backup og meta

4 Tip Mudah Mengekalkan Kesihatan Rambut

4 Tip Mudah Mengekalkan Kesihatan Rambut

Rambut adalah mahkota seseorang, tidak kira lelaki atau wanita. Keadaan rambut seseorang boleh memberikan banyak maklumat. Kita boleh menjangkakan umur seseorang daripada rambutnya. Beberapa penyakit juga boleh dikenal pasti bermula daripada rambut.

Rambut yang sihat adalah impian semua orang. Dengan lambakan produk penjagaan rambut di pasaran, sebenarnya ada cara yang mudah untuk mengekalkan kesihatan rambut anda.

Ikuti 4 tip mudah mengekalkan kesihatan rambut berikut.

1. Makan protein

Adakah anda sedar bagaimana pemakanan boleh mengesani pertumbuhan rambut anda? Jika inginkan rambut yang sihat dan cantik, sila jaga diet anda.

Protein menyediakan bahan untuk menghasilkan rambut yang sihat dan kuat kerana unit asas bagi rambut adalah protein.

Dapatkannya daripada telur, kekacang, ikan, ayam dan daging merah.

2. Gosok kepala anda setiap hari sekurang-kurangnya dua minit

Gosok kepala setiap pagi dan petang untuk merangsang peredaran darah di kulit kepala anda. Urutan lembut di kulit kepala juga boleh membantu.

Peredaran darah yang baik penting untuk memastikan folikel rambut dapat bekerja dengan efisyen dalam menggantikan rambut yang telah rosak. Jangan gosok dengan kasar semasa rambut dalam keadaan basah kerana ia boleh merosakkan rambut. Sebaliknya, gunakan sikat bergigi luas dan sikat dengan lembut.

3. Gunakan minyak jarak (castor oil) sebelum tidur

Mudah sahaja. Sapukan minyak jarak sebelum tidur dan biarkan sepanjang malam. Keesokan harinya, bilas rambut seperti biasa.

Lakukannya sekali atau dua kali seminggu selama beberapa minggu. Anda akan terkejut dengan kesan yang diberikannya. Ia sangat berkesan dalam membantu pertumbuhan rambut yang sihat.

4. Bilas rambut dengan cuka epal

Cuka epal adalah cara yang baik untuk membuang kotoran yang terkumpul pada rambut anda serta membuang saki-baki produk penjagaan rambut yang masih melekat pada rambut.

Malah, ia bukan sahaja merangsang pertumbuhan rambut, tetapi juga meluruskan serta membuatkan rambut lebih bersinar. Hasilnya, rambut akan nampak lebih segar dan sihat.

Letakkan dua sudu meja cuka di dalam satu liter air. Kemudian, bilas rambut anda dengannya. Lakukan ini sebagai langkah terakhir dalam rutin penjagaan rambut anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Duke Oreva (12 September 2017). 5 Natural Ways To Grow A Healthy Hair. Dimuat turun daripada http://www.pulse.ng/lifestyle/beauty-health/here-are-five-natural-ways-to-grow-a-healthy-hair-id7302737.html.

Versi Terbaru

28/11/2019

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Kelemumur Teruk Sangat Sampai Kepala Berbau? Ini 3 Cara Berkesan Hilangkan Ketombe

Aduh, Pedihnya Jerawat Kepala! Ketahui Punca Dan Cara Rawat Jerawat Kulit Kepala


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 28/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan