Perokok Pasif dan Risiko Tekanan Darah Tinggi

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Sekiranya ruang bilik atau kereta dalam keadaan berasap dengan asap rokok, jauhkan diri anda sehinggalah ia bersih daripada sebarang kehadiran asap. Ini adalah antara intipati utama hasil penyelidikan yang dibentangkan di EuroHeartCare 2019, kongres saintifik yang dianjurkan oleh European Society of Cardiology (ESC).

Menurut sepertimana yang diperkatakan oleh penulis kajian Profesor Byung Jin Kim, dari Sungkyunkwan University, Seoul, Republik Korea, elakkan pendedahan kepada asap rokok tanpa mengira sama ada perokok masih berada di dalam bilik tersebut ataupun tidak. Penyelidikan yang dilakukan oleh pasukan beliau dalam kalangan bukan perokok telah menunjukkan bahawa risiko tekanan darah tinggi (hipertensi) adalah lebih tinggi dengan jangka panjang bagi perokok pasif – walaupun dengan jumlah yang paling rendah, ia tetap berbahaya.

Perokok pasif di rumah atau di tempat kerja dikaitkan dengan peningkatan risiko hipertensi sebanyak 13%. Hidup dengan perokok selepas umur 20 tahun dikaitkan dengan risiko sebanyak 15% yang lebih besar. Pendedahan kepada perokok pasif selama sepuluh tahun atau lebih adalah berkaitan dengan peningkatan risiko hipertensi sebanyak 17%. Kedua-dua golongan lelaki dan perempuan sama-sama terkesan dengan pengaruh ini.

Peserta dengan tekanan darah tinggi mungkin lebih terdedah kepada asap rokok di rumah atau bekerja (27.9%) daripada mereka yang mempunyai tekanan darah biasa (22.6%). Hipertensi adalah lebih tinggi pada orang yang terdedah kepada asap pasif di rumah atau bekerja (7.2%) berbanding dengan tiada pendedahan (5.5%).

Perokok pasif dan tekanan darah tinggi

Tekanan darah tinggi adalah punca global utama bagi kematian awal, yang menyumbang hampir kepada sepuluh juta kematian pada tahun 2015, dan mereka yang terjejas dinasihatkan untuk berhenti merokok. Penyelidikan sebelumnya telah mencadangkan hubungan antara perokok pasif dan tekanan darah tinggi dalam kalangan bukan perokok. Tetapi kebanyakan penyelidikan adalah berskala kecil, terhad kepada wanita, dan menggunakan soal selidik yang dilaporkan sendiri di mana responden biasanya melaporkan bahawa mereka tidak merokok.

Ini adalah penyelidikan pertama yang pertama untuk menilai perkaitan antara asap rokok dan hipertensi dalam kalangan bukan perokok yang disahkan melalui tahap cotinine dalam air kencing, yang merupakan metabolit utama nikotin. Penyelidikan tersebut melibatkan seramai 131,739 individu yang tidak merokok, satu pertiga lelaki, dengan purata umur 35 tahun.

Usaha mengurangkan perokok pasif

Menurut Profesor Kim, hasil penyelidikan beliau dan pasukannya telah menunjukkan bahawa adalah perlu untuk menjauhkan diri daripada asap rokok secara total, dan bukannya sekadar mengurangkan pendedahan. Ini bertujuan untuk melindungi diri daripada risiko hipertensi.

Menurut beliau lagi, walaupun usaha telah dibuat di seluruh dunia untuk meminimumkan bahaya perokok pasif dengan memperluas kawasan merokok di tempat awam, penyelidikan mereka menunjukkan bahawa lebih daripada satu daripada lima individu yang tidak pernah merokok masih terdedah kepada asap rokok. Larangan merokok yang lebih tegas diperlukan dengan segala aktiviti dan usaha secara bersama untuk membantu perokok menghentikan tabiat merokok mereka. Dengan mengetahui ahli keluarga yang menderita penyakit yang berpunca daripada rokok dan asap rokok, akan lebih menggalakkan perokok untuk berhenti merokok.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut