Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Ramai yang beranggapan wabak virus korona baharu (COVID-19) sudah mulai reda apabila melihat corak jumlah jangkitan menurun semenjak 31 Januari 2020.
Namun, baru-baru ini, rakyat Malaysia digemparkan dengan peningkatan kes baharu di Malaysia. Malah Malaysia juga memiliki kes kematian!
Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Kenapa kadar penyebaran virus ini berlaku dengan cepat, dan adakah ia akan berakhir?
[covid_19]
Jangka hayat COVID-19 empat kali ganda lebih lama berbanding virus korona lain
Mungkin ramai yang mengaitkan COVID dengan virus korona sindrom pernafasan akut teruk (SARS-CoV).
Ia mempunyai struktur genetik yang hampir sama dan seringkali dipanggil sebagai SARS-CoV-2.
Namun, dapatan kajian baru-baru ini menunjukkan gambaran yang berbeza.
Menurut kajian yang dijalankan di Universiti Bochum, Jerman, virus korona baharu mempunyai masa inkubasi (tempoh di antara jangkitan dan munculnya simptom pertama) selama 10 hari.
Ia tersebar kepada individu lain melalui titisan di udara dan sentuhan dengan permukaan yang tercemar (fomit).
Menurut Eike Steinmann, salah seorang daripada pengkaji yang terlibat dengan kajian tersebut, penggunaan alat pencuci yang mengandungi bahan kimia berikut dapat membasmi virus itu dalam masa 1 minit:
- Etanol pada kepekatan di antara 62% hingga 71%
- Hidrogen peroksida pada kepekatan 0.5%
- Natrium Hipoklorit pada kepekatan 0.1%
Kajian ini melibatkan pelbagai jenis virus korona dan ia memberikan keputusan yang sama. Namun, bagaimana pula jika permukaan yang tercemar tidak dicuci dengan alat pencuci seperti yang dinyatakan di atas?
Bagi mengetahui risiko jangkitan kepada individu, terdapat pelbagai faktor perlu diambil kira seperti kekerapan dan jangka masa sentuhan permukaan tercemar dengan individu sihat serta jangka hayat virus korona baharu.
Menurut kajian tersebut, jangka hayat COVID berbeza mengikut suhu persekitaran.
Pada suhu bilik, COVID boleh hidup selama 9 hari. Apabila suhu semakin meningkat melebihi 30oC, jangka hayatnya menjadi semakin pendek.
Jangka hayat tersebut lebih lama berbanding dengan SARS-CoV menyebabkan ia mudah tersebar kepada ramai individu terutamanya pada tempat awam.
Risiko jangkitan COVID-19 tinggi terutamanya di fasiliti kesihatan
Walaupun ada individu yang beranggapan bahawa klinik dan hospital merupakan kawasan yang bersih, hakikatnya ia tidak sebegitu.
Oleh sebab ia adalah tempat orang sakit mendapatkan rawatan, semua kelengkapan dan kemudahan yang disediakan berpotensi menjadi agen penyebar jangkitan kuman.
Baca artikel berkaitan:
Objek yang tercemar dengan virus korona boleh tersebar kepada individu yang bersentuhan secara langsung dengannya.
Bergantung kepada beban virus (viral load) yang terdapat pada sesuatu permukaan, risiko jangkitan boleh berlaku sekiranya jumlah virus mencukupi untuk menyebabkan jangkitan.
Peralihan virus daripada satu permukaan kepada satu permukaan yang lain berbeza mengikut jenis.
Virus korona baharu tidak mempunyai kadar spesifik berkenaan dengan tempoh sentuhan langsung dan jumlah beban virus yang teralih.
Jika diambil virus influenza sebagai contoh, sentuhan dengan objek tercemar selama 5 saat boleh menyebabkan peralihan 31.6% beban virus.
Peratusan tersebut adalah tinggi berbanding dengan virus lain seperti virus parainfluenza yang mempunyai kadar peralihan 1.5% dalam tempoh masa 5 saat.
Ini bermakna lebih mudah anda mendapat jangkitan influenza berbanding dengan jangkitan yang disebabkan oleh virus parainfluenza.
Melihat kepada virus korona yang mudah menular dari satu individu ke individu yang lain, kadar peralihannya berkemungkinan tinggi.
Tanpa amalan penjagaan diri seperti basuh tangan secara kerap, risiko untuk mendapat jangkitan tersebut tinggi. Ini berikutan purata kekerapan seorang individu menyentuh muka menurut kajian adalah sebanyak 23 kali dalam tempoh sejam.
Kekerapan tersebut menyebabkan kebarangkalian untuk jangkitan berlaku meningkat. Oleh sebab itulah wabak jangkitan virus korona baharu sukar untuk dibendung.
Ambil langkah berjaga-jaga, elak jangkitan COVID-19
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan pembersihan kawasan yang berisiko tercemar dengan agen jangkitan dibersihkan dengan kerap dan menggunakan prosedur yang betul.
Bagi persekitaran hospital, penggunaan sabun pencuci yang mengandungi (natrium hipoklorit) telah terbukti berkesan untuk membasmi agen jangkitan COVID.
Bagi permukaan kecil seperti tombol pintu, penggunaan pembersih yang mengandungi alkohol pada kepekatan 70% menjadi saranan WHO.
Antara langkah lain yang boleh diambil bagi mengelakkan penyebaran COVID-19 adalah:
- Basuh tangan anda secara kerap terutamanya jika anda dijangkiti oleh COVID atau virus selesema yang lain. Pastikan anda menggunakan air dan sabun dan ikuti 7 langkah seperti yang disarankan oleh WHO.
- Simpan hand sanitizer dan bawanya ke mana sahaja anda pergi. Jika tiada air atau sabun untuk membasuh tangan, gunakan hand sanitizer tersebut. Pastikan anda membeli sanitizer yang mengandungi sekurang-kurangnya 60% alkohol.
- Pakai face mask jika anda menjalani aktiviti di kawasan keramaian atau menggunakan pengangkutan awam bagi mengurangkan risiko jangkitan.
- Dapatkan rawatan dengan kadar segera jika anda mengalami simptom selesema atau seusai pulang bercuti dari China.
- Elakkan daripada keluar rumah (melainkan jika perlu) ketika anda sedang sakit. Rehat di rumah dan jaga kebersihan persekitaran.
- Pastikan anda mengamalkan etika bersin/batuk yang betul. Gunakan tisu untuk mengelap hingus atau lendiran yang keluar daripada mulut. Buang tisu tersebut selepas digunakan.
Artikel berkaitan:
Jika langkah yang tersenarai menjadi amalan, risiko anda untuk mendapat jangkitan adalah rendah. Usahlah terlalu risau sehinggakan produktiviti harian anda menurun.
[mc4wp_form id=’115319″]
Konklusi
Dapatan kajian menunjukkan COVID boleh hidup di luar badan manusia dalam tempoh 9 hari. Walaupun risiko untuk anda mendapat jangkitan meningkat seusai bersentuhan dengan objek tercemar, namun ia boleh dielakkan dengan amalan basuh tangan secara kerap.
#HelloHealthGroup, #hellodoktor, #HelloHealthCoronavirus
Baca juga: