Bahaya Bunyi Bising

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Sekiranya anda tinggal di bandar yang penuh dengan penduduk dan kesibukan, anda mungkin sudah terbiasa dengan bunyi bising lalu lintas yang tidak pernah berhenti, walaupun di tengah malam. Sebenarnya, kita belajar untuk mengadaptasinya.

Tetapi, pencemaran bunyi adalah tidak sesuai untuk jangka hayat anda. Kajian mendapati pendedahan berterusan terhadap bunyi bising dari lalu lintas jalan raya boleh meningkatkan risiko anda untuk mendapat strok.

Kajian yang diterbitkan oleh European Heart Journal mengukur jumlah pendedahan bunyi setiap hari yang didengar warga London dan mendapati bahawa sekitar 1.6 juta individu terdedah kepada tahap bunyi di atas 55dB, yang berpotensi membahayakan manusia.

Peluang untuk mendapatkan strok untuk mereka yang tinggal di kawasan sekitar dengan trafik yang bising adalah 5 peratus lebih tinggi daripada mereka yang tinggal di kawasan yang lebih tenang. Risiko adalah lebih tinggi untuk individu dewasa yang lebih berusia. Kadar kematian adalah 4 peratus lebih tinggi di kawasan dengan tahap bunyi 60dB.

Sejak sekian lama, bunyi bising sering dikaitkan dengan penyakit jantung, gangguan tidur, tekanan darah tinggi dan tekanan. Walau bagaimanapun, kajian ini merupakan yang pertama mengaitkan bunyi bising dengan strok.

Menurut kajian yang dijalankan, pendedahan kepada bunyi bising harian boleh menganggu tidur. Selama bertahun-tahun, penyelidik dan pakar perubatan mencapai persetujuan bahawa tidur sangat penting.

Kekurangan tidur akan memperlambatkan refleksibiliti badan kita, meningkatkan tekanan darah dan pelbagai gangguan lain. Sekatan tidur kronik (chronic sleep restriction) dan akut (acute) adalah berkaitan dengan banyak proses dalam badan seperti kepekaan insulin, obesiti, diabetes, hipertensi, dan banyak penyakit lain, termasuk kematian.

Salah satu fungsi badan yang akan terjejas teruk adalah sistem kardiovaskular yang berfungsi untuk mengekalkan tahap kesihatan dan dapat menerima banyak beban akibat endothelium, garis dalam saluran darah. Ia menghasilkan banyak tindak balas kimia untuk mengimbangi rentak jantuk selama bertahun-tahun. Dalam penyelidikan, fungsi endothelial akan menurun secara beransur-ansur apabila tahap kebisingan semakin meningkat dan mengakibatkan hati akan menjadi teruk kerana pendedahan kepada bunyi bising.

Dalam situasi lain pula, apabila kita kekurangan tidur, pastinya banyak masalah akan berlaku, terutamanya tekanan. Tambahan lagi, tekanan akan menyebabkan munculnya simptom lain dan mengubah fungsi tekanan darah atau proses transformasi lipid dan glukosa dalam badan.

Semakin lama badan terdedah dengan kehilangan mod keseimbangan, semakin banyak penyakit mudah menjangkiti, malah kita juga akan terdedah kepada kehilangan deria pendengaran.

Faktor risiko lain seperti jantina individu, usia, ciri-ciri kejiranan seperti kadar merokok dan pencemaran udara, juga diambil kira dalam kajian ini. Namun penyelidik kajian ini mengakui bahawa tahap bunyi bising yang mempengaruhi setiap orang adalah berbeza, kerana tindak balas yang berbeza.

Walaupun kajian yang dilakukan hanya menunjukkan hubungan antara bunyi bising lalu lintas dan strok, bukan akibat dan kesan yang akan berlaku, namun ia sedikit sebanyak membuktikan bahawa bunyi bising  yang keterlaluan boleh memberi impak kepada tahap kesihatan seseorang.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Disember 12, 2018 | Kali terakhir kemaskini: November 27, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut