Sah! TIADA Bukti Kukuh Bekam Mampu Beri Kesan Untuk Merawat Sebarang Penyakit

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 2 mins read

Terapi bekam adalah kaedah rawatan purba yang telah digunakan dalam rawatan pelbagai jenis keadaan.

Terdapat banyak jenis terapi bekam, walau bagaimanapun, dua jenis yang utama adalah bekam kering dan basah.

Terapi bekam kering menarik kulit ke dalam cawan tanpa pencalaran, manakala terapi bekam basah kulit dilukakan sehingga darah ditarik ke dalam cawan.

Terdapat dua pendekatan untuk memahami mekanisme bekam, iaitu:

  1. Dari perspektif Perubatan Tradisional Cina, bekam dipercayai mengawal aliran chi dan keseimbangan yin dan yang. Persamaan dengan akupunktur.
  2. Dari perspektif perubatan barat, bekam dipercayai memberi tekanan fizikal yang merangsang refleks neural dan tindak balas endokrin. 

Tiada bukti kukuh keberkesanannya

Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Laporan Penilaian Teknologi berkenaan bekam pada tahun 2012 menyatakan tiada bukti kukuh keberkesanannya atas penyakit termasuk herpes zoster (cacar), facial paralysis (strok muka), back pain (sakit belakang) dan spondalysis (sakit tulang belakang).

Selain itu katanya, penyakit lain juga termasuk cerebrovascular accident (strok), hypertension (hipertensi), fibromyalgia (penyakit saraf), bronchitis (radang pada kerongkong), asthma (asma) dan sakit kepala.

Beliau berkata, bagaimanapun kementerian akan meneruskan kajian dan menghasilkan satu Laporan Teknologi Kesihatan berkenaan Wet Cupping Diabetes and Cardiovascular Disease yang akan meneliti bukti saintifik berkaitan keberkesanan bekam basah bagi kedua-dua indikasi berkenaan dalam masa terdekat.

Menurutnya, pengenalan perkhidmatan bekam di fasiliti kesihatan kerajaan boleh dipertimbangkan. Ia boleh dibuat berdasarkan laporan penilaian teknologi berkenaan dan situasi semasa.

Beliau menjawab soalan Dr Azman Ismail (PH-Kuala Kedah) yang mahu tahu sama ada kementerian berhasrat menggunakan kaedah bekam di hospital kerajaan bagi menangani penyakit kronik dan dapat mengurangkan kos rawatan pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tak Sangka Kos Rawatan Kanser Paru-Paru Antara TERMAHAL, Termasuk 5 Penyakit Ini!

    Bukan semua penyakit boleh dirawat dengan harga RM1 di hospital milik kerajaan. Malah, terdapat penyakit yang memerlukan kos perubatan ribuan ringgit!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 15/01/2020 . 4 mins read

    Kedah Negeri Yang TINGGI Populasi Diabetes?

    Penting sangat ke kita nak tau Kedah sebagai negeri diabetes? Apa yang pihak berkuasa boleh lakukan berdasarkan kepada maklumat tersebut?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Diabetes 19/11/2019 . 3 mins read

    Rawatan Herba Jejaskan Keberkesanan Rawatan Kanser Payudara

    Rawatan herba sering menjadi pilihan individu terutamanya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar. Tetapi bagaimana dari aspek keberkesanannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Berita, Berita Antarabangsa 18/11/2019 . 2 mins read

    Umur Panjang Jika Selalu Senyum? Apa Kaitannya?

    Tahukah anda bahawa mereka yang selalu senyum mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mencapai kelanjutan usia?Teruskan membaca di Hello Doktor Malaysia.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 04/11/2019 . 2 mins read

    Artikel lain untuk anda

    tradisi melayu

    Makan Guna Tangan Baik Untuk Kesihatan? Ada Lagi 4 Tradisi Melayu Bagus Diamalkan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 05/05/2020 . 3 mins read
    kesan penyakit psoriasis

    AWAS, Ini 5 Penyakit Kronik Berisiko Tinggi Terjadi Akibat Psoriasis Yang Tidak Dirawat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 15/04/2020 . 3 mins read
    kurang tidur

    PERHATIAN! Masalah Kurang Tidur Boleh Membunuh!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/03/2020 . 4 mins read
    jangkitan pneumonia

    AWAS! Ini Sebab Mengapa Jangkitan Pneumonia BAHAYA Untuk Orang Tua

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 11/02/2020 . 4 mins read