Mellon University, apabila anda diberitahu untuk melakukan sesuatu, ia sentiasa akan menjadikannya kurang menyeronokkan.

Seks dan agama

Sebagai pasangan suami isteri yang beragama Islam pula, kita perlu ingat bahawa kelakuan seks perlu diperbaiki mengikut hukum hakam agama seperti membaca doa, mandi junub dan sebagainya. Begitu juga halnya dengan posisi seks.

Terdapat beberapa posisi seks yang anda dan pasangan tidak dibenarkan untuk lakukan. Antara yang paling penting, suami tidak boleh atau haram hukumnya memasukkan zakar ke dalam lubang dubur isteri. Selain itu, ada pendapat yang mengatakan bahawa ketika melakukan hubungan seks, suami perlu “mengetuai” dan suami perlu sentiasa berada di atas wanita. Pun begitu, ia masih tidak dapat diputuskan kerana berbeza pendapat antara para-para ahli agama.

Anda dan pasangan perlu tahu bahawa tidak semua posisi boleh digunapakai kerana haram atau makhruh bergantung kepada beberapa perkara. Sebaiknya, belajar lebih ilmu seks dalam agama untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut.

Posisi seks adalah kunci kepada hubungan seks yang bahagia

Konklusinya, hubungan seks adalah satu perkara yang perlu dilakukan oleh pasangan suami isteri untuk menghangatkan dan memarakkan lagi api hubungan mereka. Untuk mencapai tujuan itu, variasi dalam seks perlu dilakukan dan posisi seks yang pelbagai adalah kunci kepada hubungan seks yang bahagia. Pelbagai posisi seks boleh dipelajari, dicuba dan dibuat oleh anda bersama pasangan bagi mendapatkan kepuasan seksual yang maksimum. Ini sekali gus akan menjamin kesihatan dan kehidupan seks anda dan pasangan yang lebih bahagia.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut