Vape Sebagai ‘Gateway Drug’ Baru?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 24/06/2020 . 3 minit bacaan

‘Gateway drug’ merujuk kepada bahan yang, apabila diambil secara kronik, menyebabkan seseorang itu cenderung untuk mencuba bahan yang lebih kuat ketagihannya. Contoh gateway drug adalah tembakau, alkohol dan juga marijuana (ganja). Berdasarkan teori gateway ini, pengambilan gateway drug yang awal dan kronik meningkatkan kemungkinan untuk orang itu mencuba dadah yang lebih berbahaya di masa akan datang. Melihat situasi semasa, timbul persoalan yang mengaitkan penggunaan vape sebagai gateway drug baru. Namun, adakah persoalan ini mempunyai asas yang kuat atau sekadar omong kosong?

Bagaimana teori gateway drug berfungsi?

Teori gateway drug ini popular sekitar tahun 70-an hingga 80-an. Ketika itu, ahli politik menggunakannya untuk menguatkan agenda ‘War on Drugs’ dan memerangi bahan tertentu seperti kokain dan ganja. Di sebalik legalisasi kanabis di beberapa negeri di Amerika Syarikat, terdapat sains yang kuat di sebalik teori ini dalam memahami ketagihan.

Pemahaman biologi yang menyokong teori ini datangnya daripada kajian yang dilakukan dalam kedua-dua manusia dan juga haiwan. Proses biologi yang terlibat adalah pengubahsuaian litar saraf dan laluan proses dalam otak pengguna gateway drugs di usia yang muda. Kajian ketagihan dalam binatang pula berjaya menunjukkan pengguna bahan tertentu di usia yang awal meningkatkan kemungkinan mendapat ketagihan untuk bahan-bahan lain. Penemuan bedah siasat menunjukkan laluan mesolimbik-dopamin (dikenali sebagai sistem ganjaran dan kegembiraan otak) dalam binatang kajian telah mengalami pengubahsuaian struktur. Ini menyokong hipotesis bahawa penggunaan awal bahan tertentu meningkatkan peluang seseorang untuk menggunakan dadah lain

Jadi, adakah penggunaan vape itu sejenis gateway drug?

Mujurlah, terdapat banyak kajian yang telah dilakukan bagi membantu menjawab soalan ini. Secara definisinya, untuk e-rokok/vape dikira sebagai gateway drug, kebanyakan belia yang kini ketagih merokok perlulah mempunyai sejarah penggunaan vape terlebih dahulu.

Berikut merupakan alasan yang menyokong vape sebagai gateway drug

1.Normalisasi nikotina – Sebilangan besar syarikat vape/e-rokok telah menghasilkan formulasi yang mampu untuk membekalkan nikotina pada kepekatan yang lebih tinggi berbanding tembakau tradisional. Menurut kajian kesihatan awam terhadap kesan kesihatan e-rokok, terdapat bukti bahawa kandungan nikotina yang lebih tinggi berupaya untuk meningkatkan kemungkinan seseorang itu untuk beralih kepada rokok tembakau. Ini cukup merisaukan kerana berdasarkan Laporan Pakar Bedah Awam A.S 2015, penggunaan vape dalam kalangan pelajar sekolah menengah telah meningkat sebanyak 900%, dan 40% daripada mereka tidak pernah pun mencuba rokok tradisional sebelum ini. 

2.Normalisasi semula rokok tembakau – Terdapat kerisauan bahawa penularan penggunaan vape berupaya untuk menormalisasikan semula budaya merokok dalam golongan muda. Ini akan merugikan segala usaha berdekad lamanya dalam melawan penggunaan rokok. Menurut kajian, 60% daripada pengguna vape di Amerika Syarikat mengaku bahawa mereka menggunakan vape di kawasan awam, di mana penggunaan rokok tembakau tidak dibenarkan. 

3.Kaitan dengan penggunaan kanabis – Kaitan antara penggunaan tembakau dan juga peningkatan penggunaan kanabis adalah sesuatu yang cukup dikenal pasti. Berdasarkan kajian terkini, vape juga mampu menghasilkan risiko penggunaan yang sama. Penggunaan vape pada usia 14 tahun dikaitkan dengan risiko 4 kali ganda untuk terlibat dengan penggunaan kanabis dalam masa dua tahun kemudian. Pendedahan kepada nikotina paras tinggi ketika usia remaja dikatakan mampu untuk mengubahsuai sistem ganjaran otak untuk mendapatkan kenikmatan yang lebih daripada penggunaan kanabis. Ini sekali gus memudahkan lagi penghisap vape untuk terjerumus dalam penggunaan kanabis. Tambahan lagi, susulan insiden hospitalisasi ratusan penghisap vape muda di Amerika Syarikat, penyiasat menemui kompaun tetrahidrokanabinol (THC) dalam kebanyakan jus yang digunakan. Pengenalan kaedah tambahan untuk menggunakan kanabis (seperti melalui vape) atau bahan psikoaktif yang lain mengukuhkan lagi kedudukan vape selaku gateway drug.

Berikut pula merupakan alasan mengapa ia bukan gateway drug:

Hipotesis peralihan – Di sebalik pembuktian yang banyak, analisis masa-trend menunjukkan penurunan prevalens merokok yang signifikan dalam kalangan belia dan orang dewasa di Amerika Syarikat. Penurunan prevalens merokok ini juga selari dengan peningkatan penggunaan vape. Penemuan ini menyokong hipotesis peralihan di mana pengguna rokok kini telah beralih kepada penggunaan vape.

Terlalu awal untuk membuat rumusan – Penyokong hipotesis peralihan menganggap hipotesis gateway drug untuk vape adalah sesuatu yang pramatang. Ini kerana kebanyakan kajian hanya melihat penggunaan rokok sebagai keputusan akhir. Terdapat kemungkinan bahawa pengguna e-rokok hanya ingin mencuba rokok buat sementara waktu dan berkemungkinan besar tidak akan meneruskan amalan merokok. Tambahan lagi, e-rokok/vape belum berada pada kadar yang cukup lama untuk melihat keputusan kajian kohort sama ada ia mendorong kepada penggunaan rokok atau tidak. 

Rumusan akhir

Hujah balas yang ditujukan terhadap hipotesis gateway gagal dalam menjawab kaitan vape dan juga kanabis dan bahan psikoaktif lain. Ditambah lagi dengan pembuktian biologi, pendapat vape sebagai gateway drug kekal sebagai pendapat yang kukuh. Tambahan lagi, kes kematian dan hospitalisasi baru-baru ini mengukuhkan lagi kesan buruk penggunaan vape. Jika anda sedang berhijrah daripada penggunaan rokok, pastikan anda mendapatkan nasihat dan bantuan daripada doktor. Rawatan yang ditawarkan di pusat kesihatan adalah selamat dan terbukti berkesan untuk berhenti merokok. 

Jika anda bercadang untuk berhenti merokok, layari http://jomquit.moh.gov.my/.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Vape BUKAN Idea Bagus Sebagai Pengganti Rokok, Kes Kematian Evali Ini Antara Sebabnya!

    Terdapat kes yang memberikan persepsi bahawa penggunaan vape bukanlah satu idea yang bagus bagi menggantikan rokok. Ikuti artikel ini untuk maklumat lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Berhenti Merokok 04/11/2019 . 3 minit bacaan

    Vape Dan Rokok Elektronik Mungkin Diharamkan – Timbalan Menteri Kesihatan

    Pilihan yang ada termasuklah menguatkuasakan peraturan jualan yang ketat ataupun memutuskan agar vape diharamkan sepenuhnya. 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Berita, Berita Tempatan 01/11/2019 . 2 minit bacaan

    Vape Yang Mempunyai Perisa Buat Remaja Lebih Ketagih, BERHENTI SEKARANG! – Kajian

    Tahukah anda bahawa vape yang mempunyai perisa akan buat remaja lebih ketagih? Sila klik artikel untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Berita, Berita Antarabangsa 31/10/2019 . 3 minit bacaan

    Fenomena Vape Pod: Pilihan Berbahaya Generasi Muda Masa Kini!

    Kini, fenomena vape pod semakin mendapat tempat di hati perokok di luar sana. Pun begitu, tahukah anda ia sebenarnya sama bahaya dengan rokok?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Berhenti Merokok 20/09/2019 . 5 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bahaya rokok

    Rokok Gulung Lebih Selamat Berbanding Rokok Biasa? Anda SILAP, Tolong Baca Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/05/2020 . 3 minit bacaan
    bahaya merokok

    Ingin Berhenti Merokok Bulan Puasa Ini? Buat 5 Tip Di Bawah Confirm Anda Tak Hisap Lagi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 05/05/2020 . 3 minit bacaan
    chemicals in vape

    Ini 5 Bahan Kimia Berbahaya dalam Vape yang Ramai Tidak Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 09/12/2019 . 2 minit bacaan
    bahaya merokok

    Denda 10 Ribu Jika Kantoi Merokok Di Kedai Makan – Menteri Kesihatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 15/11/2019 . 2 minit bacaan